"Eh, bila masa pulak aku mengelamun ni ha? Aku dengarlah gila."
Aku menipu lelaki yang sedang sibuk menghirup air milo tabur buatan mamak yang mahal gila namatey. Dia tabur emas kut dalam tu.
Bayangkan air milo tabur ni harga RM5? RM5 fucking ringgit for a fucking drink that you just sprinkle the main ingredient for that drink ontop of the drink it self. Fuck that nonsense! Mamak pun dah pandai nak cekik darah. Apalah ane ane ni.
"Oh.. kau dengar? Kau dengar ye? Ha apa yang aku tanya tadi?"
Aku terdiam. Mana lah aku tahu, aku mengelamun tadi gila. Hehehe.
Aku memandang Dayet sambil membuat muka 'Weh tolong aku'. Dayet hanya membalas dengan jengketan bahu menandakan yang dia tak tahu.
Ish bukan nak tolong perempuan ni. Aku paling ke arah Anath pula. Dia hanya balas dengan gelakkan kecil. Buto lah!
"Ha jawablah. Dayet and Anath pun tak nak tolong kau."
"Diamlah. Tanya lah balik. Aku lupa lah."
Aku membuat muka selamba tak salah. Lelaki yang duduk di hapadanku bertambah lagi geram. Anath dan Dayet yang duduk bersebelahan dengannya tergelak melihat telatah kami berdua
Dia menunding jarinya ke muka ku sambil meng-eeeekan aku. Geram lah tu. Inilah habit Aqeel. Kalau geram memang inilah apa yang dia buat. Aku tergelak kecil melihat karenahnya.
"Eh kurang ajar. Tak dengar, pastu cakap lupa. Dah lah malas layan kau. Baik aku layan roti ni."
Budak yang meng-galah tinggi yang duduk di hadapanku terus menjamah rakus 2 roti canainya. Ni lagi sekor manusia yang aku tak faham. Dia sama macam Zareef, dua dua tinggi. Tak tahu lah siapa yang lagi tinggi. Zareef makan pintu, yang dia ni pulak makan galah lah rasanya.
"Uhuk uhuk."
Aqeel terbatuk batuk mengeluarkan balik isi roti canai di dalam mulutnya. Menyembur!
"Ada orang sebut lah ni qeel."
Dayat mengusap lembut belakang Aqeel. Aku mengeluarkan gelak yang paling gelak pernah aku gelak sampai berair air mata aku. Gelak tawaku mengejutkan pelanggan pelanggan yang lain. Nasib baik sikit je orang time ni.
"Orang tengah tercekik kau gelak apahal bodo?"
Anath dengan muka seriousnya marah aku. Dia rasa yang aku bergurau berlebih lebihan. Kalau kau tahu sebab apa aku gelak mesti kau gelak sekali. Tak perlulah nak marah macam tu sekali ish!
Hitam merengus marah.
○ : Kau okay? Ana-
Hitam terus lesapkan dirinya.
: Kenapa tu?
○ : Tak tahu tapi pergilah minta maaf dekat Aqeel.
Aku mengeluh panjang sambil mengangguk.
"Fine. Sorry lah. Aku yang sebut nama kau Qeel."
"Bila masa kau sebut? Tak dengar pun."
Kedengaran suara Aqeel masih lagi bersisakan batukan.
"Macamana nak dengar kau pekak kan?"
"Aku cakap molek ni kang ada aku baling roti ni atas muka kau karang."
Aqeel mengambil sekeping roti canainya dan acah nak baling ke aku.
YOU ARE READING
3V
Teen FictionCerita ini berkisahkan kehidupan Aku di alam Universiti. Aku yang mempunyai 3 suara yang berbeza. 3 suara dalam 1 badan. Merekalah lawan dan jugalah kawan. Hitam dan Putih. #69 Teen Fiction (09/11/2017) #73 Teen Fiction (22/06/2017)