Wajah Aqeel dan Ash berlegar legar di hadapan ku. Sekejap mereka tertawa mengilai, sekejap menangis dan sekejap mereka berubah bengis. Mulut mereka terkumat kamit berbicarakan sesuatu. Mereka bagaikan sedang bertutur dalam bahasa asing yang aku sikit pun tidak mengerti maksudnya. Lama kelamaan, perkara yang keluar dari mulut mereka hanyalah bunyi yang membingitkan telinga dan lansung tidak membawa apa apa maksud. Tidak tahan akan suara mereka yang lantang dan menyakitkan hati, aku menutup kedua telinga dengan tangan ku.
"Apa yang kau nak?!"
Aku cuba untuk berbicara dengan mereka tetapi gagal. Mereka tidak mengendahkannya dan terusan mengeluarkan bunyi. Tidak tahan akan bunyi tersebut, aku sekali lagi menjerit dengan kuat.
"Kau nak apa?!"
Jeritan ku bergema dengan kuat dan dek disebabkan itu, mereka berdua akhirnya terdiam. Mereka hanya merenung ku tanpa berkelip. Suasana yang berubah sunyi membuatkan bulu roma ku meremang. Tiba tiba, seluruh badan ku menggeletar tanpa henti. Entah mengapa pada ketika ini, naluri ku kuat mengatakan bahawa aku perlu lari. Lari daripada wajah wajah yang terapung itu dan semasa aku ingin menoleh dan cuba untuk melarikan diri, kaki ku bagaikan tidak berfungsi - tidak, kedua duanya masih lagi berfungsi. Aku masih lagi dapat merasakan sendi sendi di bahagian kaki cuba untuk mematuhi arahan yang diberikan. Yang membuatkan aku tidak bergerak bukanlah kerana kaki ku, tetapi benda lain!
Saat aku menoleh ke bawah untuk mengetahui apakah yang membuatkan aku tidak tergerak, aku disapa oleh makhluk makhluk yang sangat mengerikan. Mereka yang kelihatan bagaikan hantu yang datang dalam bentuk mimpi ngeri untuk menghantui malam malam manusia membuat dada ku berombak dengan kuat. Mereka merangkul kuat pada kaki ku dan menguncikan segala pergerakkan ku. Tangan mereka yang dipenuh dengan parut yang mengeluarkan ulat ulat sampah besertakan nanah busuk yang menusup hidung membuatkan aku ingin memuntahkan segala isi perut. Mata dan mulut mereka yang terjahit dengan dawai besi yang darah pekat masih mengalir keluar bagaikan baru dijahit membuatkan aku tidak sanggup untuk memandang mereka dengan lama. Bahagian atas badan mereka jelas kelihatan dengan seribu kesan lebam yang membiru dan kesan kesan calar, manakala separuh lagi bahagian badan mereka seakan seperti sedang menembusi lantai. Aku bergelut untuk melepaskan diri daripada cengkaman mereka. Semakin kuat usaha ku, semakin kuat mereka menahan ku. Sedang sahaja ketiga tiga makhluk tersebut memegang bahagian bawah badan ku, tiba tiba seekor lagi menjelma keluar dari lantai. Makhluk itu bertindak melingkari seluruh bahagian atas badan ku dengan badannya seperti seekor ular. Sampai sahaja di bahagian bahu, dia mendepakan kedua belah tangan ku ke sisi bagaikan aku sedang membuat bentuk T. Sekarang, hampir keseluruh badan ku tidak dapat digerakkan. Walaupun begitu, aku masih lagi berdegil. Rontaan ku untuk melepaskan diri semakin kuat dan sebagai hukuman, mereka membenamkan kuku mereka ke dalam daging ku. Saat kuku tajam mereka menembusi kulit dan ke dalam daging, darah memancut mancut keluar dan mengalir deras dari jejari mereka. Dek kerana kesakitan yang dialami amatlah menyakitkan, aku meraung. Melihat aku yang sebegitu, ketiga tiga makhluk tersebut turut meraung sama dan dari kelopak mata mereka yang terjahit, darah mengalir jatuh ke pipi. Ia seakan seperti mereka sedang menangis berairkan air mata darah dan raungan meraka bagaikan seperti raungan kesedihan. Walaupun begitu, mereka berterusan untuk mencucuk cucuk daging ku dengan jejari mereka.
"Shh, can you hear it?"
Satu suara aneh menyapa gegendang telinga ku.
"Can you hear their screams? They are screaming for you. Diaorang sedih tengok kau macam ni"
Pada mulanya, aku tidak mengerti siapakah yang dimaksudkan olehnya tetapi setelah suara itu menerangkannya barulah aku faham. Dia sedang menyatakan tentang makhluk makhluk yang berada di bawah ku. Mereka sedang bersedih bagi ku? Mengapa?
YOU ARE READING
3V
Ficção AdolescenteCerita ini berkisahkan kehidupan Aku di alam Universiti. Aku yang mempunyai 3 suara yang berbeza. 3 suara dalam 1 badan. Merekalah lawan dan jugalah kawan. Hitam dan Putih. #69 Teen Fiction (09/11/2017) #73 Teen Fiction (22/06/2017)