Part 24

6.2K 182 0
                                    

Okay. Bersedia untuk masuk fasa kedua. Harap bertenang dan terus sokong novel ini. Harap juga tidak marah pada sis dan terus baca sampai ke saat akhir. Hehehe. Okay bye. 

Other's POV

Kejap dia tunduk. Kejap dia tengok depan. Kejap toleh ke kiri. Kejap dia pejam mata. Macam-macam dia buat semata-mata nak hilangkan rasa gemuruh dalam hati ni. bila dikerling insan sebelah, dia rasa cemburu pula. Bukan main tenang. Yang dia ni? Dah sejuk beku gara-gara takut.

" Kau kenapa?"

Soalan itu dibiarkan sepi. Hanya fokus tengok depan. Tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Makin dekat dengan rumah Daniel. Makin berdebar dia rasa. Macam nak terkeluar jantung ni. memang la sebelum ni dah kenal dan jumpa. Tapi bila berdepan sebab hal penting ni buatkan dia gelisah. Wuargh!

" Kau takut ke?"

Dia kerling sebelah dengan jelingan tajam. Bibirnya cuba ditarik agar membentuk sebuah senyuman walaupun nampak sangat hambar.

" Tak. Tak takut."

Daniel yang mendengar tersenyum kecil. Nak tipu aku konon. Sedangkan tangan tu tak duduk diam. Kepala tu pula asyik tengok kiri kanan. Aduhai.

" Jangan takut la. Mama dan papa aku tak makan orang okay?"

Dia kembali fokus pada pemanduan. Lagi 5 minit mereka akan sampai.

" Betul ke apa yang kita akan buat ni Daniel?"

Daniel terdiam. Apa maksud dia?

" Tak rasa cepat sangat ke? Lagipun kita tak ada preparation apa lagi pun. Dah la esok lusa awak nak ke UK dah. Kalau cakap hal ni dekat mama dan papa awak. Mesti dorang tak setuju." Sambung Tengku Imanina lagi.

Dia rasa macam dalam mimpi. Macam nak kahwin koboi pun ada. Sebab cepat sangat.

" Kau percaya aku kan?" Suara Daniel lantas toleh sekilas ke arah Tengku Imanina.

Tengku Imanina hanya membuat anggukan kecil.

" Then, trust me. I know what I'm doing. Just trust me okay?"

Terlepas juga keluhan daripada bibir Tengku Imanina. Akhirnya dia hanya menganggukkan kepalanya. reda je la apa akan jadi selepas ni. Biar Daniel je yang uruskan semua. Sakit kepala asyik fikir. Huh!

**

" Kahwin?!"

Tengku Imanina mengetap bibir. Dia setia tunduk ke bawah. Takut. Mama Daniel macam nak marah je. Terkejut sangat lepas Daniel kata kami nak kahwin.

" Ya. Daniel dah tanya papa semalam. Papa okay."

Daniel mengerling sekilas ke arah Tengku Imanina. Dia tersenyum kecil. Jangan takut sayang. Trust me.

" Haah. Abang setuju."

Datin Yuhaira terduduk. Dia ambil masa nak hadam semua kata-kata Daniel tadi. Kahwin? Sungguh diluar jangkaannya.

" Tapi bila? Kamu dah nak ke UK esok lusa."

Daniel menarik senyuman tipis. Dia dah buat semua perancangan tentang itu. So, bagi dia tak ada masalah.

" Ahad pagi. Flight Daniel malam."

" What?!"

Kali ni semua orang yang ada di situ terlopong mendengar keputusan Daniel termasuk Tengku Imanina. Ahad ni? Oh My! Dia dah gila ke? Cepatnya!

" Daniel! Kamu tahu tak ada lagi sehari je nak buat persiapan?"

Datin Yuhaira memicit lembut dahinya. Pening dengan sikap anaknya yang tiba-tiba tu. Datuk Ihsan pula rasa nak tergelak. Nampak sangat tak nak tinggalkan orang kesayangan dekat Malaysia ni.

Be My Wife?Where stories live. Discover now