Part 45

7.7K 196 3
                                    

" Surprised!"

Aku hampir jatuh rebah saat melihat pemandangan di depanku saat ini. Ia bukan sekadar pemandangan tapi turut menjawab persoalan aku ke mana suami aku bawa kali ini.

Jepun! Jepun weh! Ya Allah! Terujanya! Aku dulu selalu berangan nak jejak kaki ke sini bersama dengan orang yang tersayang. Tak sangka akhirnya impian aku jadi kenyataan. Alhamdulillah.

" Ke..kenapa abang sanggup bawa Iqa sampai ke sini?"

Ni baru dekat airport Jepun. Tak pergi bilik penginapan lagi. Lagi teruja apa?

" Sebab abang nak isteri abang ni tak kecewa dengan honeymoon perkahwinan ni. Fisrt time pula tu. Lagipun Jepun adalah tempat pertama abang terfikir selepas melihat wajah sayang. Tak tahu la kenapa."

Aku tersengih lebar. Tak sabarnya nak pergi ronda dekat Jepun.

" Jom! Tak sabar nak tengok dunia Jepun."

Cepat-cepat aku tarik lengan Syamel agar keluar daripada kawasan airport tu. Tapi cepat-cepat juga lengan aku ditarik ke arah satu kereta yang pemandunnya sudah lama menunggu kami maybe. Muka macam orang Melayu.

" Hai bro! sorry buat kau tunggu lama."

Aku terlopong. Betul lah. Melayu! Wah! Dia tinggal sini ke?

" No hal. Tak lewat pun. On time." Jawabnya lantas melihat ke arahku.

" Perkenalkan. This is my wife. Afiqah. Sayang ini kawan baik abang, Irfan. Dia dah lama stay sini sebab dia uruskan syarikat papanya dekat sini. Dah berapa tahun kau duduk sini?"

Irfan tersengih lantas menunjukkan jarinya sebanyak 2. So that's mean dua tahun. Wah!

" Selain Daniel, si Irfan la kawan baik abang. By the way, isteri kau tak ikut sekali ke?"

" Nope. Dia busy sediakan makanan untuk korang berdua la. Sampai aku pun diabaikan. Sedih!"

Terlepas tawa aku dan Syamel. Comelnya. Mesti isterinya beruntung dapat lelaki macma Irfan ni.

" Tetamu istimewa la katakan."

" Yela sangat. Eh jom la. Nanti tunggu lama pula isteri aku tu."

Mereka berdua cepat saja masukkan beg ke dalam bonet kereta. Aku diarahkan masuk dulu ke dalam kereta. Barulah mereka masuk. Aku tak puas lagi memerhati sekeliling. Tapi kita berada di mana erk? Jepun ni kan besar.

" Abang. Kita ada dekat mana?"

Dia tersenyum dan mengerling Irfan yang berada di hadapannya.

" Kita ada di Tokyo. Salah satu tempat menarik untuk dilawati. Nanti lepas rehat korang bolehlah jelajah dunia Tokyo ni puas-puas. Berapa hari kau dekat sini Mel?"

" Jumaat ni aku balik Malaysia dah. Lagipun isteri aku ni kena buat persediaan untuk masuk belajar semula."

" Oh lupa. Isteri kau masih study."

Aku buat tak endah je perbualan dorang. Apa yang lebih menarik perhatian aku saat ini adalah bunga-bunga sakura disepanjang jalan yang dilalui ni. sekarang memang musim bunga sakura ke?

" Memang musim bunga sakura erk sekarang?" Soalku tanpa segan silu. Teruja punya fasal.

" Yap. Beruntung korang datang bulan ni. sebab memang musim bunga sakura."

Aku tersenyum panjang. Seronok tengok pemandangan bunga sakura. Sekarang jam aku menunjukkan pukul 6 pagi. Tapi kalau dekat Jepun masa diawalkan sejam. So that's mean dekat Jepun sekarang pukul 5 pagi. Kan? Patutlah lenggang je jalan.

Be My Wife?Where stories live. Discover now