Bab 6 : Konflik pt 2

130 11 2
                                    

Aku membuka mata ku perlahan. Pada mulanya aku tak tahu aku dekat mana, lama sikit baru aku perasan persekitaranku terasa amat biasa.

Aku berada di atas katil ku. Keadaan bilikku gelap gelita, hanya bercahayakan cahaya bulan yang menembusi tingkapku yang terdedah luas.

Apa yang telah terjadi? Kenapa aku pengsan? Aku cuba ingat kembali apa yang telah berlaku tetapi gagal. Kepalaku tiba tiba berdenyut denyut.

"Argh."

Aku mengerang kesakitan. Fuck! Kepala aku rasa nak meletup. Aku meronta ronta atas katil sampaikan aku tersungkur ke lantai. Kedinginan lantai simen mencucuk cucuk badanku yang tak berbaju.

Kesakitan masih dirasai malah, kesakitan itu berlipat gandanya dari sebelumnya. Terasa bagaikan kepalaku dihimpit dengan dinding yang semakin lama semakin kuat himpitannya. Seluruh badanku menggeletar kesakitan.

Aku menjerit. Suara lantangku bergema satu bilik. Aku nak ianya berhenti. Aku nak kesakitan tu pergi. Aku tak tahan lagi dah. Aku tak kuat. Please help me. Pipiku terasa basah. Tanpaku sedar, tangisan ku jatuh satu per satu.

BAM! Pintu bilikku terbuka luas.

Terdengar suara Anath menjerit namaku. Dia mendakap badan ku dan membiarkan tubuhku tersandar di badannya yang dijadikan sebagai sokongan. Lama kemudian,mataku tertutup rapat. Hidupku menjadi gelap dan sekali lagi aku pengsan..

-------------------------------------------------------

Aku terjaga dari tidurku dan didapati aku berada di tempat yang sebegitu asing sekali.

Di manakah aku?

Bunyi detuman kilat kedengaran berhampiran.

Aku mencari sumber bunyi tersebut.

Semakin lama semakin kuat dan semakin kerap.

Dari jauh kelihatan dua entiti sedang beradu tenaga.

Bunyi kilat tadi datangnya dari kesan apabila tumbukan mereka bersatu dengan sasarannya.

Entiti-entiti tersebut kelihatan aneh.
Mereka tidak mempunyai muka.
Hanya mulut sahaja.

Siapakah mereka?
atau
Apakah mereka?

Kedua dua entiti memakai tuxedo dan topi yang sama. Mereka kelihatan serupa seperti makhluk yang sama. Cuma perbezaannya, satu.

Satu daripadanya hitam. Seluruh badannya hitam seperti langit malam. Tuxedo dan topi yang dipakainya juga hitam. Tiada calitan warna yang lain. Hanya hitam.

Satu lagi, bertentangan dengan yang hitam.
Dia putih. Satu badannya putih suci yang bersinar sinar. Pemakaiannya juga, dari topi hingga ke kasut putih.
Hanya putih.

Pertempuran mereka dasyat. Setiap kali mereka bertembung, gelombang angin akan terhasil dan menolak badanku ke belakang.

Kekuatan kedua dua entiti kelihatan sama rata dan seperti pertembungan mereka tiada pengakhirannya.

Tetapi aku tersilap.

Entiti hitam melepaskan tumbukan yang padu ke perut lawannya.

Tumbukkannya menghasilkan bunyi detunam yang teramat kuat yang membingitkan telinga. Spontan aku menutup kedua belah telingaku mengelakkan gegendang telingaku dari pecah.

3VWhere stories live. Discover now