Aku memerhatikan dari jauh dua student lelaki membolos masuk ke dalam sebuah kedai runcit. Inilah rutin mereka berdua selepas habis kelas. Sudah lama aku perhatikan gerak geri mereka. Kelihatan seorang daripadanya, sedang mengintai intai isi kandungan peti aiskrim di balik cermin peti tersebut manakala seorang lagi sedang berdiri di hadapan rak pen yang tersusun rapi di atas kaunter, cuba untuk meneliti pilihannya sebelum membeli. Sejurus kemudian, lelaki yang berada di rak pen mengambil 2 batang pen yang berlainan warna, hitam dan biru lalu bergerak ke arah kaunter.
"Berapa kak?"
Akak cashier menjalankan tugasnya dan scan kedua batang pen yang dihulurkan kepadanya. Melihat nombor yang tertera pada mesin cashier, dia bersuara.
"RM2.50 dik."
Lelaki tersebut mengeluarkan sebuah dompet kulit dari poket belakang seluarnya. Sedang dia sibuk mengeluarkan duit, kawannya yang sebentar tadi berada di peti aiskrim meletakkan satu batang aiskrim kitkat di atas kaunter.
"Kejap ye kak."
Sejurus kemudian, dia bergerak ke belakang kedai menuju ke arah peti sejuk yang tersusun dalamnya pelbagai jenis air. Dia mengambil satu botol Barbican perisa lemon di dalam peti sejuk dan bergerak menuju ke kaunter.
"Dah?"
"Dah."
"Sekali ke apa ni?"
"Yup. Bayar sekali.
Jawab lelaki yang mengambil air barbican dan aiskrim kitkat tadi. Selepas scan 2 batang pen, 1 aiskrim kitkat dan 1 botol barbican, akak cashier bersuara sambil memasukkan barang barang tersebut ke dalam beg plastik.
"RM8.50"
"Guna duit kau dulu eh? Aku ada duit besar je."
Lelaki yang mengambil aiskrim kitkat dan air barbican tadi bersuara pada rakannya dan tanpa perasaan serba salah, dia terus beredar keluar dari kedai runcit itu. Si Lelaki yang dipertugaskan untuk membayar, membelek belek dompetnya. Hanya sehelai duit not RM5 dan RM1 sahaja yang menjadi isi. Jelas sekali bahawa dia tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk membayar kesemuanya. Dia mengetap bibir. Akak cashier hanya menunggu sambil memandangnya.
"Takpelah kak, yang pen tu tak jadi. Saya tak cukup duit."
Mendengar kata putus dari pelanggannya, akak cashier mematuh perintah dan mengeluarkan dua batang pen dari plastik beg yang hanya berbakikan aiskrim dan barbican.
"RM6"
Baru sahaja lelaki tersebut ingin menghulurkan duit untuk membayar, aku mencelah.
"Akak ni berapa?"
Aku meletakkan sebotol air mineral sejuk bersaiz kecil di atas kaunter.
"Seringgit dik."
"Saya tak da duit kecik. Takpelah sekali jelah dengan barang dia."
Aku menghulurkan duit not RM20 kepada akak cashier. Tanpa banyak dalih, akak cashier itu menturuti sahaja.
"Kau dah kenapa?"
Lelaki tersebut bersuara kepada ku. Aku hanya memandangnya dengan pelik, acah tak faham apa yang dimaksudkan olehnya.
"Aku ada duitlah. You don't have to pay for me."
"Well I insist, Lukman."
Aku tersenyum sinis padanya. Melihat aku yang seakan akan sedang memperlekehnya, muka Lukman berubah merah. Bunyi mesin cashier berdeting, aku mengendahkan Lukman dan bersuara pada akak cashier.
YOU ARE READING
3V
Teen FictionCerita ini berkisahkan kehidupan Aku di alam Universiti. Aku yang mempunyai 3 suara yang berbeza. 3 suara dalam 1 badan. Merekalah lawan dan jugalah kawan. Hitam dan Putih. #69 Teen Fiction (09/11/2017) #73 Teen Fiction (22/06/2017)