Part 25

6.3K 169 1
                                    

Sorry. Hambar sikit part ni.

Other's POV

" Yang ni dah siap ke Mak Mah?"

" Dah. Yang ni belum. Belum masukkan kuih."

" Kalau macam tu. Mak Mah buat yang ni. saya buat yang tu."

" Okay Datin."

Jelas bahawa suasana sekarang amat sibuk sekali. Masing-masing ada tugas dan tidak ketinggalan juga Daniel. Dia pun ada tugasnya. Yala. Esok dah nak kahwin. Sehari je persiapan. Kau rasa? Memang kelam kabut la. Tapi si Daniel ni masih berlagak biasa. Macam tak akan kahwin pun esok.

"Daniel."

Datuk Ihsan memanggil. Dia baru selesai arahkan orangnya pasangkan dua khemah di luar rumah.

" Ye pa."

Daniel mendekati papanya yang kelihatan kelam kabut itu. dalam hati rasa syukur sebab papanya dah berbaik dengan dia.

" Semua dokumen untuk nikah dah selesai ke?"

Daniel menarik senyuman kecil.

" Semua ditanggung beres pa. Cuma tunggu nak pegang tangan tok kadi je. Hehe."

Datuk Ihsan tertawa kecil. Nampak sangat anak dia dah terlebih bersedia.

" Cepat juga anak papa buat kerja."

" Well. Itu kan kerja Daniel. Cuma satu je belum. Daniel belum jemput rakan kenalan Daniel."

Daniel teringat akan sepupunya dan Iqa. Dia jadi serba salah nak jemput. Tapi ini peluang terakhir dia sebagai tanda minta maaf. Lagipun selepas ini susah dia nak pulang ke Malaysia semula.

" Masih ada masa lagi kan? Dah. Papa ada kerja lagi."

Matanya hanya melihat Datuk Ihsan berlalu pergi. Alhamdulillah. Sekarang dia rasa lega sangat. Teringat tentang Nina. Dia cepat saja capai phone dan dial nombor Tengku Imanina. Dia yakin saat ini Tengku Imanina pun sibuk.

" Helo."

" Ya awak? Kenapa?"

" Busy ke?"

" Bolehlah. Tengah siapkan pelamin."

Daniel menarik sengihan. Dalam kata tak sempat, nak juga dia pasang pelamin. Nina..Nina. sabar je la.

" Kita jumpa. Aku ada benda nak buat."

" Bagi saya setengah jam. Nanti awak tunggu dekat luar rumah saya. Okay bye."

Tak sempat Daniel nak kata lebih lagi panggilan terlebih dahulu ditamatkan. Akhirnya Daniel hanya mampu menggeleng. Nina..Nina.

**

" Kita kat rumah siapa ni awak?"

Tengku Imanina melihat sekeliling. Tak pernah pun dia jejak kaki ke rumah ni. Ini pertama kali. Malah rumah ni nampak lebih besar daripada rumah Daniel.

" Rumah makngah aku. Jom masuk."

Daniel buka pintu kereta dan melihat sekeliling. Kereta Syamel ada. So, means dia ada dekat dalam. Baguslah. Kakinya diatur melangkah ke arah pintu utama dan diikuti Tengku Imanina.

" Assalamualaikum!"

Tengku Imanina rasa berdebar pula. Tak henti-henti dia tengok sekeliling. Dalam hati dia berasa kagum sebab rumah ni kelihatan cantik.

" Waalaikumussalam."

Tiba-tiba pintu rumah dibuka dari dalam. Terpacul wajah Datin Syiha dengan senyuman kecil. Tapi dia tak dapat sembunyikan riak terkejut saat melihat Daniel dengan seorang gadis.

Be My Wife?Where stories live. Discover now