Part 3

10.6K 269 9
                                    

" Iqa."

Aku toleh ke arah ayah. Ayah memberikan senyuman manisnya padaku. Tapi tidak semanis macam semalam. Maybe risau akan  pembedahan yang akan dijalankan sebentar tadi. Aku genggam tangan ayah.

" Ayah jangan risau. InsyaAllah semuanya akan baik saja." Ujarku bagi meyakinkan ayah.

Aku dah ada atas katil dalam keadaan baring. Bersedia untuk masuk ke bilik pembedahan je. Nurse pun dah tolak katil aku keluar daripada wad. Ayah setia mengekori aku.

" Ayah sayang kamu. Ayah sayang mak kamu. Dua-dua mesti selamat tau?"

" Insya-Allah."

Dan kini aku sudah betul-betul berada depan bilik pembedahan. Aku tarik nafas dalam. Aku kerling ayah. Ayah sudah melepaskan genggamannya. Tapi dia setia memberikan senyuman buat aku.

" Afiqah Insyirah? Dah sedia?"

Muncul Doktor Hanim dengan senyuman kecil. Kepalaku diusap perlahan. Aku cuba tersenyum walaupun rasa takut menguasai diri.

" InsyaAllah dah doktor."

Aku pejamkan mataku erat. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar Ya Allah.

" Okay. Tolak dia masuk."

Mak. Tunggu Iqa mak.

**

" Kenapa? Kenapa mesti dia pergi? Kenapa tak aku je?! Argh!"

Aku mencari-cari suara itu. Dari jauh telinga aku dapat mendengar suara itu. Aku cuba membuka mata. Entah berapa lama aku pejamkan mata ini sampai aku rasa dah letih untuk tidur. Aku juga mula menggerakkan jari-jemari aku.

" Sabar Mel sabar."

Kali ni telinga aku dapat mendengar suara perempuan pula. Dan aku pasti itu suara doktor Hanim. Lagilah membuatkan aku ingin cepat sedar. Aku mula menggerakkan bebola mata ke arah kiri dan kanan. Berusaha untuk sedar.

" Semua ni salah aku Nim."

Aku mula membuka kelopak mata dengan perlahan-lahan. Tapi selepas ada cahaya yang menerobos masuk ke dalam mata, aku kembali memejamkan mata. Tapi tidak lama bila aku berjaya membuka kembali dan mula menjernihkan pandangan ke sekeliling.

Dan mata aku terpaku pada dua orang kelibat manusia tidak jauh daripada pintu bilik wad aku. Aku cuba kenal pasti siapa kelibat lelaki dan perempuan itu. sampai aku terangkat tangan kanan aku ke arah mereka. Tapi keadaan aku masih lemah. Jadi, tangan aku terjatuh semula.

" Kau tak boleh salahkan diri kau. Kau langsung tak salah. Semua ni berlaku atas kehendak Allah."

Entah mengapa, kata-kata Doktor Hanim tu membuatkan aku rasa sebak. Dengan kudrat yang ada, aku cuba memanggil doktor Hanim itu. Aku yakin itu dia.

" Dok..doktor..." Lemah aku memanggil. Aku rasa lemah sangat.

Mujur doktor Hanim dengar sebab dia menoleh ke belakang. Bila ternampak aku sedar, dia terus meluru ke arah aku dengan senyuman kecil.

" Alhamdulillah. Akhirnya kamu sedar juga."

Aku mengerutkan dahi. Kenapa cara doktor cakap macam aku dah lama tak sedar?

" Kejap. Saya tengok keadaan kamu dulu."

Doktor Hanim membuat pemeriksaan pada jantung aku, nadi aku dan mata aku. Kemudian dia menarik senyuman manis buatku. Aku yang melihat hanya mendiamkan diri.

" Alhamdulillah. Kamu dah okay. Keadaan kamu dah stabil. Syukur alhamdulillah."

Aku sempat kerling ke arah lelaki yang berada di tempat tadi. Tapi, kelibat dia dah hilang. Aku kembali melihat ke arah Doktor Hanim.

Be My Wife?Where stories live. Discover now