EP 2 : KIM NAMJOON

595 61 17
                                    

DING! DONG!- Bunyi loceng sekolah.

Suasana di dalam setiap kelas riuh rendah. Maklumlah semua seongsaengnim belum masuk ke kelas.

"Hyuna? Wae dengan muka kau tu?", tanya Taeyeon, chingu Hyuna.

"Kena cakar dengan Sarang tu lah.", balas Hyuna.

Yoongi memberi sebotol air teh bunga yang dibeli di mesin air layan diri di sebelah kantin kepada Hyuna.

"Gomawo.", kata Hyuna.

"Mesti sakit kan? Hahaha, muka kau yang sememangnya gangster tu dah macam ketua mafia tau tak?", ketawa Yoona, chingu Hyuna juga.

Semua orang tergelak. Hyuna menjeling Yoona.

"Ceyh, aku cuba nak rapat dengan dia, tapi dia cakar aku pastu lari. Korang pun mesti pernah kena macam ni kan? Sekurangnya pun sekali seumur hidup ni!", kata Hyuna.

"Ceyh, eobseo! Kau jelah manusia malang!", ejek Yoongi.

"Hek eleh.. kau tak pernah kena cakar sebab kau tak suka binatang. Kau mana datang dekat dengan diorang.", balas Hyuna.

Hyuna tergelak bila teringat Yoongi pernah nangis satu baldi penuh sebab seekor kucing mengesot dekat kaki dia.

"Hah! Wae gelak? Kutuk aku lah tu!", kata Yoongi.

"Eh, tak baik tuduh-tuduh orang!", kata Hyuna berlakon innocent.

"Hei, Hyuna. Daripada kau sibuk nak loving dengan binatang, baik kau loving dengan namja lah. Kau tu umur dah 18 tahun. Takde namja chingu kira dah Andartu tau?", kata Taeyeon.

"Hurm! Betul betul betul! Kau patutnya curahkan kasih sayang kau dekat namja. Binatang tu maybe ada kutu. Nak kiss atau hug, buat kat namja chingu kau!", kata Yoona.

"Eh eh eh! Apahal masuk 18++ ni? Nasihatkan aku pula. Entah la, aku tak nak minat lah namja kat kelas ni. Semua tak menarik perhatian aku.", kata Hyuna.

"Eh? Min Yoongi ni? Handsome apa?", kata Taeyeon.

Hyuna memandang Yoongi. Yoongi menahan debaran dadanya yang macam tengah berlari marathon.

"Yoongi ni chingu namja aku, bukan namja chingu. Lagipun dia tak suka binatang. Susahlah kalau dia jadi namja chingu aku.", kata Hyuna.

Yoongi hanya diam. Terasa juga hati ni.

"Pelajar sekalian!! Senyap! Sesi pembelajaran akan bermula. Siap sedia!", kata Ji Hyo, guru kelas 6A-1.

"Oh! Sebelum tu, saya nak perkenalkan seorang murid baru.", kata Ji Hyo.

Satu kelas riuh rendah. Perasaan ingin tahu bahawa pelajar baru itu namja atau yeoja.

"Namjoon, sila masuk dan perkenalkan diri.", kata Ji Hyo.

Namjoon masuk ke dalam kelas itu. Kelas terus menjafi senyap. Ada yang dah menelan air liur. Ada yang kaku. Ada juga yang pengsan.

Hyuna memandang Namjoon.

"Eh.. namja tu pakai rantai perak.. sama macam namja semalam tu.. renungan matanya yang tajam... sama macam...", kata Hyuna dalam hati.

"Naeireumeun Kim Namjoon. Aku baru balik dari China.", kata Namjoon.

"Err.. dia ni.. tak biasa.. sa.. sangat dengan Korea.. Jadi.. banyak ben.. benda yang dia tak tahu.. Semua.. tun.. tunjuk ajar dia.. ya? Jang.. jangan ta.. takut.", kata Ji Hyo tapi tangannya menggigil.

*****

"Hei, Taeyeon. Kau tegurlah dia.", kata Yoona.

"Eh? Taknaklah! Kau tak nampak ke dia jeling kita macam mana tadi?", kata Taeyeon.

"So.. Kaulah Yoongi.", Yoona menepuk bahu Yoongi.

"Neo michyeosseo? Shireo! Kang aku kena cekik dengan dia pulak!", kata Yoongi.

"Tak jantan lah kau ni.", kata Taeyeon.

Namjoon bangun lalu menghentak meja. Semua terdiam. Namjoon memandang muka Taeyeon, Yoona dan Yoongi berselang-seli.

Namjoon keluar dari kelas itu. Semua menarik nafas lega. Hyuna bangun dari tempat duduknya. Yoongi menarik tangan Hyuna.

"Kau nak pergi mana pulak ni?", tanya Yoongi.

"Pergi jumpa Namjoon lah.", kata Hyuna.

"Neo michyeosseo?! Kalau dia belasah kau macam mana? Tengok muka dia macam tak kisah pukul yeoja pun!", kata Yoongi.

"Entah, aku rasa tertarik dengan dia. Aku nak berkenalan dengan dia dulu. Annyeong, cau dulu!", kata Hyuna sambil menarik tangannya dari tangan Yoongi.

"Ai aish! Ya!! Ma!!", jerit Yoongi.

*****
Di atap sekolah.. (macam sekolah Jepun, dekat atap boleh duduk)

Sebelum sampai kat sana, Hyuna sempat beli dua botol air soya untuknya dan Namjoon. Hyuna nak berterima kasih kepada Namjoon sebab tolong selamatkan Sarang semalam.

Hyuna menyorok tepi palang besi. Mengintai Namjoon yang sedang berangan. Seekor burung hinggap di jari telunjuk Namjoon. Seekor lagi datang. Empat ekor burung hingga di bahu Namjoon.

"Wah.. jeles nye..", kata Hyuna.

Hyuna cuba mendekati burung itu tapi tiba-tiba dia tergelincir sebab Hyuna terpijak kulit pisang.

KEDEBUKK!! - Bunyi jatuh.

"Adoi.. kulit pisang pabo!! Apa..", kata Hyuna sambil memegang punggungnya.

Namjoon memandang Hyuna. Sebotol air soya tergolek ke kaki Namjoon. Namjoon mengambil botol itu dan memberikan nya kepada Hyuna.

"Eh, aniyo. Tu memang aku beli untuk kau sebab semalam kau selamatkan Sarang.", kata Hyuna.

"Sa.. rang?", tanya Namjoon.

"Oh! Kucing akulah.", kata Hyuna.

Muka Namjoon mendekati muka Hyuna. Hyuna memandang mata Namjoon yang tajam itu.

"Kau.. tak takut aku?", tanya Namjoon.

"Erm.. aniyo.", kata Hyuna berani.

"Mata aku ni.. kau tak takut nak pandang?", tanya Namjoon lagi.

"Erm! Aniyo! Jinjjaro!", kata Hyuna.

Namjoon tersengih menampakkan giginya yang mempunyai taring.

~To Be Continue~

  RAPPER MONSTER | ✔Where stories live. Discover now