Bab 13 : Hunting Dogs pt 2

62 7 6
                                    

Jam menunjukkan pukul 8.30 P.M, aku sedang bermalas malasan di atas katil. Bunyi notification telefon berdering masuk memecah kesunyian. Aku menyapai telefon ku.

Contact : Amran

: Settle.
: Package has been delivered.

*Bluetick

Melihat message yang masuk membuat aku tersenyum. Aku mengambil buku nota acah macam death note (death note; cerita anime kisah lelaki ni jumpa buku hitam tertulis death note dan buku tu kalau dia tulis nama orang tu akan mati secara tiba tiba) dan melorekkan nama Aqeel, menunjukkan bahawa dia sudah pun diselesaikan.

"One down. 3 more to go."

Sedang aku sibuk melayan perasaan, bunyi ketukan di pintu utama menyedarkan aku.

"Ah, delivery. Just in time."

Senyum ku bertembah lebar, mengetahui apa yang bakal berlaku. Akhirnya sesuatu yang menerujakan untuk hari ini.

"I'll get it."

Teriak Zareef sambil meluru ke arah pintu gerbang.

"Ye nak ap- "

Belum sempat Zareef menghabiskan ayatnya, dia tergaman dengan apa yang berada di depannya.

"Kenapa Zareef?"

Tanya Annath sambil mengintai dari biliknya, heran mengapa kawannya diam secara tiba tiba. Walaupun badan Zareef yang agak bidang menghalang hampir kesemua ruang di pintu gerbang tetapi dia berjaya menangkap apa yang berlaku dan seperti Zareef, Annath turut terkejut. Melihat Aqeel yang terdampar layu pada dinding hallway, Zareef dan Annath bergegas meluru ke arahnya.

"Aqeel, Aqeel, bangun qeel!"

Annath menggoyang goyangkan badan Aqeel cuba untuk mendapatkan respons. Melihat kawannya dalam keadaan begitu, Zareef menjadi cuak dan dia mula berfikir bukan bukan. Annath perasan akan riaksi Zareef kerana dia pun turut terfikir benda yang sama. Mereka memandang satu sama lain. Adakah Aqeel dah...

Tiba tiba, kedengaran satu suara yang tak bermaya mengejutkan Annath dan Zareef.

"Ni...sa.."

Aqeel menarik kolar baju Annath sambil memandangnya dan mengulang perkataan yang sama.

"Nis..a."

Sejurus kemudian Aqeel tidak menyedarkan diri. Annath and Zareef menghembus nafas lega. Syukurlah benda yang tak diingini tak berlaku.

"Cepat Zareef angkat dia masuk ke dalam."

Zareef hanya mengangguk sebagai balasan. Mereka berdua mengangkat Aqeel ke dalam rumah dan terus ke bilik Annath.

"Apa kecoh kecoh ni?"

Dayet yang baru sahaja keluar dari bilik air, terkejut melihat Aqeel sedang dipapah ke dalam rumah oleh Annath dan Zareef.

"Ya Allah Aqeel! Kenapa ni? Annath kenapa dengan Aqeel."

Annath yang sibuk menguruskan Aqeel yang tidak sedarkan diri, membiarkan soalan Dayet tergantung. Zareef menjelaskan apa yang berlaku pada Dayet.

"Tak tahu kenapa. Kitaorang jumpa dia dekat depan pintu tadi, tersandar kat dinding macam mayat."

Mendengar penjelasaan Zareef, Dayet naik angin. Sungguh tidak masuk akal baginya.

"Takkanlah kau buka pintu terus nampak dia dalam keadaan macam ni? Apa babi sangat penjelasan kau ni!"

Tengking Dayet. Ego Zareef tercabar, apa yang berlaku, diberitahunya tetapi Dayet mentah mentah mengatakan penjelasannya tidak masuk akal.

3VWhere stories live. Discover now