"Hati."
"Hati?"
"Yes. Hati."
Aku mengalihkan padangan ku ke arahnya. Memandang gadis serba hitam yang sedang berdiri di sebelah ku. Aku ingin melihat riak wajahnya untuk memastikan bahawa dia bukan main main.
"Seriouslah?"
Dia berpusing ke arah ku setelah mendengar pertayaan tersebut. Kami bertatapan. Ketinggian ku yang melangit tinggi daripadanya membuatkan dia terpaksa mendongak sedikit. Bukanlah nak cakap dia ni pendek, tapi pendeklah jugak. Keling bukan ayat ni? Hoho.
"Serious ni. Kau ingat aku main main ke?"
"Manalah tahu. Dulu nama kau jodoh sekarang Hati."
"Memanglah. Aku jodoh kau yang bernama Hati."
Statementnya membuat aku terbatuk batuk, tercekik angin. Ya Allah! Janganlah menduga aku begini. Aku manusia rapuh seperti biskut kuning empat segi yang ada lubang lubang kecil tu yang selalu kena cicah dengan teh o panas tu. Pergh sedap bai.
Dia menepuk nepuk belakang ku dengan tangan kecilnya, menguatkan lagi batukan aku.
"Hoi! Kau ni nak tolong ke nak gugurkan hati aku ni?"
"Kalau gugur pun apa salahnya, kan ada aku untuk menggantikannya."
Dia mengenyitkan sebelah matanya. Debaran jantung ku berdegup laju dengan tindakkannya itu. Perut aku di datangi oleh rama rama.
Ok aku tak faham ayat Butterflies in my tummy. Like dahek? How come theres butter fucking flies inside your stomach? Like everyone have the abilities to create butterflies in your stomach like holy shiet! (I know its a term, chill bruh.)
"Dah sudah."
"Eh blushing lah tu"
"Mana ad-"
BAM!
"Mak!"
Disebabkan terkejut, Hati terjerit dan hampir sahaja memeluk ku tetapi sempat aku menolak dahinya dengan jari telunjuk, mengekalkan halal gap di antara kami.
"Siapa mak kau?"
Dia tersedar akan tindakkannya untuk memeluk ku. Terus menjauhkan diri sambil matanya digam ke lantai. Malu lah tu. Aku tersenyum kecil.
Senyuman ku terhenti apabila mengingati bunyi kuat tadi. Bunyi tersebut datangnya dari pintu rooftop. Aku mengalihkan pandangan ku ke arah pintu. Setahu aku, aku membiarkan pintu tersebut dibuka luas tapi sekarang ianya tertutup rapi. Angin kah? Hmm.
"Weh, kenapa dengan tangan kau?"
Pemikiran ku tentang pintu terhenti apabila suara Hati menyapa gegendang telinga. Aku cepat cepat menyembunyikan tangan di belakang badan.
"Tak da apa pun."
Jawab ku selamba. Aku tahu dia sedang bertanyakan tentang lebam di buku lima. Sahaja aku mengendahkan persoalannya.
Dia kelihatan marah, lantas dia menarik tanganku dan mengimbas buku lima yang melebam biru.
"Kenapa ni?"
Aku membiarkan soalannya tidak terjawab sebab aku sendiri tak tahu kenapa.
Dia memegang tanganku dan mengusap lembut kesan lebam itu dengan ibu jarinya. Kelembutan dan kehangatan sentuhan jarinya dirasai.
"Sakit tak?"
"Um.. Tadi sakit, sekarang tak dah."
Mata ku masih terlekat kepada gadis yang berada di hadapan ku. Belaian dan kehadirannya sedikit sebanyak menenangkan aku dari kesedihan dan kesakitan yang sedang melanda. Berada dengannya membuat aku gembira. Aku tersenyum sendiri.
YOU ARE READING
3V
Teen FictionCerita ini berkisahkan kehidupan Aku di alam Universiti. Aku yang mempunyai 3 suara yang berbeza. 3 suara dalam 1 badan. Merekalah lawan dan jugalah kawan. Hitam dan Putih. #69 Teen Fiction (09/11/2017) #73 Teen Fiction (22/06/2017)