EP 14 : NUGUYA?!

315 47 1
                                    

Namjoon jadi diam tak terkutik. Jerkahan namja itu membuatkan Namjoon berdebar kencang. Sekali lagi Namjoon ditendang oleh namja itu.

"Argh!!", jerit Namjoon.

Namjoon mengesot-ngesot tubuhnya untuk menjauhi namja itu.

"Wae? Kau takut dengan aku?", tanya namja itu.

Namjoon membenarikan suaranya untuk berkata.

"Kau!! Nuguya?!! Wae kau buat macam ni?!!", jerit Namjoon.

"Semua tu tak penting! Yang penting kau lenyap daripada muka bumi ni!!", marah namja itu.

Namjoon mengesot-ngesot tubuhnya ke tepi dinding. Cuba mencapai lampu suluh mininya. Namja itu ketawa melihat Namjoon yang kelihatan ketakutan.

Akhirnya, Namjoon dapat mengambil lampu suluh itu lalu dengan menggunakan kakinya, dia menekan suis ON. Lampu itu menyuluh cahaya ke arah namja itu.

Namja itu terpejam matanya kerana silau. Namjoon cuba mengecam wajah namja itu. Tak mungkin...

"Jungkook?!!", Namjoon terkejut besar.

"Hah.. kau dah nampak muka aku.. tak guna aku berpura-pura baik lagi! Ya! Akulah, Jeon Jungkook!", laung Jungkook.

"Tapi... wae..?", tanya Namjoon.

Jungkook menarik dagu Namjoon supaya memandang wajahnya.

"Kau tengok dahi aku ni!!", arah Jungkook.

Jungkook menyelak rambut depannya. Terserlah sebaris parut pada dahinya.

"Kau ingat tak, Kim Namjoon?!!! Kau tau tak wae aku boleh ada parut ni?!!", tanya Jungkook dalam keadaan marah.

Namjoon menggeletar. Cuba memikirkan semula perkara yang berlaku pada 8 tahun lalu..

******
8 tahun lalu...

Wargh!! Uwahhh!!! -Jeritan para penduduk di situ.

Namjoon dan Jungkook yang masih setahun jagung menggigil ketakutan. Encik Jeon, iaitu ayah Jungkook sebagai ketua bodyguard keluarga Namjoon, melawan penjahat-penjahat yang inginkan Namjoon untuk dijadikan sebagai "Anjing Komunis".

Namjoon memang agak terkenal dengan dwi perwatakannya yang boleh menjadi dari manusia biasa kepada buas dan ganas. Oleh itu, para komunis menginginkan Namjoon menjadi spesimen untuk membentuk askar yang kuat dan tiada belas kasihan.

"Awak bawa Namjoon dan anak kita ke dalam! Sekarang tengah bahaya! Jaga mereka!", arah Encik Jeon kepada isterinya, Puan Sica.

Puan Sica menarik Namjoon dan Jungkook. Jungkook menolak eommanya. Jungkook memeluk appanya.

"Appa... saya nak pergi dengan appa...", nangis Jungkook.

Encik Jeon memeluk Jungkook dengan erat. Encik Jeon mengelap air mata Jungkook yang sedang mengalir.

"Pandang appa. Ni kerja appa.. Appa kena berlawan untuk pertahankan kamu semua.. ", kata Encik Jeon dengan lembut.

"Tapi... janji drngan Jungkook... appa akan datang balik kat sini..", kata Jungkook.

"Ne.. Saranghae, Jungkook..", Encik Jeon mencium ubun-ubun rambut Jungkook.

Encik Jeon terus menolak Jungkook ke dalam lalu berlari keluar sambil menekan picu pistolnya.

Namjoon memeluk Jungkook yang sedang menangis itu.

"Jangan lah risau Jungkook yah... Aku akan selalu dengan kau.. Kita chingu baik kan?", kata Namjoon sambil memegang tangan Jungkook.

"Erm..", Jungkook membalas pegangan Namjoon dengan erat.

PRANG!! PRANKK!

Namjoon dan Jungkook terkejut. Mereka saling berpelukkan. Puan Sica menyuruh mereka bersembunyi di belakangnya.

Tiba-tiba, muncul dua orang namja yang berpakaian askar komunis merempuh pintu bilik itu.

"Serahkan budak itu kepada kami. Kami tidak akan mencederakan sesiapa jika permintaan kami ditunaikan.", kata salah satu askar komunis itu.

"Shireo!! Andwae!!", jerit Puan Sica.

"Yeoja ni memang degil!! Serang mereka!", jerit askar komunis yang kedua.

Puan Sica mara ke depan lalu berlawan dengan dua namja askar komunis itu. Puan Sica sebagai isteri kepada Ketua Bodyguard keluarga Namjoon, memang telah dilatih dengan seni pertahankan diri.

Nasib tidak baik apabila Puan Sica tersilap langkah, salah satu askar komunis itu dapat mencekik Puan Sica. Puan Sica bergelut dengan askar komunis itu.

"Eomma!!!!", jerit Jungkook sambil menuju ke arah eommanya.

"Jung...kook... Namjoon... Jangan.. ting.. tinggalkan.. Namjoon!", jerit Puan Sica.

"Aaahhhh!", jerit Namjoon apabila sepasang tangan sasa menangkap nya dari belakang.

"Namjoon!!", jerit Jungkook.

Jungkook cuba menumbuk tubuh namja sasa itu tetapi kerana dia masih kecil, kekuatannya tidak dapat menandingi namja sasa itu. Namja sasa itu menendang Jungkook.

Jungkook terpelanting ke dinding.

"Eomma... apayo..", rintih Jungkook.

"Jungkook!!", Puan Sica menjerit sambil berlari ke arah anaknya setelah dirinya terlepas kerana memijak kaki namja yang menangkap tadi dengan kuat.

Tiba-tiba...

Darah terpancut keluar daripada mulut Puan Sica. Darah meleleh keluar daripada perut Puan Sica yang dihunus pisau. Puan Sica terjatuh melutut.

Jungkook dan Namjoon yang melihat adegan itu terkejut.

"Eomma!!!", jerit Jungkook.

Air mata deras mengalir. Jungkook mendapatkan eommanya yang sudah lecun dengan darah pekat yang mengalir keluar tidak henti-henti.

Jungkook meletakkan tangannya pada perut eommanya dengan harapan darah tidak terus menerus mengalir keluar. Sederas darah itu mengalir, sederas itu juga air mata Jungkook.

"Eomma.. eomma.. bertahanlah..", kata Jungkook.

"Mianhae Jungkook.. Eomma.., eomma sayang Jungkook.. jaga Namjoon ye..?", kata Puan Sica perlahan.

Nafasnya terasa semakin berkurangan. Dadanya terasa sesak dan perutnya terasa perit. Perlahan dia menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.

"Eomma!!!", jerit Jungkook.

Namjoon yang melihat keadaan itu menggigil. Namjoon cuba menahan dirinya. Matanya dipejam serapat-rapat yang mungkin dan bibirnya diketap dengan kuat. Namjoon tidak mahu melihat darah! Nanti.. dia berubah menjadi buas!

Bau darah yang mula membuak menambah lagi deria buas Namjoon. Mata Namjoon sudah mula berubah kepada mata cheetah. Namjoon menampar kuat pipinya beberapa kali supaya dirinya tersedar daripada 'Wild Pheromone' nya.

~To Be Continue~

  RAPPER MONSTER | ✔Where stories live. Discover now