Part 10

9K 253 5
                                    

Aku tengok dia kecik besar kecik besar je sekarang ni. Rasa macam nak tampar muka dia pun ada. Bukan setakat tampar. Nak sepak dia pun ada ni. Cuma tak sampai je dekat tuan punya badan. Calm down Iqa calm down.

" Kenapa kau tengok aku macam tu?"

Aku tarik nafas dalam-dalam lantas hembuskannya juga dengan perlahan. Dia masih dengan muka beku dia. Tanpa ada rasa bersalah langsung. Dia ni jenis tak makan saman sebenarnya. Haih.

" Aku tahu la aku macho. Tapi jaga la mata tu sikit."

Mak aii! Kereknya mamat ni. Eiii! Makin annoying la!

" Blah la! Dah la tadi nak cari maut. Ingat saya ni apa? patung? Batu? Saya ni manusia la! Kalau rasa nak mati tu mati sorang-sorang. Jangan libatkan saya!" Berang aku.

Mujur dekat kedai sekarang ni tak ada orang. Zara dan akak dia pun ada dalam pejabat. So, memang aku akan sound dia cukup-cukup. Tapi dia? buat muka tak kisah langsung ada la. Macam manalah arwah kekasih dia boleh tahan dengan perangai dia ni erk? Ke kat aku je dia layan macam ni?

" Sebab kau manusia la aku sengaja cari fasal. Eh! Mana kawan kau? Aku nak jumpa kejap."

Aku kerling ke dalam bilik pejabat. Zara dan akak dia tengah buat kerja. Nampak serius.

" Diorang busy. Lain kali je la. Pergi balik la. Menyemak je datang sini."

Dia mula menarik senyuman yang cukup sinis. Tapi mata tu tetap tengok aku. Macam nak cari fasal je rupanya.

" Aku akan balik. Tapi aku akan datang lagi. Kau jangan cuba-cuba nak lari dari aku. Bye."

Barulah dia memusingkan badan ke arah pintu. Tunggu dia nak keluar daripada kedai je. Barulah aku boleh menghembus nafas lega. Tapi tak sempat dia nak keluar, ada pula orang datang. Dan paling yang memenatkan bila orang yang datang tu ada kaitan dengan si mamat beku tu. Aku tepuk dahi. Apa lagi la ni?

Ingatkan si Syamel ni nak terus keluar. Tapi tak pun. Siap jeling si malaun tu lagi adalah. Aku ingat dunia aku akan mana tanpa mereka berdua. Tapi silap besar bila mereka datang kacau balik. Aku nak pindah boleh tak?

" Iqa."

Daniel toleh ke arah aku dengan riak wajah serius. Aku hanya diam menanti kata-kata dia yang seterusnya. Tiada hati nak berkata-kata. Not in mood. Even aku dah tahu kisah sebenar yang merubah dia selama ini.

" Kau jangan ganggu dia."

Tiba-tiba si mamat beku bersuara. Tegas dan jelas. Tapi si Daniel tu langsung tak peduli. Malah terus datang dekat. Berdepan dengan aku.

" We need to talk."

Aku terdiam. Adakah Hana ada beritahu sesuatu pada dia?

" No need."

Aku terlopong bila si mamat beku ni tolong jawab bagi pihak aku. Rasa nak tergelak pun ada sebenarnya. Layankan je la.

" Eh! Yang kau sibuk sangat kenapa? Suka hati aku la nak jumpa dia ke tak ke. Aku tak cari gaduh dengan kau pun dah cukup baik bro."

Kepala aku dipicit perlahan. Rasa sakit pula tengok dorang ni. Saling bermasam muka. Tegang. Erh! Aku benci keadaan ni. Baik aku bersuara sebelum mereka betul-betul bertumbuk dekat sini.

" Aku pun ada benda nak cakap dengan kau Daniel. Kau tunggu aku dekat luar." Putusku lantas keluar daripada meja kaunter. Berura-ura nak berlalu ke pejabat. Kena maklumkan pada Zara dulu.

" Iqa!"

Aku kerling Syamel dengan kerutan di dahi. Kenapa?

" Arh! Suka hati kau lah."

Be My Wife?Where stories live. Discover now