Part 50

6.6K 197 9
                                    

' Sayang. Jawab call abang please? Abang minta maaf sebab tak reply dan jawab call sayang sebab phone abang tak ada bateri. I'm so sorry sayang. Please forgive me.'

Itulah chat yang aku terima pagi tadi sebaik sahaja aku on kan phone aku semula. Aku tersenyum sinis. Senang je alasan dia. kata tak ada bateri tapi boleh pula aku dengar suara perempuan yang jawab?

Tak mahu terus layan perasaan aku terus tinggalkan phone di atas katil dan aku berlalu keluar daripada bilik. Sekarang tiba masa untuk tenangkan diri dan jangan fikir tentang perkara yang menyakitkan hati itu Iqa. Kau dah ada kat kampung so kau just perlu rileks. Okay? Tarik senyuman kau tu.

Aku menuju ke dapur di mana keluarga aku sedang menikmati sarapan. Aku tarik senyuman semanis yang boleh dan turut join mereka makan bersama.

" Makan Iqa. Kamu tu tengah mengandung. Tak boleh biar perut kosong."

Aku tersengih mendengar bebelan mak. Alangkah bagusnya kalau Syamel berada di sisi aku saat ini. Ya Allah! Terasa nak nangis. Jangan sensitif sangat Iqa.

" Ye mak. Kejap lagi Iqa nak ke sawah hujung kampung tau."

" Nak buat apa? Bahaya la Iqa."

Seperti yang aku sangkakan, mak mesti akan halang.

" Iqa just nak jalan-jalan je. Bolehlah. Kejap je tak lama. Rileks mak. Perut Iqa tak boyong ke depan lagi. Tak sampai sebulan lagi pun mak."

Ayah dan adik-adik aku dah mula tergelak kecil. Mak pula dah merengus geram. Aku hanya tersengih serba salah.

" Yela. Hati-hati."

" Yes maam!"

Aku cepat-cepat habiskan makanan. Selepas itu aku sarungkan tudung dan berjalan keliling kampung. Hujung sawah menjadi tempat selalu untuk aku tenangkan fikiran. Aku ambil tempat di tepi beranda. Hujung sawah ni ada beranda. Tempat untuk orang rehat selepas buat kerja.

Aku duduk di situ lantas melihat suasana sekeliling. Alhamdulillah. Tenang sangat aku rasa. Tersenyum juga aku jadinya. Teringat semula kenangan aku masa kecil dekat sini dulu. Ya Allah. Rindu.

Tapi aku teringat semula apa yang terjadi semalam. Aku mengeluh kecil. Adakah ini ujian buat kami berdua Ya Allah? Perlu ke aku percaya tanpa mendengar penjelasan daripada Syamel sendiri? Aku percaya dia tapi aku lebih percaya diri aku. Aku takut kalau perkara sama berulang lagi.

" Abang. I miss you. But, why? Kenapa semua ni terjadi? Iqa sampai tak tahu nak percaya ke tak."

Aku meraup wajahku perlahan. Buang segala rasa sangsi dan sedih. Dah. Stop fikir benda tu. Sekarang kau perlu fokus pada diri kau dan anak kau dalam kandungan ni. Itu lebih penting. Biar Syamel selesaikan dulu kerja dia dekat sana. Biar dia balik baru aku tanya dia. Ya. Itu je cara untuk tidak aku menangis lagi.

" Akak!"

Aku tertoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar suara itu. Eh. Adik bongsu aku.

" Kenapa?"

" Mak panggil balik! Ada orang nak jumpa akak!"

Ha? Siapa? Jangan cakap keluarga mertua aku sudah. Aku dah la tak cakap lagi fasal cucu mereka ni. Hurmm.

" Okay kejap!"

Perlahan-lahan aku menuju semula ke arah jalan. Adik aku sudah menghilang dengan basikal dia. budak ni la. Kot la nak tunggu aku ke. Sabar je la.

Hampir separuh jalan aku dah dapat nampak dua buah kereta dekat halaman rumah. Siapa tu? Masih tak dapat dikenal pasti. Bila betul-betul dekat barulah aku tahu kereta siapa. Kereta Daniel dan mak mertua aku.

Be My Wife?Where stories live. Discover now