Part 21

1K 76 1
                                    

" tunggu " jerit wanita tersebut

Membuatkan langkah jihyo tetiba terhenti . Tetapi pandangannya tetap ke hadapan dan tidak menoleh ke arah wanita yang memanggilnya . Malah wanita itu itu yang bergerak menghampirinya

" kamu ... kamu song jihyo kan ? " soal wanita itu was was

" macam mana puan boleh kenal saya ? " soal jihyo pula yang masih tidak memandang ke arah wanita itu

" kenapa tak kenal pula ! kamu kan anak kepada ceo syarikat Holding dan pernah sambung belajar di USA sewaktu ketika dulu " kata wanita itu yakin

" oww masih ingat latar belakang saya ! " balas jihyo

" jihyo ... aunty .. "

Belum sempat menghabiskannya lantas jihyo menyampuk , " bukan ke dulu puan benci sangat dekat gadis yang bernama Song Jihyo ? * memandang wanita itu * jika ada je gadis tu di depan puan , rasanya macam nak bunuh je dan biarkan tamat di situ ! " ungkit jihyo tentang peristiwa 3 tahun lalu

" jihyo please ... listen to me " rayu wanita itu bernada lembut . Membuatkan jihyo berhenti bicara dan kembali kaku

" aunty minta maaf ! aunty memang banyak buat salah dekat kamu , jihyo .. aunty angkuh , sombong , riak dan suka menyebarkan fitnah ! aunty dah sedar akan kesilapan aunty .. dan aunty juga dah terima balasan di setiap perbuatan aunty .. aunty gembira sangat akhirnya dapat juga aunty berjumpa dengan jihyo .. aunty tak nak lagi mengingati peristiwa masa lalu .. semakin mengingatinya , semakin menyakitkan " ujar wanita itu dengan penuh perasaan

Air mata jihyo mula berlinangan mendengar kata2 wanita itu . " senanglah puan cakap kan ! suruh saya maafkan puan , cakap yang puan dah terima semua balasan tu ! puan fikir tak bagaimana perasaan saya waktu tu ? sakit puan , sakit ! selepas puan memfitnah saya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dan cuba untuk menggoda semua lelaki di dalam kolej tu , semua orang pandang rendah pada saya puan .. di mana sahaja saya lalu , semua orang kutuk saya ! diorang hina saya .. diorang perlekehkan saya seolah-olah saya seorang gadis yang kotor dan murah ! saya tak tahu mana nak letak muka saya masa tu .. saya malu puan ! maruah saya tergadai .. bahkan yang lebih menyakitkan apabila diorang kata yang saya ni anak haram ! anak yang tidak mendapat kasih sayang yang lebih sehingga menjadi seperti sedemikian " jihyo mula menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya tiga tahun yang lalu sambil air matanya mengalir laju . Wanita itu juga turut berduka mendengar cerita jihyo . Tidak sangka perbuatannya telah menyebabkan maruah seorang gadis yang tidak bersalah tergadai begitu sahaja

Dengan perasaan yang bersalah , lantas wanita itu melutut di kaki jihyo . Memohon agar jihyo memaafkan semua kesilapannya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi ! tapi apakan daya , jihyo masih tidak dapat melupakan peristiwa itu dan mengalihkan wanita itu dari terus melutut di kakinya

" Puan ! jangan buat orang sekeliling anggap yang puan ni pengemis .. atau puan sengaja buat semua ni supaya orang sekeliling anggap yang saya ni anak derhaka ? " kata jihyo tegas

" tak jihyo .. aunty Cuma .... "

Dalam pada merayu , tiba-tiba terdengar suara lelaki memanggil " mama ? "

Membuatkan jihyo dan wanita itu lantas berpaling ke arahnya . Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila melihat ibunya melutut di hadapan jihyo

" mama buat apa ni ? " soal lelaki itu hairan

" mark , tolonglah .. rayu jihyo supaya maafkan mama " rayu wanita itu pula kepada anaknya

Sewaktu mark ingin memulakan bicara , lantas jihyo menyampuk " tak usah ! aku nak pulang sekarang .. aku nak kau ambil mama kau ni sebelum orang lain pandang hina dekat aku sekali lagi " bernada tegas

[C] D͎iα Gαdis Limited EditionWhere stories live. Discover now