Di Rumah Jihyo ..
Selepas pulang dari hospital tersebut , jihyo merebahkan badannya di atas sofa di ruang tamu . kakinya dilunjurkan ke hadapan sambil tangannya memetik skrin telefon bimbit
" kamu dari mana ni sayang ? " soal mamanya yang datang dari arah belakang sambil membawa dua gelas air oren
" eh mama " kata jihyo yang terperanjat akan kehadiran mamanya . Namun dia segera membangunkan badannya , duduk seperti biasa . " hyo dari hospital tadi " sambungnya
" dari hospital ? melawat siapa ? " soal mamanya lagi sambil meletakkan air oren tersebut di atas meja
" uncle Zi masuk hospital " katanya bernada lembut
" hah ? " mengejutkan puan Song dengan matanya terbuka luas . " apa yang terjadi ? dah lama ke dia masuk hospital ? " soalnya ingin tahu
" dia jatuh dari tangga .. malam kelmarin dia masuk " jelas jihyo ringkas
" ouu kesiannya .. malam nanti kita pergi melawat dia ok " pinta puan Song prihatin
" ok " balas jihyo tersenyum
" ermm minumlah jus oren tu , mama nak naik atas dulu " katanya lalu melangkah pergi dari pandangan jihyo
Jihyo kemudiannya sambung memetik skrin telefonnya , sambil2 minum jus oren yang dibawa oleh mamanya tadi . Lama kelamaan menghadap telefon bimbit , mata jihyo mula layu . memandangkan hari pun sudah petang , memang masa yang sesuai untuk tidur . Jihyo meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lalu kembali melunjurkan kakinya di atas sofa . Jihyo akhirnya terlelap
skip
Di hospital
" tapi kau masih lagi harapkan hani kan ? "
" aku yakinkan itu sebab hani langsung tak bersalah ! aku tahu kau masih cintakan hani walaupun kau ada cakap yang hani tu dah bersuami lah apa lah , kan ? " Soalan itu datang kembali ke fikiran tao yang sedang termenung di dalam wad papanya" kenapa ? kenapa aku masih lagi fikirkan dia ? aku kan dah ada jihyo sekarang ! erghh .. betul lah apa orang cakap , melupakan seseorang tu memang mudah tapi nak lupakan semua kenangan manis bersamanya amat susah " hatinya mula berkata-kata
Namun dalam pada itu , tetiba terlantas di fikiran tao untuk pergi melawat hani di hospital sakit jiwa . Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang ex-girlfriendnya itu . Tao kemudiannya memberitahu mamanya bahawa dia ingin keluar sebentar untuk menjenguk rakannya
skip
Di hospital sakit jiwa
Tao berjalan dengan langkah yang laju memasuki hospital tersebut . Sampai di kaunter pertanyaan , tao meminta izin untuk berjumpa dengan doktor yang merawat hani tetapi tidak diizinkan kerana katanya doktor tersebut sedang sibuk sekarang
" please , sekejap je " rayu tao terdesak
" maaf encik .. doktor Jinhyuk sedang sibuk sekarang ni , kita tak boleh ganggu kerjanya " tegas penjaga kaunter tersebut
" huhh ! " tao mula mengeluh . Namun kerana tidak diizinkan , tao terpaksa mengalah dan melangkah kakinya ingin keluar dari hospital tersebut tetapi dengan lantangnya terdengar suara seorang lelaki yang memanggil namanya dari arah belakang
" doktor ? " tao bersuara setelah menyedari akan panggilan tersebut
......
" so dok , macam mana keadaan hani sekarang ? " soal tao sambil menyilangkan tangannya
YOU ARE READING
[C] D͎iα Gαdis Limited Edition
Romance|| ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴄᴀʀɪ • ᴍᴀᴀғ , sᴀʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢɴʏᴀ•• || •ʜᴜᴀɴɢ ᴢɪᴛᴀᴏ x sᴏɴɢ ᴊɪʜʏᴏ •ᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴊɪʜʏᴏ ᴍᴇʟᴇᴍʙᴜᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴋᴇʀᴀsᴀɴ ʜᴀᴛɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴏ •? START DATE : 18 SEPTEMBER 2016 END DATE : 1 DECEMBER 2016 STATUS : COMPLETE