Part 53

7.8K 176 8
                                    


Aku akan balik Malaysia dua hari lagi. Kau tunggu je la perempuan!

Hampir tersedak aku baca caption gambar perempuan tu kat Instagram. Aku dah la tengah makan. Dia duk buat lawak antarabangsa pula dekat IG ni. Haih dia ni. Tak guna betul.

Eh jap! Sekarang ni bulan berapa? Aku tengok jam dan calendar dekat phone. La. Dah masuk bulan 2. Cepatnya masa berlalu. Kandungan aku pun dah masuk 5 bulan. Lagi 2 bulan praktikal aku akan habis. Huish! Tak sabarnya! Tapi perempuan ni nak buat apa lagi? Kenapa dia tak sedar yang dia tengah kacau suami orang? Apa nama dia? Dina? Oh ya!

Aku cepat-cepat habiskan makanan dan kemas meja. Bila dah selesai aku menapak ke arah bilik. Harap suami aku belum tidur. Yala. Aku je buang tabiat, pukul 12 tengah malam makan. Lapar weh! Suami aku layankan je la.

" Abang? Dah tidur ke?"

Aku naik atas katil. Melihatkan dia tengah fokus depan laptop. Means dia belum ada tanda-tanda nak tidur.

" Belum. Kenapa sayang? Dah kenyang?"

Aku tersengih kerang busuk. Alhamdulillah. Kenyang selepas dia masakkan aku Maggie. Suruh makan nasi tapi aku tak nak. Haha.

" Dah. Erk. Hmm."

Aku tak tahu nak cakap macam mana. Takut kena marah lagi. Yala sentuh hal privacy dia. But, privacy dia privacy aku juga kan? So, tiada rahsia di antara kita. Kah!

" ye sayang? Kenapa ni?"

Dia jadi pelik dan tumpukan perhatian sepenuhnya dekat aku. Aku tersengih kerang busuk.

" Pinjam phone?" Pintaku dengan jongketan di kening. Buat muka comel yang pasti. Haha.

" Apa lagi agenda sayang?"

Aku mencebik. Kantoi sudah.

" Iqa takkan stop selagi perempuan tu kacau kita. Please?" Rayuku lagi siap goyangkan tangan dia. Nak punya fasal.

Dia tergelengkan kepalanya dan akhirnya menyerahkan juga Iphone miliknya dekat aku. Yes! Yes!

" Jangan melebih-lebih."

" Aip bos!"

Aku terus baring sambil meneroka Iphone milik sang suami. Dia dah kembali fokus dekat kerja. Okay. inilah masanya. Aku buka Instagram miliknya dan tengok dekat message. Terlopong aku dibuatnya bila perempuan tu selalu hantar message dekat SYamel. Oh. Tak dapat nak whatsupp dekat IG pun jadi ye? nasib aku dah block nombor kau perempuan.

Aku kena berlakon jadi Syamel. Aku nak tahu sangat apa yang perempuan ni nak. Tak habis-habis nak ganggu aku dengan suami. Benci!

" Sayang behave ye. ingat sikit sayang tengah mengandung. Kang terjangkit dekat anak sikap suka ambil tahu dan dendam tu baru tahu."

Dah mula dah. Aku Cuma menjeling geram. Tapi dia buat selamba.

" Anak akan faham sebab ada perempuan nak kacau papa dia." Ujarku selamba juga.

" Degilnya."

Tiba-tiba pipiku jadi mangsa. Ceh! Tak boleh pakai langsung papa ni kan sayang. Okay. Teruskan Iqa.

Dina. Kau nak balik dua hari lagi? But why?

Aku sengih. Time ni dekat sana rasanya petang. So, aku jamin dia mesti reply cepat. Apatah lagi orang yang dia sayang chat. Of course takkan dibiar lama. Heh!

Yes! Miss me?

Aku tersenyum sinis. Dah agak. But, miss you? Never! Jangan mimpi la perempuan.

Be My Wife?Where stories live. Discover now