Part 4

10.4K 268 5
                                    

" Welcome back!"

Tubuhku dipeluk kemas oleh Zara. Sampai membuatkan aku tertawa kecil melihat keletah dia. Aku leraikan pelukan bila puas ketawa.

" Dah berapa hari aku tak datang?" Soalku pada Zara.

" Ada la dalam dua minggu. Betul kau dah sembuh betul ni? Semalam baru je kau keluar hospital."

Muka Zara memang tak bagi aku masuk kerja. Risau semacam.

" Betul. Aku okay la. Dah sembuh. Kalau tak aku tak mampu la berdiri depan mata kau sekarang ni."

Aku ambil tempat di depan kaunter. Aku mula menyarungkan apron ke tubuh aku. Nak siram pokok. Dah lama tak tatap wajah-wajah makwe aku. Haha.

" Okay. Aku percaya. Tapi kalau penat just cakap okay?"

" Okay boss!"

Tergeleng-geleng aku melihat telatah Zara yang terlebih risau tu. Tapi aku bersyukur sebab dapat kawan macam dia. Alhamdulillah. Dialah sahabat dunia akhirat aku. Insya-Allah.

" By the way.."

Aku baru capai getah paip air bila Zara tiba-tiba bersuara. Aku memulas paip air dan air mula mencurah keluar ke bunga-bunga aku yang dah lama aku tak tatap ni. Haha. Klise sangat kau Iqa.

" Minggu lepas. Hari-hari lelaki tu datang sini."

Aku tersentak. Mesti Zara maksudkan Daniel. Arh! Biar lah dia. Peduli apa aku.

" Habis kau cakap apa?"

" Aku katalah kau dah berhenti kerja. Then, barulah dia tak datang dah. Kalau tak rimas aku." Bebel Zara dengan riak muka geram.

Aku tertawa kecil.

" Tahu pun. Baguslah kau cakap macam tu. Tak la aku kena hadap muka dia hari-hari."

" Tapi kan?"

Dia mendekati aku dan memaut bahu aku erat. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi.

" Tapi apa?"

" Kenapa kau tolak orang sekacak dan sekaya dia? Rugi kot."

Aku tersenyum hambar. Bukan aku tolak dia Zara. Tapi dia yang hancurkan hati dan kepercayaan aku.

" Kau belum kenal dia lagi Zara. Kalau kau tahu sifat sebenar dia. Kau pun akan patah hati. Bukan setakat patah hati tapi remuk rendam. Kau faham?"

Aku tolak tangan Zara dan berlalu ke pokok bunga yang lain pula. Fokus pada kerja. Kang kena potong gaji siapa susah? Aku juga. Haha.

" Tapi kan?"

Aku tengok dia dengan geram.

" Apa lagi?"

Dia tersengih kerang busuk. Maybe tahu aku geram.

" Tak. Tak ada apa-apa. Buat kerja."

Aku tersengih sinis. Tahu pun. Kang dengan kau aku sekeh Zara.

" Assalamualaikum."

Aku dan Zara saling memandang sebelum menoleh ke arah pintu utama. Kelihatan ada dua orang wanita di situ.

" Waalaikumussalam."

Aku tutup air dan letakkan getah air ke tempatnya semula. Aku mendekati Zara yang sudah berdepan dengan dua orang pelanggan yang memberi salam tadi.

" Ada apa yang boleh kami bantu Puan?" Soal Zara lembut dengan senyuman. Aku pun turut memberikan senyuman.

Seorang wanita sebaya lebih kurang mak aku. Seorang lagi pula maybe sebaya aku or muda dari aku. Sebab muka dia nampak baby face. Comel. Tapi anggun. Yeah! Dengan selendang yang dililitnya itu kelihatan kemas. Orang kaya nampak gayanya.

Be My Wife?Where stories live. Discover now