Bab 6 : Konflik pt 3

165 15 34
                                    

"I got the scars when I was Form 2.."

Aku menceritakan kisah silam ku kepada Anath.

Kisah yang melibatkan seorang gadis misteri yang muncul dalam kehidupanku.

Murid murid yang lain tidak berani mendekatinya kerana terdapat ura ura yang menyatakan bahawa dia seorang gadis yang psiko dan gila. Mereka memberikan amaran tegas supaya tidak mendekati gadis tersebut tetapi aku tidak mengendahkannya.

Why do we judge humans based on the stories we heard? Itu lah pendirian aku. Kami menjadi rapat.

Pada mulanya, dia hanya lah gadis biasa dan aku merasakan khabar angin bahawa dia seorang psiko langsung tak betul. Tapi semakin lama aku mengenalinya semakin jelas tanda tanda psikonya dan yang menakutkan lagi dia ni ada perasaan dekat aku. Si gadis psiko suka aku! (tajuk story baru mungkin? hoho).

Disebabkan aku tak membalas perasaannya, dia naik berang  dan menculik aku. Di bantu oleh ayah dan emaknya yang sadistic, mereka menyiksa dan mendera aku sebagai hiburan. Disebabkan ini, aku mula mendengar suara jahat di dalamku yang mengugut untuk membunuh mereka dan akan membalas dua kali ganda teruk apa yang telah mereka lakukan. Itu adalah suara Hitam.

Selang beberapa bulan, baru aku diselamatkan. Mereka telah ditangkap dan dihumban ke wad mental. Timbul  perasaan kesian terhadap mereka. Ada suara lain yang menyapa suara hatiku, Kalau lah aku perasan akan keadaan mental si gadis itu dari mula, akan aku cuba untuk mengubah dia dan keluarganya. Itulah suara Putih.

Disebabkan kejadian ini, aku ditinggalkan dengan kesan fizikal dan mental yang mendalam.

Parut parut yang terhasil disebabkan mereka melibas dan menoreh belakang badanku menggunakan alatan alatan khas untuk memenuhi nafsu mereka yang  tidak berperikemanusiaan itu. Parut ini menjadi bukti dan kesan peninggalan fizikal mereka terhadapku yang tak akan hilang buat selamanya.

Dari segi mental pula, mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam. Pada mulanya, aku menjadi tidak siuman dek kerana terwujudnya suara suara aneh yang bergema di dalam minda ku. Disebabkan suara suara itu, hidup aku berubah 180 darjah dan aku bukanlah diri ku yang sebelum ini.

Proses penyembuhan mengambil masa beberapa tahun. Sokongan keluarga yang tak pernah putus, menghembuskan semangat aku untuk pulih dan aku berjaya pulih. Cuma perasaan was was dan takut datang menerjah apabila manusia lain mendekatkan diri mereka kepada ku. Ini lah antara faktor mengapa aku mengambil masa yang lama untuk menjadi rapat dengan orang. Aku just takut. Takut sejarah berulang lagi.

Aku menceritakan segalanya kepada Anath sambil dia mengurut badanku. Bukan semua diceritakan kepadanya. Aku meninggalkan bab suara suara itu. Tak perlu lah dia tahu.

"Hmm. Habis tu kau macam mana sekarang?"

"Ok je."

"Mental kau?"

Aku terdiam. Apa yang dia cakapkan ni? Melihatku terdiam, dia menyambung percakapannya.

"Kau terseksa selama berbulan bulan. Mental kau tak terjejas ke?"

"Doktor kata mental aku stable. Apa? Kau nak cakap aku gila lah ni?"

"Iyalah diorang cakap kau stable tapi tak semua penyakit doktor boleh kesan. Selalunya kes macam ni akan meninggalkan kesan PTSD dekat mangsa."

3VWhere stories live. Discover now