Tanpa melengahkan waktu , jihyo segera bersiap-siap untuk pergi ke sungai han . Tetapi fikirannya masih tertanya-tanya kenapa tao mengjakanya bertemu di waktu sebegini . ( waktu yang sudah hampir gelap ) . Jihyo memakai sweater dress berwarna kelabu dan berseluar jeans skinny . Selepas itu , dia menutup laptopnya lalu diletakkan kembali ke tempat asal . kemudian , jihyo keluar dari biliknya dan menuruni anak tangga rumah .. Tanpa berfikir panjang lagi , jihyo terus memasuki perut keretanya dan berlalu pergi ke sungai han
..... Lima minit kemudian , jihyo tiba di sana . Dari jauh di tempat parkir , sudah kelihatan seorang lelaki yang duduk di atas bangku sendirian
Lantas jihyo keluar dan melangkah pergi menghampiri lelaki itu yang dianggap tao . " tao " panggil jihyo dari belakang
Lelaki itu kemudiannya bangun dari bangku itu dan berpaling ke arah jihyo . Namun alangkah terkejutnya jihyo apabila melihat wajah lelaki itu . Rupa-rupanya dia bukan tao tetapi mark ! ketika ingin memulakan bicara , tiba-tiba ada seseorang menyentuh bahu jihyo dari arah belakang membuatkan jihyo terkejut dan lantas berpaling
" jihyo ? whats wrong ? " soal tao hairan melihat riak wajah jihyo yang terkejut
Tanpa menjawab pertanyaan tao , jihyo segera berpaling kembali ke arah bangku di belakangnya . Kelibat mark sudah pun tiada di situ . Ianya menambahkan kebingungan jihyo . Entah kenapa dia ternampak bayangan mark ! sedangkan tujuan dia ke sini untuk bertemu dengan tao
" jihyo .. " panggil tao lagi bernada lembut kerana tidak mahu menganggu jihyo yang kelihatan terkejut itu
" tao ! sss sorry " rayu jihyo mohon maaf akan tingkah lakunya yang aneh itu
" sokey lah " balas tao lalu melangkah pergi ke arah bangku di situ dan duduk . Jihyo kemudiannya mengikuti tao dan duduk di sebelahnya
Jihyo mula memandang ke arah tao . " asal kau nak jumpa aku ? "
" aku ada masalah sekarang " balas tao lemah dengan keluhan
" masalah ? masalah apa ? " soal jihyo dengan wajah yang sedikit berkerut
" kongsi lah dengan aku .. mana tahu aku boleh tolong " tambahnya lagi
" aku ... aku gaduh dengan mama " katanya sedikit-sedikit kerana terlalu sakit untuk mengimbas kembali
" hahh ? " jerit jihyo perlahan
Dengan menghembuskan nafasnya , tao mula menceriotakan tentang kejadian yang berlaku tadi kepada jihyo . kejadian di mana hani cuba menyebarkan fitnah kepda tao supaya tao dan ibunya bergaduh . Dan mengambil kesempatan untuk memaksa tao menikahinya
" apa ! tapi .... huhh * mengeluh * "
" ye aku tahu aku salah ! aku pernah tidur dengan dia tapi percayalah aku tak buat apa-apa dekat dia .. akan sangat sayangkan dia waktu tu ! takkan lah aku nak musnahkan hidup dia " jelas tao
YOU ARE READING
[C] D͎iα Gαdis Limited Edition
Romance|| ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴄᴀʀɪ • ᴍᴀᴀғ , sᴀʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢɴʏᴀ•• || •ʜᴜᴀɴɢ ᴢɪᴛᴀᴏ x sᴏɴɢ ᴊɪʜʏᴏ •ᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴊɪʜʏᴏ ᴍᴇʟᴇᴍʙᴜᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴋᴇʀᴀsᴀɴ ʜᴀᴛɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴏ •? START DATE : 18 SEPTEMBER 2016 END DATE : 1 DECEMBER 2016 STATUS : COMPLETE