Part 31

6.1K 190 1
                                    

 2 tahun kemudian.

" Syira! Here!"

Aku pantas menapak ke arah Yasmin dan Hana yang tengah menunggu itu. Aku tersenyum saat duduk di tengah antara mereka berdua. Dan berdepan betul-betul depan Adam dengan Addin.

" Kata kita tiga je?"

Aku bisik ke arah Yasmin. Tak sangka pula dua malaun ni pun ada. Menyemak betul. Kalau gini caranya dah tak rasa hangout gegirl kot.

" Dorang yang nak ikut sangat. Ala. Bukan selalu." Balas Yasmin selamba.

Aku pun apa lagi hanya diam. Tak nak berbahas lebih-lebih. Sebab hari ni masa untuk lepaskan stress selepas final exam petang tadi. Dan sem berbaki lagi 3. Tak sabarnya nak habiskan study.

" Kita nak ke mana dulu?"

Tiba-tiba Addin bersuara. Aku, Hana dan Yasmin silih berganti memandang ke arah dorang dan akhirnya kami bertiga tersenyum sinis. Lebih kepada mencabar sebenarnya.

" Bowling!"

Jawab kami bertiga serentak. Well. Kami bertiga dah boleh dikategorikan sebagai tenaga pengajar bowling dah dekat kolej. Jaguh bowling antara senior senior dekat situ. Heh! Dah banyak kali juara antara kolej. So, why not kali ni kita cabar bila dorang berdua. Heh!

" No hal!" Balas Addin dengan wajah yakin. Manakala Adam Cuma tersenyum.

" Okay. Cun! Jom!"

Cepat-cepat Yasmin dan Hana berlalu meninggalkan aku dekat belakang. haih. Dorang berdua ni dah macam kanak-kanak Ribena dah. Tak boleh sabar langsung. Hmm. Samalah dengan si Addin tu pun. Cuma, yang tertinggal aku dengan si Adam ni je. Yang Adam ni tak reti nak jalan dulu ke? Suka jalan sebelah aku.

" Syira."

" Hmm."

" Thanks sebab sudi terima aku sebagai kawan."

Aku terdiam. Teringat semula kejadian tiga bulan yang lalu. Sebab Adam la, aku masih dapat berdiri sebelah dia saat ini. Kalau difikirkan balik, time tu memang aku menempah maut. Mujur juga masa tu Adam ada. Dia terniat nak lalu situ atau kalau tidak kemungkinan besar aku dah jadi mangsa penjenayah tu. Ish! Takut bila fikirkan balik.

" Aku yang patut cakap terima kasih sebab kau dah selamatkan nyawa aku." Ujarku tanpa menoleh ke arahnya.

Betapa banyak kerenah yang tak baik aku lemparkan pada dia. Kata-kata kasar dan kurang enak yang aku lemparkan pada dia sebelum ini membuatkan aku terasa malu. Rasa macam tak patut kau buat dia macam tu. Walaupun dia lelaki tapi dia tetap manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Dan niat dia ikhlas nak kawan dengan aku. Even dia suka aku pun, dia terima kalau aku tak sudi kawan dengan dia. Dia sampai sanggup hadap semua sikap tak baik aku ni.

Sekarang, aku baru sedar. Tak semua lelaki sama. Dan tak semua lelaki macam apa yang aku anggarkan selama ini. Aku je bodoh. Keraskan hati sangat. Dan terlalu mudah percaya pada lelaki. Since, aku masih tak boleh lupa kenangan setahun lalu. Just still aku harap dia muncul lagi depan mata aku. Tak ke bodoh namanya tu? Berharap pada benda yang tak pasti. Huh!

" Aku takkan maafkan diri aku kalau aku tak selamatkan kau time tu."

Nada dia kedengaran tegas. Aku yang mendengar tarik senyuman nipis. Aku hentikan langkahku dan menoleh ke arahnya. Dia memandangku dengan renungan lembut.

" Kau memang tak pernah mengalah kan?"

Dia sudah menarik senyuman lebar. Kepalanya digelengkan perlahan.

" Sekali aku suka. Aku takkan beralah."

Aku kembali melangkah dan memandang jauh ke hadapan.

" Tapi aku Cuma anggap kau tak lebih dari kawan Adam. So, jangan nak berangan lebih la ye?"

Be My Wife?Where stories live. Discover now