Part 25

1K 83 2
                                    

Jihyo melangkah masuk ke dalam biliknya . Dia meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi belajar lalu segera menggapai kain tuala dan pergi membersihkan diri .. Enam minit kemudian , jihyo selesai mandi . Dia memakai pakaiannya lalu duduk bersila di atas katil

" apa aku dah melebih lebih dekat tao ? suruh dia pilih la apa lah sedangkan aku sendiri pun tak pasti siapa yang aku cintai sebenarnya .. Tao dah berubah menjadi baik dan dalam pada masa yang sama mark hadir kembali dalam kehidupan aku ! aahh apa yang patut aku lakukan ? siapa yang patut aku pilih ? tak tak hyo , kau kena dengar apa kata hati kau ! kau tak boleh memiliki mereka berdua sekaligus ! kau hanya boleh mencintai salah seorang daripada mereka dan yang seorang lagi hanyalah sekadar sahabat " jihyo mula merungut di dalam biliknya sendirian sambil telefon bimbit di tangannya dipusing-pusingkan

... skip

Sementara itu , tao tidak terus pulang ke rumah , malah dia singgah ke rumah kris . Dengan harapan yang berkemungkinan kris dapat membantunya .. Setibanya di sana , seperti biasa ., kris menjemputnya masuk dan berbual-bual di ruang tamu

" ada apa kau datang sini ? " soal kris lalu melangkah duduk di samping tao di atas sofa

" aku nak minta tolong dengan kau sikit " pinta tao berharap

" apa dia ? " soal kris sambil mengerutkan sedikit dahinya

Sebelum memberitahu masalahnya , tao menceritakan dulu kisah sebenar kehidupan hani kepada kris . Mendengar sahaja berita tersebut membuatkan biji mata kris bagaikan hendak keluar ! terkejut yang teramat .. tak sangka yang hani bukan gadis seperti yang dia fikirkan . Setelah menceritakan semuanya kepada kris , tao kembali mengeluh

" so sekarang ni .... aku jadi ragu ragu dengan pilihan hati aku " kata tao mengeluh

" ragu ragu ? maksudnya ... kau .... * lantas memegang bahu tao * masih ada perasaan terhadap hani ? " soalnya sedikit terkejut

Dengan selambanya tao mengangkat kedua bahunya , " entah ! aku pun tak tahu .. aku masih ada perasaan lagi terhadap dia atau itu Cuma mainan perasaan aku "

" habis tu jihyo macam mana ? " soal kris yang mengingati jihyo

" itulah yang tengah aku fikirkan sekarang ni ! aku dah luahkan perasaan aku kepada jihyo dan dalam pada masa yang sama juga , aku tahu semuanya mengenai kisah silam hani .. so sekarang ni aku betul2 buntu " tao mula rasa pasrah akan dugaan yang menimpanya

" tao ! itu bermaksud yang kau masih mempunyai perasaan terhadap hani .. kalau kau dah betul2 lupakan dia , kau dah takkan peduli lagi tentang kisah silamnya itu ! Hani tetap hani dan jihyo tetap jihyo .. mereka jauh berbeza .. aku tahu memang susah untuk kau pilih salah seorang daripada mereka ! ok aku bagitahu kau , kebahagiaan buat yang berpasangan bukan terletak pada paras rupa , tidak juga pada pangkat atau darjat seseorang tetapi ianya terletak pada hati ! antara jihyo dengan hani , siapa yang kau rasa bahagia sangat bila kau bersama dia .. dan di antara jihyo dnegan hani juga , siapa yang kau rasa biasa2 je bila bersama dia .. semua jawapan tu ada pada diri kau .. tanya hati kau tu * sambil menunjukkan jarinya ke dada tao * Jihyo dah ubah kehidupan kau , sementara hani .... " belum sempat menghabiskan katanya lantas tao menjawab

" aku dah jumpa jawapannya ! " sambil memegang kedua bahu kris

" hahh ? erm .. baguslah " balas kris yang turut gembira meskipun tertimbul tanda soal di fikirannya

" ok thanks bro ! kau memang sahabat selamanya aku " kata tao teruja sambil menghempuk bahu kris sebanyak dua kali lalu segera melangkah pergi dari rumah kris

" wel welcome " balas kris teragak-agak kerana hairan akan tindakan tao

Tao yang sudah keluar dari rumah kris , masuk ke dalam perut keretanya . Dia menggapai telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek seluarnya lalu menaip sesuatu . Setelah menghantar mesej itu kepada seseorang lantas tao memulakan perjalanannya

[C] D͎iα Gαdis Limited EditionWhere stories live. Discover now