Tuk tuk.
Bunyi ketukan di pintu menyedarkan aku dari lamunan ku. Barangkali itu Dayet yang baru sahaja lepas mandi. Aku bingkas bangun dan membuka pintu. Dayet yang berbaju dan berkain tuala menutupi bahagian bawahnya membolos masuk ke dalam. Keadaan menjadi sepi dan awkward.
"Kau kelas pukul berapa?"
Tanya ku, cuba memecahkan kejanggalan yang membelengu kami berdua. Aku tak tahu kenapa aku dan dia dah jadi awkward macam ni. Aku rindu sesi sindir menyindir dan gelak berirama bersama dengannya. Sumpah aku cakap aku rindu. Aku mengeluh dalam hati.
"Pukul 12."
Dia menjawab sambil menyelongkar lokarnya. Badannya membelakangi ku.
"Oh. Jom pergi breakfast dulu? Baru pukul berapa ni."
"Err aku tak boleh. Ada hal."
"Oh. Ok."
Dari intonasinya, aku dapat rasakan bahawa dia cuba mengelakkan diri daripada ku. Well he's not the only one. Tanpa melengahkan masa, aku berlalu keluar dari bilik dan terus menapak ke pintu hadapan.
Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. kelas aku pada harini start pukul 12.00 petang. Masih ada lagi masa untuk dibazirkan. Nak duduk dalam bilik dengan si akward tu? Memang tak lah. Setelah beberapa minit memikirkan pilihan tempat untuk melepak, aku mengambil keputusan untuk ke library. Terus langkah ku bergerak laju ke bangunan di mana buku buku berada.
------------------------------------------------------
Setibanya di perpustakaan, aku di berhentikan oleh kakak library.
"Uit. Awal awak harini."
"Morning Kak Naj."
Disebabkan aku sering kali melepak di sini, aku dan kak najwa boleh dikatakan rapat jugak. Dia jenis yang ringan mulut juga, so bercakap dengannya tak pernah bosan.
"Lawa kak harini, macam tahu tahu je saya nak datang."
Aku mendekatkan diri ke counter dan bertenggek disitu.
"Ish awak ni, Akak sentiasa lawa lah hohoho."
Dia menutup mulutnya sambil bergelak cara raksasa baltan. Eee gedik tul, aku tersenyum melihat gelagatnya.
"Ha iyalah kak."
"Eh akak nak tanya ni."
"Ha boleh boleh, saya memang muka kaunter pertayaan kak. Nasib baik Kak Naj datang awal kalau tak kena ambil tiket lah jawabnya."
Sengaja aku mengusik gadis kelahiran kelantan yang berumur 25 tahun ini. Gaya dia ni sejibik macam kakak aku. Rindu ke? Ha tak pun.
"Ish, main main pulak dia ni."
"Haha lek Kak Naj, bawa bertendang. Saya bergurau je. Tanyalah."
"Tapi awak jangan ambil hati pulak ye."
"Iyolah, gapo dio. Oyak lah."
"Hok aloh, mung pung ore kelate jugok ko?"
"Amboh, loni siapo suroh depa dok dengaq kawe sudah habaq sama depa tubik hari."
"Oih oih, pebenda awak mengarut ni. Dah bercampur aduk belaka dah ni. Nak buat ABC ke apa?"
Ketawa kami bergema satu Library. Mujurlah tak da orang time tu kalau tak memang kena cop gila lah jawabnya. Nilah Kak Naj, kalau ajak sembang no 1. Soalan yang nak tanya tak ditanya pun.
YOU ARE READING
3V
Teen FictionCerita ini berkisahkan kehidupan Aku di alam Universiti. Aku yang mempunyai 3 suara yang berbeza. 3 suara dalam 1 badan. Merekalah lawan dan jugalah kawan. Hitam dan Putih. #69 Teen Fiction (09/11/2017) #73 Teen Fiction (22/06/2017)