Part 40

6.8K 200 3
                                    

Assalamualaikum Iqa.

Waalaikumussalam. Hai Daniel. Lama tak dengar khabar kau. Sihat?

Alhamdulillah sihat. Kau?

Sihat juga. Alhamdulillah.

Baguslah. Aku sebenarnya nak jemput kau datang ke rumah aku esok. Ada majlis aqiqah anak kedua aku. Kau datang tau.

Erm. Daniel. Kau tahu kan keadaan aku? So, aku tak boleh janji la Daniel.

Jangan risau. Aku buat dekat dengan tempat belajar kau je. Then aku akan sediakan pemandu untuk kau. Please. Kau sampai hati ke nak tengok wajah bini aku sedih. Dia berharap sangat nak jumpa kau ni.

InsyaAllah. Aku tak boleh janji.

Aku harap kau dapat pergi. Aku akan tunggu kau.

Terlepas keluhan daripada bibirku saat selesai berbalas message dengan Daniel. Daniel. Kau buat aku tersepit. Aku boleh kalau nak pergi tapi aku masih tak kuat untuk berhadapan dengan Syamel. Macam mana kalau aku terserempak dengan dia? Apa patut aku buat Daniel?

Tapi aku juga tak sampai hati nak hampakan korang berdua. Apa patut aku lakukan ni? Pergi ke?

" Syira?"

Aku menoleh ke belakang. Tiana mendekati aku dengan renungan lembut.

" Kau kenapa? Nampak serba tak kena je tadi. Ke kau tak sihat? Kalau tak sihat kau boleh balik berehat. Lagipun esok dan lusa kita cuti."

Aku tersenyum hambar.

" Aku buntu Tiana. Aku tak tahu aku patut pergi atau tak majlis aqiqah kawan aku ni."

" Pergi je la. Apa masalahnya? Kalau masalah transport. Jangan risau. Aku ada. Aku boleh tolong hantarkan. Aku kan ada bakal tunang dekat sini. Hehe."

Aku tersenyum sinis. Itu je yang dia tahu.

" Masalahnya aku takut kalau terserempak dengan seseorang."

Tiana menarik senyuman kecil dan memaut bahuku perlahan.

" Kenapa kalau terserempak? Tak salah kan?"

Aku terdiam. Tapi aku menggelengkan kepalaku.

" Salah. Aku tak nak jumpa dia. Aku tak sanggup dan tak kuat."

" Kau kata kau rindu dia. Nak jumpa dia. Tapi bila dah ada peluang kau tak nak pula jumpa dia. Nampak sangat kau sedang menidakkan kata hati kau. Kan?"

Aku terkedu. Macam mana Tiana boleh tahu? Sedangkan aku tak pernah cerita pada sesiapa.

" Kau tahu?"

Tiana tersengih. Dia buat muka bangga kejap. Aku mencebik.

" Aku kan raja stalker. Hihi. Aku terbaca luahan hati kau dekat buku kecil beberapa hari yang lepas. Kau tak perasan sebab kau tengah tidur. Tu la. Lain kali kalau dalam buku tu ada banyak rahsia jangan letak merata."

Aku mencebik lagi. Ceh! Hampeh punya kawan.

" Kau masih tak nak pergi?"

Aku menggelengkan kepalaku lagi. Macam mustahil je kalau aku pergi. Aku tak nak! Huargh!

" Dan kau okay la kalau kau terlepas peluang untuk berjumpa dengan buah hati kau?"

Tiana sudah menjongketkan keningnya berkali-kali. Mencabar keinginan aku nampak? Tak lama selepas itu dia tertawa kecil pula melihat reaksi seposen aku.

Be My Wife?Where stories live. Discover now