Bab 12 : Buru pt 2

59 4 10
                                    

Soalan Putri membuatkan aku terfikir.

"Motif?"

Aku tergelak kecil di dalam lift, menekup muka ku dengan sebelah tangan sambil kepalaku didongakkan ke atas. Aku terhibur dengan keadaan aku sekarang. Betapa hinanya aku kerana leka dengan hiburan sendiri sehinggakan aku lupa akan motif sebenar aku di sini. Betapa hinanya aku kerana memerlukan seorang manusia untuk menyedarkan aku akan matlamat aku. Aku disini dengan tujuan. Tujuan untuk menuntut hutang yang belum dilangsaikan. Hutang dendam yang akan aku pastikan terbayar walau apa sekali pun. Mereka semua akan aku buru satu per satu like the animals that they are. Apa yang mereka lakukan pada dia adalah sangat kejam dan tidak berhati perut dan balasan yang setimpal akan aku berikan. Perasaan marah mula menular dalam diri ku dan tanpa aku sedar aku merentap tangan dari muka dan menumbuk pintu dinding lift.

Dumm!

Bunyi detuman bergema satu lift. Kesan dari impak tumbukan tersebut membuatkan lift bergegar dan  menyebabkan lampu lift berkelip kelip. Aku merengus marah dan setiap nafas ku dihembuskan dengan ganas. Selepas beberapa saat, nafas ku kembali normal dan genggaman tangan dileraikan perlahan lahan. Aku berdehem sambil membetulkan  tali leher ku.

"Let's not get too stressed out shall we? Aku patutnya rasa gembira sebab dapat bermain permainan buru-buru ni dengan mereka."

Perasaan marah ku yang sebentar tadi membuak buak bagaikan cerek air yang telah masak lesap begitu sahaja. Memikirkan betapa seronoknya permainan membuatkan aku sangat teruja.

"So let's pick who gets to play."

Aku tersenyum sendirian.

----------------------------------------------------------

Suasana di Anjung tidak pernah lekang dengan manusia. Ada je orang dekat sini. Tak kisahlah mereka datang bertujuankan untuk makan ke belajar ke melepak ke memang inilah port khalayak ramai. Aku buat hal aku, sibuk menjamah spagetthi bolognse dengan sopan. Walaupun suasana sekitar aku kosong, aku langsung tak ambil peduli. Satu meja makan yang besar ni hanya aku seorang sahaja yang memperhunikannya. Malah, meja-meja berdekatan dengan aku juga kosong, takda orang. Inilah akibatnya apabila kau mempunyai reputasi yang terkenal. Aku tak merungut, malah aku lebih sukakan begini memang aku sukakan bersendirian. Ianya membolehkan aku berfikir. Fikir bagaimana untuk mengaturkan langkah untuk memulakan permainan aku. Pemain pemain sudah pun aku tetapkan, sekarang aku cuma perlukan tekan butang start sahaja. Aku tersenyum sendirian.

Pap!

Bunyi trey menghemtam meja memberhentikan lamunan ku. Trey makanan yang dipenuhi dengan sepinggan Nasi Ayam Hijo, segelas air anggur dan satu plastik nugget ayam diletakkan berhadapan dengan tempat duduk ku dan sekujur tubuh yang berkainkan baju kurung menghalang pemandangan ku. Aku dongak cuba untuk melihat gerangan siapakah yang  mengacau privasi aku.

Aku mengecilkan kedua mata sambil bermasam muka. Annoyed dengan kehadirannya.

"Kau nak apa?"

"Awat? Hang nampak aku macam nak basuh pinggan ke? Nak makanlah nak apa lagi."

Dia menjawab sambil melabuhkan tubuhnya di kerusi berhadapan ku. Aku memandangnya tajam tapi dia sikit pun tidak mengendahkannya. Dia tadah tangan baca doa pastu terus start mengunyah. Aku masih lagi terdiam membisu dengan aksi perempuan ni. Orang ramai yang duduk beribu batu jauh melemparkan pandangan mereka terhadap kami berdua, sesekali terdengar perbualan mereka.

"Apa gila ke perempuan tu?"

"Nak mati awal ke?"

"Weh ready yasin kau."
*bawak keluar yasin dalam poket.

3VWhere stories live. Discover now