Part 43

6.8K 195 7
                                    

Kecil besar kecil je aku tengok mamat depan aku sekarang ni. Tak cukup dengan itu, aku tengok sekeliling dengan nafas tertahan-tahan. Ya Allah. Apa semua ni?

" Iqa?"

Aku meraup wajahku perlahan. Cuba sabarkan diri.

" Apa ni?"

Dia mendekati aku dengan senyuman manisnya itu. Eh. Benci pula tengok wajah selamba dia tu. Sengaja cari fasal ke?

" Barang hantaran. Kan saya dah kata semalam seminggu dari sekarang kita akan berkahwin. Lupa?"

Aku tepuk dahi. Ya Allah. Apa la yang mak ayah aku fikir agaknya. Mesti dorang terkejut. Aduhai.

" But Mel.."

" Ala kak. Terima je."

Tiba-tiba Warda muncul dengan suaminya ke arah kami. Aku terdiam melihat pasangan pengantin baru ini. Lepas tu aku tengok Syamel dengan wajah geram.

" Abang kamu ni dah gila gamaknya Warda." Ujarku terus terang sampai membuatkan mereka semua ketawa termasuk SYamel.

" Memang dia dah gila kak. Tergila-gilakan akak la."

Aku Cuma ketap bibir. Sabar je la Iqa.

" So? Bila nak gerak bang?"

Sekali lagi aku jadi tertanya-tanya bila Warda tanya soalan itu pada empunya diri. Dia pula Cuma tersenyum dan menarik Warda ke luar rumah. Stress aku tengok dorang tu. Suami Warda pula dah berlalu ke dapur. Tinggallah aku dengan barang-barang yang masih elok berada dalam bungkusan. Barang hantaran? Funny.

Tapi diam-diam aku belek jugalah barang yang ada tu. Aku nak tengok harga sebenarnya. Baju dan kasut nampak branded. Tipu kalau kata murah. Sekali aku tengok kasut sport jenama Adidas ni. Melopong terus aku. Gila bapak mahal!

" Awak."

Aku mendongak ke arah Syamel yang sudah masuk semula ke dalam rumah. Warda berlalu ke dapur. Maybe nak jumpa dengan suaminya. Aku pula berpeluk tubuh sambil melihat ke arah Syamel.

" Why?"

" Jom?"

" Where?"

Tiba-tiba dia keluarkan satu buku pasport dan menghulurkan kepadaku. Aku tak sambut. Just tengok dengan kerutan di dahi. Tak faham.

" Holiday?"

Aku terlopong. What? Holiday?

" No! No! No! Nonsense!"

Terus aku ambil beg dan ingin berlalu ke luar daripada rumah milik orang tua Syamel. Cukuplah sehari aku bermalam dekat rumah dia. Tak untuk kali kedua.

" Iqa! Listen first! Please!"

Dia menghalang jalan aku. Dengan wajah kesian dia. Aku yang tengok hanya mendiamkan diri.

" Okay. Let me explain first."

Sekali lagi dia serahkan buku pasport berwarna merah padaku. Aku tak sambut juga.

" Just take and looked first. Please." Dia merayu lagi.

Mahu tak mahu aku ambil juga dan buka tengok. Yang pasti ini buku pasport dia. Bukan aku.

" Tengok tarikh."

Aku tengok seperti yang disuruh. Eh. Ni tarikh minggu depan. Dahi aku dah berkerut seribu. Mean?

" Kita pergi holiday plus honeymoon. Okay my dear? Clear?"

Aku tercengang. Ya Allah. Kejutan lagi? Terus air mata aku dah bertakung. Nak tunggu masa mengalir je. Dia suka buat surprise sangat ni kenapa?

Be My Wife?Where stories live. Discover now