Part 39

6K 193 8
                                    

" Syira! Bangun! Hari ni kan kita kena balik dah."

Terpisat-pisat aku bangun dan melihat skrin telefon. Dah pukul 8 pagi. Lepas Subuh tadi gatal pergi tidur balik. Kan dah terlajak tidur. Letih punya fasal.

" Awal kau bangun?" Soalku lantas bangun duduk.

Aku tengok dia yang tengah kemas barang-barangnya lalu masukkan ke dalam beg. Selepas itu barulah dia tengok ke arah aku.

" Aku nak kena uruskan sesuatu. Aku kan cikgu travel kau."

Aku mencebik. Perli la tu. Ceh.

" Dah. Aku turun dulu. Make sure bila aku naik nanti kau dah siap ye? Bye."

Tak sempat aku nak cakap lagi, dia dah gerak terlebih dahulu. Kelam kabut semacam je minah ni. Sabar je la. Aku bangun dan turun dari katil. Aku gerak ke balkoni bilik. Cuaca pagi yang indah dan tenang. Sejuk je mata memandang.

Tiba-tiba ingatanku terbang melayang ke peristiwa semalam. Peristiwa di mana aku dapat kejutan daripada sang misteri. Fasal Iphone 7s tu la. Terkejut gila aku. Apa motif dia buat aku macam ni?

Kau tahu tak sang misteri? Kau buat aku nak sangat jumpa dengan kau. Tolong jangan biarkan aku jatuh cinta dekat kau sebab aku masih cintakan Syamel. Please! Walaupun aku dah mula rasa selesa dengan kau. Rasa nak bersemuka dengan kau. Arh! Aku ni dah gila sebenarnya. Huh!

Sudahlah Iqa. Stop thinking. Lagi kau fikir lagi serabut la kau. Dah la cuti sem kau dah nak habis. So, lepas ni fokus pada study ye.

**

Terkocoh-kocoh aku turun ke balkoni resort. Katanya tadi suruh tunggu dekat situ. Tiana punya angkara. Tapi sekarang batang hidung dia pun aku still tak nampak. Ke mana pula minah ni pergi. Dah lah aku kena heret semua barang-barang dia. Nasib tak banyak. Kalau tak aku bebel juga dekat minah tu nanti. Huh!

Aku melihat sekeliling. Macam tak percaya je aku dah sampai sini dan hari ni juga hari terakhir aku dekat sini. Aku harap sangat lepas ni aku berkesempatan untuk ke sini lagi. Maybe dengan suami? Heh! Beranganlah kau Iqa.

Sedang leka aku melihat sekeliling, tiba-tiba mataku tertancap pada figura seseorang yang sangat aku kenali. Tersentak aku seketika. Tapi aku tidak gelabah dan lari. Malah aku mengejar langkah kelibat itu yang langsung tak sedar akan kehadiran aku di belakangnya saat ini.

" Assalamualaikum doktor."

" Waalaikumussalam."

Saat dia menoleh, dia nampak terkejut melihat aku. Aku tersenyum dan menghulurkan tangan untuk salam. Dia dengan rasa terkejutnya itu menghulurkan tangannya. Aku tunduk dan salam. Kemudian aku melihatnya semula.

" Doktor sihat?"

" Si..sihat. Alhamdulillah. Iqa ke ni?"

Aku menarik senyuman kecil. Betullah. Dah lama aku dengan doktor tak jumpa.

" Ya saya. Doktor Hanim buat apa dekat sini?"

Tiba-tiba tubuhku dipeluknya. Terkejut aku dibuatnya. Tapi aku Cuma membiarkan. Sebab aku pun rindukan orang di Kuala Lumpur terutama dekat Syamel. Apa khabar dia sekarang agaknya.

" Syukurlah awak okay Iqa."

Pelukan dilepaskan dan doktor memberikan aku senyuman manisnya itu.

" Doktor buat apa dekat sini?"

" Tengah bercuti tenangkan fikiran dengan bakal suami doktor."

Aku ternganga. Serius? Terus aku menjadi teruja.

Be My Wife?Where stories live. Discover now