Part 1

35K 452 27
                                    

Hai guys! Sis datang balik dengan novel kedua sis. Anyway.. sis nak cakap thanks sangat pada pembaca setia Kau Lelaki Itu. Terharu sangat. Sis tak tahu novel kedua ni best ke tak. Hope boleh tinggalkan komen. >_<

Vroom! Vroom!

Aku menoleh kiri dan kananku sekilas. Kemudian, aku kembali fokus pada garisan penamat. Terpamer senyuman sinis saat melihat pesaing-pesaing aku sekarang ni. Semuanya langsung tak boleh pakai. Huh!

" Beb! Kau dah ready?"

Aku membuat anggukan kecil. Helmet aku betulkan buat kali terakhir sebelum bersedia untuk memulas minyak. This time, I won't let you go!

" Sedia! Mula!"

Aku pantas pulas minyak motor kuasa besar aku dan mula menuju ke garisan penamat. Aku sempat tengok kiri dan kananku. Tak guna! Mereka nak potong line aku pula. Tak mahu dorang potong line aku. Aku pulas lagi minyak. Aku mula tersenyum sinis bila aku dah betul-betul jauh daripada pesaing-pesaing aku.

Aku mula fokus pada garisan penamat. Jika kemenangan ini menjadi milik aku. Aku akan bawa ibu aku ke hospital. Aku tak minta lebih. Itu je. sebab itu kemenangan ini sangat bermakna buat aku sekeluarga.

" Wehhhh!!!"

Aku merengus geram. Ada kereta menghalang pula. But, do I care? Ini jalan aku. Kemenangan aku! so, jangan sesiapa pun halang!

Aku pantas membelok ke kiri dan buang gear ke gear dua. Bila dah stabil aku kembali pulas minyak dan masuk ke gear 3. Senyuman makin lebar bila aku dah berjaya sampai ke garisan penamat. Yes!

" Yeahhh!!! You win Iqa! You win!!!"

Aku tersengih lebar. Alhamdulillah. Tak sia-sia aku masuk pertandingan go kart (Sis tak tahu pertandingan apa. Hehe) kecil ni. Hahaha. Aku membuka topi keledar dan mematikan enjin moto. Aku turun daripada moto dan melangkah ke arah Zara. Kawan yang setia ada bersama aku tak kira susah ataupun senang.

" Siapa yang memandai letak kereta tengah jalan tu? Tak tahu ke ada orang buat pertandingan hari ni?" Soalku pada Zara.

Dia hanya menjongketkan bahu. Tanda tidak tahu la ceritanya. Aku membetulkan selendangku seringkas yang mungkin. Kemudian aku mencapai telefon bimbitku dalam beg. Tersentak aku jadinya bila ada banyak missed call dari ayah. Ya Allah! Apa dah jadi?

" Aku chaw dulu!"

" tapi hadiah kau?"

" Kau jadi wakil aku please? Aku rasa ibu aku kena submit hospital lagi."

" Okay beb! hati-hati!"

Aku pantas melangkah ke arah moto kesayangan aku tu dan memakai topi keledar. Bersedia nak gerak dari situ. Tapi bila nak keluar je dari gate. Ada sebuah kereta halang jalan aku. automatik aku terpaksa hentikan pemanduan.

" Weh! Tepilah!" Jeritku geram.

Aku hanya perhati je pemandu tu keluar daripada kereta dan menuju ke arah aku. Tapi aku mula mengukirkan senyuman sinis saat melihat empunya diri. Aku toleh ke arah lain dengan reaksi geram.

" Iqa.."

" Weh! Jangan panggil aku dengan nama tu la! Geli aku! Baik kau blah sekarang! Kau blah!"

Dia nampak terkejut saat aku meninggikan suara. But, do I care? Aku dah malas nak berlembut dengan orang lelaki macam dia ni!

" Iqa. Aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah."

" You say what?"

Aku tertawa sinis. Aku renung dia tajam.

" Kau jangan sampai aku langgar kau sekarang juga. Baik kau tepi sebelum aku buat sesuatu di luar jangkaan kau. Kau jangan main-main dengan aku."

Be My Wife?Where stories live. Discover now