Detik demi detik berlalu ... tiba jam 8 pagi . Bunyi jam loceng bergema di ruang bilik kris tetapi kris masih lena dibuai mimpi indah . Entah apa yang dimimpinya sampai tak sedar akan bunyi yang kuat itu .
" encik ! encik ! " jerit pembantu rumahnya dr luar pintu bilik sambil tangannya mengentuk pintu tersebut
Terdengar jeritan itu dicampur dengan bunyi loceng yang kuat itu akhirnya membuatkan kris yang lena tersedar dari tidurnya . Tanpa menyahut panggilan bibiknya , Kris terus mencapai jam locengnya meskipun dalam keadaan mamai . Kemudian , kris turun dari katilnya dan segera mencapai tualanya dan masuk ke dalam bilik mandi . Terdengar sahaja bunyian jam loceng terhenti , lantas pembantu rumah kris melangkah pergi . Dia sudah tahu bahawa kris sudahpun sedar dari tidur lenanya
Setelah beberapa minit berlalu , kris selesai membersihkan dirinya . Dia melangkah keluar dari bilik mandi lalu memakai pakaian seragam sekolahnya setelah selesai mengeringkan badannya . Selesai kemaskan diri , lantas digapai beg sekolahnya lalu turun ke bawah dalam keadaan bilik yang berselerak . Biasalah lelaki kan :3
Kris mengambil sekeping roti bakar yang terletak di atas pinggan dan yang sudah disapukan mentega kacang lalu dimasukkan ke dalam mulutnya sambil berjalan menghampiri Tao yang masih tidur di atas sofa . " tao ! tao " panggil kris sambil tangannya mencuit-cuit bahu tao
Kebetulan dengan sekali dicuit , tao tersedar dari tidurnya . Matanay dibuka sebelah melihat kris di hadapannya . " apa " tanya tao mamai
" kau tak nak pergi sekolah ke ? pakaian seragam sekolah aku ada yang lebih kalau kau nak pakai " kata kris sambil menggigit roti bakarnya
" tak nak lah ! aku tak nak pergi sekolah .. kau bagi je la alasan apa-apa pun dekat cikgu " kata tao yang tiada mood untuk ke sekolah
" hurm k lah , aku gerak lu .. eh nanti kalau dah siap mandi , kau pakai je la baju mana yang kau nak pakai , semuanya ada dalam almari " balas kris memahami keadaan tao . Setelah meminta izin untuk pergi , lantas kris melangkah keluar dari rumah setelah menggapai anak kunci keretanya ...
Tao yang ditinggal sendirian itu bangun terduduk di atas sofa . Tao mengusap wajahnya lalu mendongakkan kepalanya menghadap siling rumah kris . " ke mana lagi aku nak cari jihyo ni " rungutnya mengeluh
Setelah penat berfikir panjang , Tao kemudiannya bangun dari sofa itu dan melangkah pergi menaiki anak tangga ke bilik tidur kris . Tao memulaskan tombol pintu bilik tersebut dan terkejut melihat keadaan bilik kris yang berselerak itu . " uishh ! bilik aku tak seteruk ni " rungut tao yang membanding antara bilik tidurnya dengan bilik tidur kris . Setelah puas mengomen , lantas tao melangkah masuk ke dalam bilik mandi
Selepas itu , diambil baju kris di dalam almari yang sesuai dengan dirinya . Dipakaikan juga perfume di bahagian pergelangan tangannya . Setelah selesai semuanya , tao turun ke bawah , makan roti bakar tersebut juga yanng dibuat oleh pembantu rumah kris bagi mengisi perut kosong . Lalu , Tao menggapai kunci keretanya dan keluar dari rumah itu . Tao memulakan perjalanannya pergi ke taman bagi menenangkan fikirannya yang agak buntu
Tao keluar dari perut keretanya dan berdiri di tepi tasik sambil memakai kaca mata hitamnya yang disangkut di dalam kereta . Badannya dibiarkan ditiupi angin yang melayang . Tao menyilangkan kedua tangannya " kau kat mana jihyooo !! kau ni pun satu , kalau nak lari pun tinggal lah apa2 nota sekalipun , at least aku boleh tahu yang kau tu selamat .. so sekarang mana lagi aku nak cari kau ? aku bukannya tahu pun tempat biasanya kau lepak ! aduiii sakit kepala aku fikir soal ni .. balik la jihyooo , selagi kau tak balik selagi tu aku tak bleh pulang rumah * mengeluh * " rungut tao dalam hatinya . Fikirannya itu seolah-olah dah mati , dah tak tahu nak buat macam mana tuk mencari jihyo . Hendak buat laporan polis , belum tentu jihyo diculik .. mungkin dia Cuma melarikan diri – fikir tao
YOU ARE READING
[C] D͎iα Gαdis Limited Edition
Romance|| ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴄᴀʀɪ • ᴍᴀᴀғ , sᴀʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢɴʏᴀ•• || •ʜᴜᴀɴɢ ᴢɪᴛᴀᴏ x sᴏɴɢ ᴊɪʜʏᴏ •ᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴊɪʜʏᴏ ᴍᴇʟᴇᴍʙᴜᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴋᴇʀᴀsᴀɴ ʜᴀᴛɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴏ •? START DATE : 18 SEPTEMBER 2016 END DATE : 1 DECEMBER 2016 STATUS : COMPLETE