Sehari selepas aku mengalami mimpi tersebut
Aku mengambil keputusan untuk mengendahkan amaran Hitam. Anath housemate aku, so takkan aku tak bertegur langsung dengan dia. Lagipun kata-kata Hidayet tempoh hari menyedarkan aku
dan aku cuba berubah untuk cepat menerima orang sebagai insan yang digelar kawan. It's time to change."Kau nak makan apa?"
Aku memulakan perbualan sambil melihat kedai-kedai sekelilingku satu per satu. Berpusing 360 darjah kepalaku. Sumpah banyak gila kedai. Nama pun Kafeteria kan? well technically nama dia Anjung but you get the point.
"Aku ikut je."
Dayet menjawab sambil mengescroll (triggered?hohoho) phone jenama apple dia tu.
"Makan angin nak?"
Dayet tidak memberikan apa apa respond terhadap gurauan aku yang bertaraf antara bangsa. Matanya masih menatap screen phonenya.
"Nak flavour apa angin tu?"
Still tak jawab. Buto, budak ni memang kalau dah pegang phone bom meletop dekat muka pun dia tak tahu.
"Woi! kau ni pekak ke badak?"
Aku tampar tangan dia."Oh patik mak kau!"
Apa benda dia melatah pun aku tak tahu. Melatah dia sampaikan phone apple kesayangan dia tu terpelanting dari genggamannya. Dia cepat cepat menangkap phone itu daripada terjatuh. Berjaya. Fuhh selamat duit aku.
"Eh kau ni, kalau terjatuh tadi macamana?"
"Tak jatuh pun kan? Aduhh, relax lah."
Cepat cepat aku menyembunyikan muka risauku.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan dekat kedai jual sizzling sizzling semua tu. Dua dua order Sizzling Kuew Tiow Mushroom & Chicken PLUS Telur. Aku terliur tulis benda ni wadapak.
Both of us waited excitedly. Well aku yang excited sebab aku Kuew Tiow Fan. Tapi bila sampai.... Hampeh. Rasa dia pun hampeh.
● : Dafuq is this?! Pebenda ni?
○ : Makanan lah. Bersyukur sikit boleh tak?
● : Kau bayar RM6 untuk benda ni? Rasa macam sup kicap je. Kau pergi serang pakcik tu.
○ : Budak budak kat syria tu makan pun tak, ada hati nak complain? Maybe ni kali pertama dia masak, tak perlulah sampai nak serang menyerang.
: Dah lah, Putih is right.
● : Hah whateverlah.
"Sedap tak?"
Aku tanya Dayet sambil menguis nguis Kuew Tiow ku.
Dayet mengangkat mukanya sambil buat muka babi dia. Tak sedaplah tu. Semasa kami sedang sibuk memakssa diri untuk menghabiskan baki makanan kitaorang. Terdengar pakcik sebelah merungut.
"Minyak banyak gila babi. Ni aku makan minyak je ni."
Perkataan babi tu ditekankan.
Serentak aku dan Dayet terbatuk terbahak bahak bila pakcik tu menyeru nama binatang oink oink tu.
Dia sedar bahawa dialah punca kami terbatuk batuk. Dia memandang kami lalu mengukirkan senyuman sambil mendongakkan kepalanya ke bawah sebagai tanda minta maaf atas kebiadapannya.
YOU ARE READING
3V
Teen FictionCerita ini berkisahkan kehidupan Aku di alam Universiti. Aku yang mempunyai 3 suara yang berbeza. 3 suara dalam 1 badan. Merekalah lawan dan jugalah kawan. Hitam dan Putih. #69 Teen Fiction (09/11/2017) #73 Teen Fiction (22/06/2017)