Part 18

7.2K 208 15
                                    

Aku melihat sekeliling. Ternyata aku masih ada dalam vila ni. Perlahan-lahan aku bangun duduk. Terasa sakit dekat kepala. Aku sentuh belakang kepala aku. Ternyata berbalut. Aku kerling jam. Dah pukul 8 pagi. Aku terlepas Subuh. Ya Allah. Maafkan hamba.

" Akak dah bangun?"

Muncul Warda bersama dengan dulang makanan di tangannya. Aku terdiam sampai Warda duduk depan mata aku. Dulang makanan tadi diletakkan di meja sisi katil. Dia mencapai segelas air dan hulurkan padaku. Aku sambut dan minum seteguk kemudian hulurkan semula pada Warda.

Selepas itu, dia hulurkan aku semangkuk bubur pula. Aku tersenyum kelat. Aku tiada selera nak makan. Bubur? Aku tak berapa minat sangat.

" Kenapa kak? Makan sikit kak. Lepas tu baru boleh makan ubat. Kalau tak macam mana nak sembuh."

Bila Warda suakan sudu pada mulutku. Aku membuat gelengan kecil.

" Akak tak ada selera la dik. Akak tak makan bubur. Tekak akak tak ngam dengan bubur." Jujurku lantas tersenyum hambar.

" Tapi akak kena makan sikit. Cakap dekat Warda. Akak nak makan apa?"

Aku menggelengkan kepalaku lagi. Aku tak nak menyusahkan sesiapa pun.

" Warda. Mana family akak? Dorang dah balik ke?"

" Dah. Pagi tadi. Sebab kena hantar adik-adik akak ke sekolah. Nanti petang mak akak datang."

" Kalau macam tu akak nak balik jugalah. Buat apa akak duduk sini lagi? Akak dah okay."

Cepat-cepat aku turunkan kaki pada lantai. Dengan tenaga yang ada, aku bangun dan melangkah kecil. Tapi makin aku melangkah, kepala aku jadi sakit. Pandangan aku kabur. Serentak itu aku teringat semula bayangan Daniel yang cuba memperkosa aku.

" Ya Allah!"

Sebab itu, kaki aku jadi lemah dan aku terjatuh kerana tak dapat berdiri. Warda datang menghampiri dengan riak bimbang.

" Akak okay tak? Akak sakit dekat kepala ke?"

Aku tunduk sambil pegang kepala yang berbalut. Rasa sakit saat ingat semula sejarah hitam itu. Serentak itu air mataku mengalir ke pipi.

" Akak. Kenapa ni?"

Aku capai lengan Warda. Tajam aku tengok dia.

" Bawa akak lari dari sini. Akak nak lari daripada lelaki durjana tu. Tolong akak!"

Tergesa-gesa aku merangkak ke arah katil. Aku capai tudung yang tersidai di kepala katil. Aku sarungkan dan cuba kembali berdiri.

" Akak!"

Tapi aku terjatuh lagi. Mujur Warda sempat tahan. Kenapa dengan aku ni? Tolonglah kuat sikit!

" Tepi Warda. Akak nak lari. Akak nak balik!"

Tangan Warda aku tepis. Aku gagahkan kaki aku melangkah ke arah pintu. Walaupun perlahan, walaupun rasa sakit dekat kepala dan badan. Tapi aku kuatkan semangat sampai tangan aku berjaya memulas tombol pintu.

Cuma, saat aku buka pintu. Terpampang tubuh seorang lelaki sekali gus membuatkan aku terundur ke belakang semula. Kaki aku kembali menggeletar. Tangan aku menggigil. Dan aku tak sempat berbuat apa-apa bila aku bagai merelakan diri terjatuh duduk sekali lagi.

" Akak! Ya Allah!"

Warda mendekat dan paut tubuh aku kuat. Aku tengok kaki itu yang makin dekat. Pantas aku menggelengkan kepalaku.

" Pergi! Pergi kau! Jangan dekat!"

Erat aku pejamkan mata dan kuat aku pegang lengan Warda. Takut. Ya aku sangat takut. Tu Daniel kan? Jangan! Jangan apa-apakan aku.

Be My Wife?Where stories live. Discover now