Part 26

6.5K 179 3
                                    

Other's POV

Jelas kelihatan riak gembira pada wajah mereka berdua. Tanpa berselindung atau pun berpura-pura. Tapi amat gembira. Impian mereka akhirnya tercapai. Dan kini mereka berdua telah sah jadi suami isteri. Selepas ini, mereka akan bertolak ke UK pula dan menetap terus dekat sana.

" Tahniah bro!"

Daniel menarik senyuman lebar saat mendengar ucapan Syamel. Dia rasa bersyukur bila Syamel sudi datang ke majlisnya petang itu. Pagi tadi ahli keluarga mereka turut berada di rumah Tengku Imanina.

" Terima kasih Mel. Aku takkan sampai ke tahap ni kalau kau tak beri aku peluang untuk berubah."

Syamel Cuma tersenyum. Bahu Daniel ditepuknya perlahan. Sempat dia mengerling ke arah Tengku Imanina. Gadis itu nampak cantik dan bahagia apabila berada di samping Daniel.

" Jangan berterima kasih dekat aku tapi dekat Allah. By the way, flight korang malam ni pukul berapa?"

Daniel mengerling jam tangannya. Masih ada masa sebelum mereka berkemas buat kali terakhir.

" Dalam pukul 10 malam macam tu."

" Good. Nanti kami akan hantar kau."

Syamel menoleh sekeliling. Dia mencari sesuatu. Tapi hatinya sedikit hampa bila yang dicarinya itu masih tidak kelihatan. Takkan dia tak datang? Aku rindu dia. Tak puas rasanya dengar suara dia semalam dekat phone.

Daniel yang perhati gelagat Syamel sudah dapat mengagak apa yang Syamel nantikan. Bibirnya mengoyak senyuman saat melihat mata Syamel meliar ke sana sini. Sempat juga dia kerling ke arah Tengku Imanina. Tengku Imanina memandang suaminya itu dengan kerutan di dahi. Tak faham kerlingan Daniel.

" Sepupu awak ni tengah cari kekasih hati dia." Bisik Daniel lantas tarik senyuman mengusik.

Tengku Imanina yang dengar tahan gelak. Dia menutup mulutnya rapat. Jahat tau suami aku ni.

" Dia belum datang. Kau jangan nak cari dia la. Baik kau call terus tanya dia ada dekat mana. Habis cerita." Ujar Daniel selamba. isterinya di sebelah tersengih.

Syamel yang menyedari kata-kata itu untuk dia pantas berdehem. Cover la katakan. Tapi hampeh! Tak berjaya bila Daniel mentertawakannya. Dia pun apa lagi. Cuma mampu berlagak biasa sambil mengusap tengkuknya lembut. Segan bila kantoi.

" Jangan nak cover depan aku la Mel."

Syamel tersenyum senget. Dia mencari pula kelibat Warda dan ahli keluarganya yang lain. Masing-masing sedang menjamu selera. Cuma dia masih tak ada hati nak makan. Tak lapar. Mujur pengantin dah makan. Jadi, sebab tu dia boleh lepak dengan pengantin baru ni.

" Cover apa?" Syamel buat-buat tanya.

" Jangan risau. Kejap lagi dia datang."

Tengku Imanina tersenyum nipis. Seronok tengok hubungan Daniel dan sepupunya itu. alhamdulillah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dia harap Syamel dengan cinta hatinya itu akan bersatu macam dia dengan Daniel.

" Awak. Saya pergi sana kejap ye?" Pinta Tengku Imanina. Niatnya tak nak mengganggu mereka berdua berbual. Mana tahu ada hal yang penting.

" Yela."

Terlepas genggaman mereka sebaik gadis itu berlalu ke dalam khemah. Daniel Cuma melihat dari ekoran matanya. Bila dah puas dia kembali fokus pada Syamel. Sekarang baru la dia boleh straight to the point.

" Mel."

" Hmm.."

" Kau cintakan dia?"

" Maksud kau?"

Be My Wife?Where stories live. Discover now