Perjalanan balik ke kampus tidak dirasakan. Sepanjang perjalanan itu, minda ku kosong. Tiada secalit perasaan yang hadir dan tiada sebarang fikiran yang melayang. Kosong. Hanya kekosongan yang menemani. Langsung tidak sedar akan perkara yang berlaku sekeliling. Sedar sedar sahaja aku sudah berada di sini. Di hadapan sebuah pintu.
'Rumah 1'
Papan tanda yang melekat pada pintu bercat biru dengan tombol besi tanpa sebarang corak menunjukkan aku sudah pun sampai di hapadan pintu rumah ku. Tanpa melengahkan masa, aku membuka kunci dan membolos masuk ke dalam. Sebaik sahaja aku berada di muka pintu, keadaan di dalam yang riuh rendah dengan gelak tawa menjadi senyap sunyi. Mata semua tertumpu kepada ku dan aktiviti yang dijalankan tergendala buat seketika. Selang berapa saat, mereka kembali dengan aktiviti masing masing. Tidak lagi kaku membeku macam nampak hantu cuma keadaan yang riuh rendah tadi tidak lagi kedengaran. Dayath, Anath, Zareef, Aqeel semua senyap membisu. Apa? Nikmat bersuara kena tarik? Tak kena sumpah jadi patung kena sumpah bisu pula? Walaupun semua tengah konon sibuk, aku perasan bahawa mereka masih memandang aku dengan ekoran mata masing masing. Tanpa mempedulikan sikit pun, aku membuka kasut dan meletakkannya di rak kasut. Sedang sibuk menyusun kasut, nama ku di panggil.
"Lambat kau balik?"
Aku mengeluh kecil. Aku kenal suara ni dan aku kalau boleh memang tak nak berinteraksi dengan manusia lain terutamanya dia. Dengan keadaan terpaksa, aku memusingkan badan ke belakang. Kelihatan Anath sedang tercegat berdiri di belakang aku. Melihat muka mamat ni, darah berderau naik ke kepala dan hati rasa panas je.
"Ha."
Aku menjawab malas sambil membuka butang baju satu per satu, cuba untuk menyibukkan diri. Tak nak membuat eye contact dengannya.
"Kau pergi mana?"
"Tak pergi mana pun."
"Tak pergi mana mana tapi balik lambat macam ni?"
Aku melepaskan nafas yang panjang. Tangan yang sedang sibuk membuka butang baju sudah pun dibawa ke sisi. Aku memandangnya dengan muka yang mencuka.
"Don't do this. I'm tired."
"What? I'm just asking."
"You're not my mom."
"Aku risau. Tu je."
Aku tergelak. Gelak yang penuh sinikal aku bergema satu rumah. Mereka yang lain memerhatikan kami berdua. Pada saat ini, tumpuan mereka sepenuhnya diberikan kepada aku dan Anath, tidak lagi pada aktiviti mereka.
"Risau? Don't give me that bullshit."
Aku menunding ke arahnya dengan perasaan marah. Bercakap mengenai perkara ini membuatkan aku teringat akan perbualan bersama Finna di taman sebentar tadi. Mengingati perkara tersebut, ianya menambahkan lagi sakit di hati.
"What are you talking about? Kenapa ni? Kau okay tak?"
Dia cuba memegang bahu ku tapi aku menepis kuat tangannya.
"Don't you fucking dare."
"What?"
"Enough of your pretends Anath."
"Dude what on earth are you talking about?!"
"Wow!"
Aku menepuk nepuk tangan ku.
"Hebat betul kau kan? Somebody give this guy an oscar!"
Aku memandang muka manusia manusia yang berada di situ satu per satu. Konon sedang menunggu respon daripada mereka. Saat aku memandang muka mereka, satu pun tidak berani untuk memandang ku balik. Kesemuanya mengalihkan pandangan mereka pabila aku menatap muka mereka.
YOU ARE READING
3V
Ficção AdolescenteCerita ini berkisahkan kehidupan Aku di alam Universiti. Aku yang mempunyai 3 suara yang berbeza. 3 suara dalam 1 badan. Merekalah lawan dan jugalah kawan. Hitam dan Putih. #69 Teen Fiction (09/11/2017) #73 Teen Fiction (22/06/2017)