Aku duduk tersandar dengan kedua belah tangan ku terdampar lemah di atas bangku. Sikit demi sedikit, kesedaran akan sekeliling ku pudar. Kewarasan ku hanyut ke dalam kegelapan yang tiada penghujungnya. Mata ku tertutup rapat dan apabila aku membukanya kembali, aku bukan lagi berada di taman.
Aku melihat persekitaran ku. Aku masih berada di atas bangku yang sama cuma persekitaran berbeza. Keadaan yang gelap gelita tanpa sekumit cahaya yang hadir menyedarkan aku bahawa aku bukan lagi di taman.
Tempat ni.. Aku kenal tempat ini. Inilah tempat yang aku selalu mimpikan. Tempat dimana aku, Hitam dan Putih berkumpul. Kenapa aku berada di sini? Setahu aku, aku masih terjaga. Semasa aku sibuk menganalisa keadaan yang berlaku, bunyi elektrik memecahkan kesunyian.
Pzz! Pzz!
Tiba tiba cahaya lampu menerang di hadapan ku. Mata ku terpana ke arah cahaya tersebut dan sebuah bangku kelihatan. Sebuah bangku yang tidak asing di mata ku. Bangku tu. Bangku yang sama seperti yang aku duduk. Corak kayu yang sama. Warna kayu yang sama. Besi yang sama. Sebijik sama dan kelihatan seperti seorang lelaki sedang duduk di atas bangku tersebut.
Seorang lelaki yang berkasut kulit hitam, berseluar slack hitam dan berbaju kemeja hitam berserta dengan tie hitam yang memanjang dari lehernya ke pinggang sedang mendiami bangku itu. Pakaiannya serba hitam, gaya macam baru balik dari upacara pengebumian. Siapakah dia? Aku memandangnya lama, dia duduk dalam keadaan bersandar pada bangku dan kakinya bersilang sambil tanganya diletakkan di atas lutut. Aku cuba untuk melihat raut wajah lelaki itu tetapi topi nya yang dicondongkan ke bawah menghalang penglihatan ku. Hanya mulutnya yang jelas kelihatan. Mulutnya yang terukir dengan senyuman yang sinis. Senyuman tu.. tidak asing bagi ku. Aku kenal senyuman tu.
"Hitam?"
Mendengar suara ku, senyumannya bertambah herot lalu dia menjongketkan topi nya ke atas, mendedahkan mukanya. Aku terkesima.
"Kau.."
Dia mengambil topi nya yang berada di atas kepala dan meletakkannya di atas bangku. Kali ni, aku dapat seluruh mukanya dengan jelas. Rambutnya. Matanya. Mulutnya. Seluruh ciri ciri rupa mukanya seperti.... Aku.
Aku bagaikan melihat refleksi diri ku di hadapan cermin. Kenapa Hitam menyerupai ku? Sebelum ini dia tidak mempunyai ciri ciri muka. Hanya mata dan mulutnya kelihatan putih bercahaya dan yang lain hitam membayang bagaikan lembaga tetapi sekarang. Sekarang dia bagaikan seorang manusia. Seorang manusia yang menyerupai aku.
"Terkejut?"
Aku terdiam membisu mendengar suaranya.
"Hensem kan?"
Dia mengemaskan ikatan tali leher hitam dan menyelak rambutnya ke belakang menggunakan jarinya. Aku masih lagi terdiam.
"You look devilish good on black though."
"What's going on? How can you look like me?"
Dia tergelak mendengar pertanyaan aku. Apahal? bodoh sangat ke soalan aku?
"You're dumb as a cow huh? Well simply because. I am you. And you are me."
Dia menekankan ayat terakhirnya sambil tersenyum.
"Apa kau merepek ni?"
Aku adalah dia dan dia adalah aku? Statementnya membuatkan otak aku berpusing. Aku dah buntut. Aku mencari cari kelibat Putih. Di manakah dia? Kenapa dia seorang sahaja.
"Putih mana?"
Apabila terdengar sahaja nama Putih, riaksinya berubah. Senyuman sinisnya terpadam buat seketika. Sejak kebelakangan ini, Hitam sentiasa menyinga apabila Putih bersuara dan sekarang dia triggered bila aku menyebut nama Putih. Mereka bergaduh ke? Pemikiran ku terhenti apabila suara Hitam menyapa gegendang telinga ku.
YOU ARE READING
3V
Fiksi RemajaCerita ini berkisahkan kehidupan Aku di alam Universiti. Aku yang mempunyai 3 suara yang berbeza. 3 suara dalam 1 badan. Merekalah lawan dan jugalah kawan. Hitam dan Putih. #69 Teen Fiction (09/11/2017) #73 Teen Fiction (22/06/2017)