Part 41

6.8K 223 16
                                    

Disebabkan sis excited so sis kasi upload satu lagi bab malam ni. Haha. Dan sebab sis maybe tak post minggu depan sebab busy dengan assigment. So jangan lupa tinggalkan komen anda. Maaf kalau bersemut. Hiks.

Saya tunggu sampai awak datang. Tonight.

Aku terdiam membaca message dari sang misteri pagi tadi. Dan kini aku tengah pening nak pilih baju. Nak pakai baju apa? Alamat yang dia bagi macam sebuah restoran mewah. Tapi restoran je kan? At least janganlah pakai baju yang boleh jatuhkan maruah lelaki tu.

Aduh! Dah kenapa aku jadi gelisah runsing semua ni? Chill la. Huh! Aku pakai baju kurung je la. Senang! Dan selendang berwarna merah hati lembut. Lantak la. Asalkan aku pakai. Biar nampak sopan sikit. Hehehe.

" Syira.."

Aku menoleh saat Yasmin masuk ke dalam bilik. Dia tengok aku dengan kerutan di dahi.

" Kau masih tak pilih lagi ke baju yang nak dipakai? Dah nak masuk waktu maghrib ni. Kang lewat pula."

Aku mencebik. Biarlah lambat pun. Dah dia kata sudi tunggu. So biarkan dia tunggu lama sikit. Biar aku cabar sikit kesabaran dia. Heh!

" Aku pakai baju kurung je la."

Dia mencerlung. Nampak tak setuju je?

" Baju kurung je? Pakai la yang vogue sikit."

Dia terus meluru ke arah almari baju aku. Pilih punya pilih dia mencapai satu jubah berwarna krim dan hulurkan jubah itu padaku. Aku terkedu. Sebab jubah ni kali terakhir aku pakai masa majlis kenduri Daniel.

" Yang ni cantik sikit. Pakai yang ni la. And selendang pula kau pakai ini."

Aku terkedu lagi. Selendang warna pink lembut dia serahkan padaku. Aku sambut dengan hati berbelah bahgi. Again?

" Pakai ni tau. Lepas maghrib ni siap cepat tau. Nanti aku datang balik untuk mekap kau sikit."

Aku mengeluh kecil. Betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke aku nak pergi jumpa sang misteri tu? Tapi kenapa hati aku ni berdebar semacam je. Arh! Abaikan perasaan ini Iqa. Kau jumpa dan tahu siapa dia and then kau blah. That's all.

Aku letakkan baju dan selendang tadi ke atas katil. Aku capai pula phone. Ingin menaip sesuatu buat sang misteri tersebut.

Kita makan dekat tempat biasa je kan? Saya harap tak jatuhkan maruah awak di sana nanti.

Jangan risau. Awak boleh pakai apa je yang penting sedap mata memandang.

Aku tersengih. Yela. Sedap mata memandang ye? Heh! Fine.

**

Sebaik sahaja kaki aku masuk ke dalam restoran seperti diberitahu sang misteri semalam. Aku terus rasa kekok. Rasa lain. Rasa macam nak balik sekarang juga. Sebab tak ada orang pun. Melainkan pekerja mereka je. Tapi aku dah masuk pun.

" Miss. Please have a seat."

Aku turutkan kata pekerja itu lantas menuju ke meja yang diberitahu. Aku kerling jam. Aku rasa aku terlewat lima minit. Tapi kelibat dia tak ada pun. Maybe tak sampai lagi. Aku capai phone dan taip sesuatu. Ingin khabarkan pada dia bahawa aku dah sampai.

Awak. Saya dah sampai. Mana awak?

Aku tengok sekeliling. Serius! Aku seorang je ke pelanggan dorang ni? Segan pula rasa. Cepatlah sang misteri. Mana awak ni!

Just wait for me.

Hmm. Tunggu tu tunggu juga. Tapi cepat sikit. Alahai. Akhirnya aku tunduk tengok phone je. Rasa berdebar-debar je sekarang ni. Baru aku nak fokus dekat phone, ada seorang waiter lelaki datang dengan senyuman.

Be My Wife?Where stories live. Discover now