Part 18

1K 78 0
                                    

Selama 4 minit masa yang diambil oleh jihyo untuk sampai ke hospital . Sesampainya di sana , lantas jihyo memanggil nurse2 serta doktor untuk segera merawat tao . Mereka dengan tergesanya menolak stretcher bed ke arah kereta jihyo untuk membawa tao masuk ke dalam . Setelah itu , mereka berlari-lari menolak tao ke wad kecemasan termasuk jihyo . Namun tiba sahaja di bilik kecemasan , lantas seorang nurse menghalang langkah jihyo . " maaf cik tak boleh masuk ! tolong tunggu di ruang penunggu .. keputusan nanti akan kami beritahu selepas ini " kata nurse tersebut lalu melangkah masuk ke dalam wad tersebut . Denagn tetibanya badan jihyo terasa lemah dan rebah ke lantai . Perasaannya ketika itu tidak boleh digambarkan ...

.... skip

Sementara menunggu keputusan dari doktor , jihyo merebahkan punggungnya ke atas kerusi penunggu lalu menelefon kris untuk datang ke hospital ... Lima minit kemudian , tiba kris menghampiri jihyo dengan riak wajah yang sedikit shock

" jihyo .. apa citer ? " kris memulakan pertanyaan kerana hatinya sudah bertambah risau

" aku minta maaf ... tao ... tao " jihyo tidak dapat menghabiskan kata2nya kerana tidak sanggup untuk memberitahu kris kejadian sebenar disambut air matanya tidak berhenti dari terus mengalir

Kris kemudiannya duduk di samping jihyo dan merapatkan jihyo ke pangkuannya sambil menggosok bahu jihyo bagi menenangkan jihyo yang menangis teresak-esak . Mujurlah kris dapat memahami perasaan jihyo waktu itu . " ok aku takkan paksa kau .. kita tunggu je keputusan dari doktor " kata kris dengan nada perlahan

Beberapa minit kemudian , doktor yang merawat tao keluar dari wad tersebut . Sebaik sahaja melihat kemunculan doktor itu , lantas jihyo dan kris berdiri lalu mendapatkan doktor itu

" macam mana dengan keadaan tao ? " soal jihyo berharap dalam ekadaan yang baik-baik sahaja

" akibat hantukan yang kuat di kepalanya , keadaan kawan kamu sekarang kritikal . Dia masih tidak sedarkan diri " jelas doktor itu

Membuatkan kris mula mengusap lembut wajahnya . Dia seolah-olah mengeluh akan jelasan doktor itu meskipun tidak tahu apa yang terjadi kepada tao sehingga berada dalam keadaan kritikal . " tapi doc , kawan saya masih boleh diselamatkan kan ? " soal jihyo lagi kerana risau

Doktor itu pula yang mengeluh . " kami akan usahakan ! yang penting kamu berdoa la agar kawan kamu cepat sembuh " ujar doktor itu . Lalu segera melangkah pergi meninggalkan mereka berdua

Sekali lagi badan jihyo hampir rebah ke lantai tetapi kali ini segera disambut oleh kris . Kris kemudiannya memimpin jihyo masuk ke dalam wad di mana tao dirawat . Jihyo direbahkan di atas kerusi di samping katil tao . Sementara kris berdiri di samping jihyo . Mereka sama-sama meratapi tao yang terbaring di atas katil dengan mata yang tertutup rapat disambut wayar2 yang meliputi muka dan badan tao . Air mata mereka juga sama2 menitis melihat keadaan tao yang terdiam seribu bahasa . sedangkan biasanya dia lah yang paling bising dan menjengkelkan

Pada malam itu , jihyo dan kris bersepakat untuk menemani tao di hospital . Jihyo malah tidak memberitahu ibu bapa tao tentang kejadian itu dengan alasan tidak mahu menyusahkan mereka di waktu malam sebegini

" jihyo ! aku nak keluar jap , nak beli makanan .. ada nak pesan apa2 tak ? " kris mula berbicara setelah lama berdiam diri

" tak nak lah " balas jihyo lemah , yang mula rasa tidak ada selera

*mengeluh* " k lah , aku keluar dulu ... lau ada apa2 terjadi , call aku "

" ok "

Setelah kris melangkah keluar dari wad tao , suasana kembali sunyi . ratapan jihyo masih tidak beralih dari tao . Jihyo cuba ingin menyentuh tangan tao tetapi tak kesampaian . Kerana rasa bersalah masih menguasai dirinya . Tetiba kejadian tadi terbayang di matanya . Kejadian di mana tao memegang tangannya tetapi jihyo malah menepis dan cuba untuk meleraikannya . Peristiwa itu membuatkan jihyo mengeluh panjang , entah apa yang ingin dilakukannya agar rasa bersalah tersebut hilang dari dirinya

[C] D͎iα Gαdis Limited EditionWhere stories live. Discover now