[ keesokan harinya di sekolah ]
" jihyo ! " jerit tao sambil berlari mendekati jihyo yang berada di depannya
" kenapa tao ? " soal jihyo sambil memakai jam tangan
" kau pergi mana semalam " soal tao mencurigakan . Jihyo yang mendengar pertanyaan itu mula rasa tidak tenang . " aku ... aku pergi .. "
" siapa lelaki tu ? " sampuk tao yang tidak mahu membuang masa
" lelaki mana ni ? "
" kau tak usah nak pura2 tak tahu lah ! cakap je la siapa lelaki tu " tao mula meninggikan suaranya apabila dapat merasakan yang jihyo cuba sembunyikan identiti lelaki tersebut" tak , yang kau nak marah aku sangat ni kenapa ? walau siapapun lelaki tu , dia tak ada kena mengena dengan kau ! " balas jihyo sedikit sentap
" dia ada kena mengena dengan aku " katanya tegas
" kena mengena apanya ? kenapa ... "
" sebab aku cintakan kau " jerit tao menghilangkan seribu kata dari mulut jihyo . Jihyo mula tergamam mendengar luahan tersebut . Bukan itu sahaja , malah luahan tersebut telah menarik perhatian pelajar lain ke arah mereka
Jihyo mula rasa tidak selesa apabila perhatian pelajar lain tertumpu ke arahnya . Matanya bergerak ke kiri ke kanan melihat pelajar2 tersebut . Kerana ada segelintir daripada mereka yang kelihatan sedang berbisik2 sambil menghalakan jari ke arah jihyo dan tao .. namun , tanap berfikir panjang , lantas jihyo memusingkan badannya lalu segera melangkah pergi dari kawasan tersebut
" jihyo " jerit tao yang mula menyedari jaraknya dengan jihyo semakin jauh
... skip
Tao berjalan sendirian masuk ke kelas lalu menghampiri iu yang sedang berbual dengan rakan2nya . Tao berdehem di depan iu membuatkan mereka menghentikan perbualan
" kenapa tao ? " tanya iu bingung
" kau ada nampak jihyo tak ? " soalnya sambil memandnag kiri dan kanan mencari kelibat jihyo
" takde la pula "
" korang ada nampak jihyo tak ? " soal iu kepada rakan2nya
" tak de "
" tak "
" tak nampak la pula " balas mereka yang juga tidak kelihatan kelibat jihyo" ish .. ke mana pula si jihyo ni pergi " rungut tao dengan keluhan
Tiga minit selepas tu , jihyo masuk ke dalam kelas tersebut sendirian . Iu yang menyedari itu lantas bersuara " haaa tu jihyo ! " sambil menghalakan jarinya ke arah jihyo . Namun lantas tao mendapatkan jihyo
" kau pergi mana tadi ? puas aku cari "
" laa asal kau cari aku ? aku kat padang tadi ...saja tenangkan fikiran " balas jihyo selamba
" asal nak tenangkan fikiran ? " soal tao merubah suasana menjadi tegang . Entah kenapa tetiba je jihyo nak tenangkan fikiran
" hah ! erm .... " belum sempat menghabiskan kata , guru mata pelajaran mereka melangkah masuk ke dalam kelas untuk mengajar . Dengan terpaksanya mereka berdua bersurai dan berjalan pergi ke tempat masing2
Setelah sekian lama mereka semua belajar , akhirnya tiba waktu rehat . sewaktu ingin melangkah pergi ke luar kelas , lantas tangannya dipegang oleh tao . " persoalan aku masih belum terjawab "
Jihyo kemudiannya menepis tangan tao lalu berkata " Tao ! sekarang ni waktu persekolahan .. kalau nak bahaskan soal ni nanti-nanti lah "
" kenapa susah untuk kau kata yang kau juga cintakan aku ! at least kau tak buat aku rasa yang cinta aku bertepuk sebelah tangan " jerit tao yang mula melihat jaraknya dengan jihyo semakin jauh
YOU ARE READING
[C] D͎iα Gαdis Limited Edition
Romance|| ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴄᴀʀɪ • ᴍᴀᴀғ , sᴀʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢɴʏᴀ•• || •ʜᴜᴀɴɢ ᴢɪᴛᴀᴏ x sᴏɴɢ ᴊɪʜʏᴏ •ᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴊɪʜʏᴏ ᴍᴇʟᴇᴍʙᴜᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴋᴇʀᴀsᴀɴ ʜᴀᴛɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴏ •? START DATE : 18 SEPTEMBER 2016 END DATE : 1 DECEMBER 2016 STATUS : COMPLETE