Bab 4 : Kawan & Lawan

245 17 35
                                    

Gathering tu taklah seteruk mana. We had fun, kitaorang bergelak sakan malam tu. Seko seko pelik. Aku gelak nak mati melayan telatah diaorang semua. Walaupun aku rasa janggal pada mulanya tapi lama lama tak rasa dah dan aku rasa aku selesa dengan mereka.

● : Jangan selesa sangat...

: Maksud kau?

○ : Tak payahlah dengar cakap dia.

● : We don't know people's real intention. Their real thoughts. Their real feelings. Kau nak sejarah berulang kembali?

Hitam tersenyum sinis. Statement Hitam membuat parut lama berdarah kembali. Episod episod lama datang kembali.
Fuck. Aku dapat rasakan tanganku menggeletar.

○ : Dah dah. Hitam kau dah melampau!

● : Hahaha. Aku? Kau tak rasa ke yang sebernanya kau yang melampau sekarang? Kau tanam benih penipuan dan harapan palsu. You're nothing but a traitor Putih! Pembelot!

Perbalahan antara mereka membuatkan kepalaku berdenyut denyut. Badanku tersunggkur ke lantai dan aku menjerit kesakitan.

"Weh."

"Bangun, kau mengigau ni."

Aku dapat merasakan bahawa badanku digoncang goncangkan. Aku membuka mataku perlahan-lahan dan kelihatan seperti satu lembaga hitam yang tinggi dan besar berada di hadapanku. Aku terkejut. Sejak bila hantu boleh pandai kejut orang ni.

"Weh kau hantu alarm ke?"

"Sedap je panggil aku hantu. Aku Zareef lah."

Zareef... Oh baru aku teringat. Inilah housemate aku yang lain selain Anath dan Dayet. Aku mengesat kedua dua belah mataku untuk mengejutkan diri aku dari kemamaian tidur.

"Oh. Zareef, hi. Kenapa ni?"

Akhirnya muka Zareef kelihatan jelas. Rambutnya yang serabai dan matanya yang sedikit sembam menjelaskan bahawa dia baru bangun tidur.

"Kenapa pulak yang ditanya. Kau mengigau tadi. Kau ok?"

Aku mengigau? Aku confuse. Lama aku terdiam dan akhirnya aku dapat tangkap apa yang berlaku. Hitam dan Putih bergaduh.

"Oh nothing."

Aku tipu. Takkan aku nak cakap 'oh tadi suara suara aku bergaduh dalam mimpi aku cakap pasal masa silam aku dan buat aku mengigau'. Memang terus aku kena report dan dihumban masuk hospital sakit jiwa karang. Memang takkanlah.

"Oh. Ok."

Kedengaran Zareef seperti hampa dengan jawapan yang aku berikan.

○ : Dia risaukan kau.

● : Dia tengah menyibuk hal orang.

: Hmm.

"Zareef?"

Dia menoleh ke belakang setelah mendengar panggilan ku.

"Thanks tau."

Dia tersenyum. Terserlah mukanya yang baby face. Badan dia agak berisi dan ketinggian dia membuatkan dia nampak sado. Dia tinggi. Sumpah tinggi. Nak sama dengan pintu dah. Agaknya mak dia bagi makan pintu masa kecil.

3VWhere stories live. Discover now