Kerana terlalu gembira akan kesedaran tao , jihyo meminta izin dari orang tuanya untuk menginap di hospital pada malam itu . Begitu juga dengan kris yang tak pernah jauh dari tao
Detik demi detik jam berlalu , disambut cahaya matahari yang menerangi bumi serta memancar ke arah bilik tao yang berada di tingkat 3 . Membuatkan jihyo terjaga dari tidurnya . Jihyo menggeliatkan tubuhnya lalu bangun dan terus ke blik air bagi mencuci mukanya seperti biasa dilakukan . Setelah itu , jihyo membuka tingkap bilik tao supaya dapat merasakan udara segar di luar .. Tak lama kemudian , tao pula yang terjaga dari tidurnya
" jihyo ? " panggil tao was was
Jihyo yang menjenguk ke arah luar tingkap itu berasa terkejut setelah mendengar namanya dipanggil . Lantas dia berpaling ke arah tao " hah ! kau panggil aku ke ? " soal jihyo terkejut
'" urm .. awalnya kau bangun " perli tao
" pagi2 kau dah perli aku , ish kau ni ... dah lah better kau bangun dan makan ubat tu " pinta jihyo lalu menghampiri tao . Jihyo membantu tao dengan membangunkan badan tao lalu disandarkan di kepala katil . selepas itu , jihyo mengambil ubat dan segelas air kosong yang berada di atas meja di samping katil tao
" nah .. telan ni dulu " satu per satu jihyo memberi ubat kepada tao untuk menelan . Setelah itu , diberi air kosong untuk minum . Dalam pada makan ubat , kris juga turut menyertai mereka
Setelah selesai makan ubat ,
" boleh tak bawa aku jalan2 , boring la duk dalam bilik ni " pinta kris kepada jihyo dan kris
" boleh je tapi ... aku tak boleh sertai korang la sebab aku kena balik rumah kejap ada hal yang nak dibuat
" oh ok " balas tao memahami
Setelah kris pergi meninggalkan mereka berdua , jihyo sekali lagi membantu tao berdiri , menuruni katilnya . Jihyo berjalan seiringan dengan tao kerana masih lagi risau dengan keadaan tao meskipun riak wajahnay kelihatan sudah semakin membaik . Mereka berdua berjalan-jalan ke taman rekreasi di belakang bangunan hospital sambil2 menghirup udara segar . Tetiba tao menghentikan langkahnya setelah beberapa minit berjalan
" kenapa tao ? " tanya jihyo bingung
Lantas tao berpaling ke arah jihyo dan menggenggam kedua tangan jihyo , membuatkan jihyo menjadi semakin bingung . " boleh aku tanya satu soalan ? " soal tao tetiba
Dahi jihyo mula berkerut mendengar pertanyaan tao . " bb boleh .. apa dia ? "
" sepanjang perkenalan kita , pernah tak kau rasa bahagia bila bersama aku " soal tao lagi membuatkan jihyo semakin bingung
" aa asal kau tanya camtu ? " soal jihyo yang tidak dapat menjawab pertanyaan tao
" sebab ... pandangan aku , sepanjang perkenalan kita yang aku nampak dari kau Cuma kesedihan , derita ! disebabkan tingkah laku aku yang tak jelas .. tah la jihyo , aku rasa aku dah mula sedar akan kesilapan aku .. aku dah mula sedar yang aku dah banyak buat salah ! dekat ibu bapa aku , dekat kau dan kawan2 aku .. aku pentingkan diri dan aku tak pernah nak ambil tahu tentang perasaan orang lain .. dan aku juga mula sedar yang aku tak layak berkawan dengan orang sebaik kau .. so sekarang aku nak minta maaf dekat kau ... atas apa yang telah aku lakukan ! maaf sebab pernah buat kau menangis dengan kata2 aku , pernah buat kau sedih dengan tingkah laku aku dan sebagainya .. aku .. aku ... " ucapannya tidak dapat diteruskan lagi apabila air mata mula membasahi pipinya
Namun dengan lantasnya jihyo menutup mulut tao dengan jari telunjuknya " dah , kau tak perlu nak cakap apa2 lagi .... aku sbenarnya dah lama maafkan kau .. memang aku pernah menangis dan aku hampir berputus asa dengan sikap kau tapi .... setelah aku dapat tahu kisah silam kau baru aku faham kenapa kau jadi liar macam tu .. aku sempat berfikir yang aku mungkin akan jadi macam kau bila aku di posisi kau ! oleh itu aku tabahkan hati aku untuk bersabar dengan sikap kau .. dan sampai satu tahap , aku dah tak tahan lagi dengan sikap kau .. membuatkan aku marah kau , tengking kau dan .... * mengeluh * aku tak sangka yang tindakan aku tu menyebabkan kau terlantar di hospital " kata2 jihyo terhenti di situ kerana belum sempat menghabiskannya lantas tao memeluk erat tubuh jihyo
YOU ARE READING
[C] D͎iα Gαdis Limited Edition
Romantizm|| ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴄᴀʀɪ • ᴍᴀᴀғ , sᴀʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢɴʏᴀ•• || •ʜᴜᴀɴɢ ᴢɪᴛᴀᴏ x sᴏɴɢ ᴊɪʜʏᴏ •ᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴊɪʜʏᴏ ᴍᴇʟᴇᴍʙᴜᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴋᴇʀᴀsᴀɴ ʜᴀᴛɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴏ •? START DATE : 18 SEPTEMBER 2016 END DATE : 1 DECEMBER 2016 STATUS : COMPLETE