Aku yang sibuk membelek belek buku, terhenti apabila terdengar seorang lelaki menaikkan suaranya menengking nengking di dalam ruangan yang dilarang membuat bising ini.
"Kau ni tak boleh harap langsung! Benda simple macam ni pun tak boleh buat macam mana kau masuk TESL do?"
Semua manusia yang berada disitu memandang ke arah lelaki tersebut yang sedang memarahi seorang gadis sambil melayang layangkan kertas di hadapannya. Ingin melihat drama yang bakal berlangsung secara live di depan mata, tak ada seorang pun yang menegur lelaki yang telah jelas sekali melanggar peraturan suci perpustakaan, iaitu dilarang membuat bising. Malah yang lebih teruk lagi, mereka semua membiarkan sahaja lelaki itu bertindak demikian terhadap seorang gadis. Jelas sekali bahawa penindasan terhadap seorang perempuan sedang berlaku tetapi mereka hanya memandang dalam diam sambil menggelengkan kepala mereka. Memang ini sahajakah yang mampu mereka lakukan? Mengenangkan keadaan yang berlaku sekarang, satu perkataan terlintas di fikiran dan ianya membuat aku tergelak kecil.
Manusia.
Sudah beberapa hari aku mengekori lelaki ini. Memang dia layan kesemua rakan rakannya begini dan entah kenapa mereka hanya membiarkan sahaja diri mereka dijadikan seperti kuli. Sasaran aku kali ni memang hebat. Seorang yang berahi melihat orang disekelilingnya dipijak dan ditindas seperti seorang hamba. Sejujurnya, aku sikit pun tak kisah. Kalau dia layan mereka seperti sampah atau najis babi sekali pun itu bukannya urusan aku. Yang aku tahu, lelaki tu pernah menyakiti dia dan aku akan membalas sebaik yang mungkin. Tersedar dengan kata kata ku sendiri, aku sekali lagi tergelak kecil.
"Well, it looks like I'm just the same as these selfish humans. Hypokrit jugak aku ni. Oh well."
Selepas beberapa minit melepaskan nafsunya memarahi gadis tersebut, lelaki itu berlalu pergi meninggalkannya sendirian. Kelihatan dari jauh, gadis itu sedang merenung memandang lantai dan sesekali air menitik nitik jatuh dari matanya.
"Well, that's my queue."
Aku menukar buku yang aku acah acah baca tadi dengan sebuah buku yang boleh kira agak tebalnya dan menapak ke arah gadis tersebut.
"Nah."
Aku menghulurkan sapu tangan ku kepadanya. Mengetahui bahawa ada manusia yang berada di hadapannya, dia cepat cepat menyeka pipinya yang basah.
"Eh eh, takpelah."
Dia bersuara sambil berbakikan esakkan. Pandangannya masih ke arah lantai.
"Ambil lah."
Aku menghulurkan sekali lagi dan buat beberapa saat, dia mengambilnya. Sapu tangan bertukar tangan. Tanpa sebarang dalih, dia menggelap air matanya sambil tersenyuman payah.
"Terima kasihlah. Buat susah je."
"No problem, Ash."
Mendengar namanya disebut, dia mendongakkan kepalanya ingin melihat siapakah gerangan ku. Terkejut melihat aku adalah aku, senyumannya mati. Riak wajahnya yang sebentar tadi tersenyuman melihat kebaikkan seorang manusia menghulurkan sapu tangan kepadanya terus menjadi kusam. Jelas ternyata betapa bencinya dia melihat aku. Secara adilnya, disebabkan reputasi aku yang membelasah teruk budak di gerai mamak pada malam tersebut memang layak untuk aku dibenci. Tiada siapa nak berkawan dengan raksasa kan? So ianya bukan salah Ash pun. Dia hanyalah mangsa yang disuapkan dengan gossip yang hanya menceritakan sebelah pihak. Aku hanya perlu menerima hakikatnya sahaja.
"Kau."
"Aku."
"What do you want from me?"
Nadanya mendatar sahaja.
"Kalau boleh nak sapu tangan aku balik."
Tersedar bahawa sapu tangan yang berada di tangannya milik aku, dia terus menghulurnya kembali. Aku mengambilnya tanpa banyak bunyi. Sejurus kemudian, Ash bersuara.
"You can go now. Thanks."
Dia mengibas ngibas tangannya di udara, menyuruh ku berambus dari situ. Mukanya yang seakan seperti menyampah, dihalakan ke kiri langsung tak memandang ku. Aku mengeluh kecil.
"Hey.. Do you hate me that much?"
Mendengar persoalan tersebut, terus dia memandang ku. Aku memandangnya sayu. Melihat aku dalam keadaan begitu, Ash menjadi serba salah.
"Er... Umm..."
Aku mendiamkan diri, sengaja ingin menduganya. Keadaan menjadi sunyi buat seketika. Lama dia memikirkan jawapan terhadap soalan ku yang jauh lebih susah dari soalan Addmaths. Akhirnya, baru sahaja dia hendak bersuara untuk menjawab, aku memintasnya.
"Nevermind."
Terus terdiam gadis yang bergelar Ash ni. Selang beberapa saat, aku menyambung kata kata ku.
"It's not your fault you know."
Faham akan maksud dibalik kata ku, dia hanya mendiamkan diri. Aku mengambil kertas yang dilayang layangkan ke arah mukanya sebentar tadi. Tertulis pada kertas tersebut, Pair-work Assignment dan satu bulatan merah dengan huruf C di dalamnya jelas ternyata adalah issue perbalahan tadi.
"You should've told him that you struggle with grammar. Bukan semua pandai topik tu. Even for you benda tu susah kan."
Mendengar kata kata ku, Ash mengetap bibirnya. Dia memandang ku dengan mata yang dikecilkan.
"Macamana you tahu yang I struggle grammar?"
"We are in the same class Ash. I noticed."
"Noticed or stalked?"
Aku tergelak mendengar soalannya. Perasan habis minah ni. Tolong lah kau hanyalah bidak dalam permainan aku untuk menumpaskan lawan ku. Tak da masa nak stalk kau. Tapi takpelah, for the sake of my game. Aku tersenyum sinis padanya.
"Well both."
Mengetahui bahawa aku memerhatinya dalam diam, muka Ash bertukar merah menahan malu.
Gotcha.
"Anyways. Nah."
"Apa tu?"
Aku meletakkan buku yang berada di tangan ku di hadapannya. Dia mengambil dan meniliti buku tebal yang berjudul 'Advanced Grammar Reference & Workbook' yang sudah berada di hapadannya.
"Inside, there are my notes. You can use them."
Ash membelek belek buku tersebut. Sesekali terjumpa helainan muka surat yang terlekat dengan sticky note bewarna warni dan pada atasnya nota nota berguna. Ash mengangguk angguk kepalanya sambil membaca sekilas nota tersebut.
"These are... quite good."
Aku hanya tersenyum mendengar pujiannya. Melihat senyumanku, pipi Ash berubah merah. Dia menjadi gelabah tetapi mukanya masih diacah seperti dia meluat akan kehadiran ku.
"Err... Tha..nk you."
"No problem."
Baru sahaja aku ingin menapak pergi, Ash memanggil nama ku.
"Give me your handkerchief."
"Why?"
Aku memandangnya pelik. Dia yang perasan akan pandangan ku berlakon marah.
"Bagi jelah."
Tanpa banyak songeh, aku memasukkan tangan ku dalam poket dengan menghulurkan sapu tangan ku padanya.
"Ni esok I bagi balik."
"Nak buat apa? Takkan nak buat tidur pulak?"
"Tak da maknanya. Dah pergilah."
Aku tergelak kecil melihatnya dalam keadaan geram. Aku bergerak pergi dari situ dan menuju ke pintu keluar Perpustakaan.
I got one out of four pawns that I need.
To topple my enemy is what I seek.
And revenge will be ever so sweet.
Aku tersenyum sinis.
R
YOU ARE READING
3V
Novela JuvenilCerita ini berkisahkan kehidupan Aku di alam Universiti. Aku yang mempunyai 3 suara yang berbeza. 3 suara dalam 1 badan. Merekalah lawan dan jugalah kawan. Hitam dan Putih. #69 Teen Fiction (09/11/2017) #73 Teen Fiction (22/06/2017)