"Hyu.. Hyuna..", Namjoon terkejut dengan kehadiran Hyuna.
Hyuna terus berlari mendapatkan appanya yang terbaring di atas pangku Namjoon.
"Ke tepi!!", Hyuna menolak Namjoon.
Hyuna menyentuh perut ayahnya yang dipenuhi darah. Tangan Hyuna menggeletar memegang pipi ayahnya yang mula berasa sejuk.
"Appa...", Hyuna memanggil appanya.
Namun, tiada balasan daripada appanya. Hyuna menggoncangkan tubuh appanya.
"Appa.. bangunlah.. Hyuna ada dekat sini..", kata Hyuna.
Hyuna menyentuh leher appanya untuk mengesan denyutan nadi.
Tiada.
Lalu, Hyuna menyentuh pergelangan tangan appanya. Mana tau denyutan nadi boleh dikesan.
Tiada juga.
Hyuna menghalakan jarinya di hidung appanya untuk mengesan sistem respirasi appanya masih berfungsi atau tidak.
Ti... tiada..
Hyuna tidak berputus asa. Pisau yang tertikam di perut appanya ditarik keluar. Hyuna menekan dada appanya berkali-kali agar jantung kembali berdenyut. Tetapi, semuanya sia-sia.
Tetap tiada.
Laju air mata Hyuna mengalir.
"Appa... wae appa tinggalkan Hyuna seorang? Hyuna takde siapa-siapa.. Eomma dah tinggalkan Hyuna.. Appa pun sama... Hyuna dah kehilangan semua ahli keluarga Hyuna.. Eotteohke Hyuna nak hidup? Siapa yang nak kejutkan Hyuna pagi2 untuk bangun? Siapa yang nak buatkan Hyuna kopi pagi2 macam selalu? Kopi appa seorang je Hyuna suka minum.. Appa.. bangunlah.. Appa kata appa teringin nak tengok habis sekolah.. kahwin.. dapat anak.. Appa kata appa nak peluk cucu appa nanti.. Appa dah janji nak pergi funfair sempena hari lahir Hyuna.. Appa tak tunaikan janji pun lagi..", Hyuna meluahkan perasaan nya.
Namjoon hanya mendiamkan diri. Namjoon tidak mahu melihat Hyuna menangis. Dia menyentuh bahu Hyuna. Niatnya supaya Hyuna berasa dirinya masih mempunyai orang yang boleh menjaganya tetapi Hyuna menepis kasar tangan Namjoon.
Hyuna menolak Namjoon ke dinding. Dengan muka yang basah dengan air mata tapi dibengiskan, Hyuna membuka mulutnya.
"Kau... kau bunuh appa aku!!!", tuduh Hyuna tanpa tahu cerita yang sebenar.
"Ani! Bu.. bukan aku.. Itu...", Namjoon berasa gementar.
"Kalau bukan kau, siapa?!! Bagitahu aku!!", jerit Hyuna.
"Itu...", tiba-tiba, Namjoon teringat tentang Jungkook.
"Aniya.. Aku takkan bagitahu bahawa Jungkooklah sebenarnya yang bunuh appa Hyuna. Cukuplah aku dah bunuh eomma dan appa Hyuna buat Jungkook menderita. Aku tak mahu Jungkook tambah derita. Cukuplah apa yang dia lalui dulu. Aku sanggup gantikan tempat dia.", desis hati Namjoon.
"Kim Namjoon!! Bagitahu aku, palli!!!", kata Hyuna.
"Sebenarnya.. yang bunuh appa kau...", Namjoon ingin berkata tetapi rasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkong nya.
Sangat susah untuk dia menyatakan hal itu.
"Aku... akulah yang bunuh appa kau...", ucap Namjoon.
Hyuna terkejut. Hyuna hampir pitam namun dipegang Namjoon. Hyuna menolak Namjoon. Hyuna terjatuh ke lantai. Hyuna seperti susah untuk menerima kenyataan.
"Ha.. orang yang.. aku percaya... rupanya... bertopengkan serigala...", kata Hyuna.
"Hyuna.. Mianhae..", kata Namjoon.
Hyuna memberi pandangan yang tajam.
"Mianhae? Itu je yang boleh kau cakap lepas bunuh appa aku?!", marah Hyuna.
"Jeongmal.. mianhae..", ucap Namjoon.
"Itu je tak cukup Namjoon!! Dengar sini baik2! Aku... benci kau!! Aku tak nak tengok muka kau lagi!! Pergi dari hidup aku!! Aku benci tengok muka kau!! Suara kau je pun aku sah benci!! Pergi!! Go jyo!!", jerit Hyuna.
Hyuna menolak semua barang-barang di atas meja sehingga berterabur. Namjoon terkedu. Tiba-tiba, Hyuna terperasan Yoongi yang terbaring tidak sedarkan diri.
Hyuna terus berlari ke arah Yoongi. Dipangkukan kepala Yoongi ke pahanya. Hyuna menepuk pipi Yoongi perlahan. Yoongi juga tidak sedarkan diri namun denyutan nadinya ada.
"Nasib baik...", Hyuna memeluk Yoongi.
Namjoon agak jeles dengan apa yang dilihatnya. Tapi, ini bukanlah waktu yang sesuai untuk jeles tidak bertempat. Sehabis mungkin Namjoon mengawal riak wajahnya.
Tiba-tiba, sekumpulan pasukan yang memakai uniform yang tertulis KSPS, meluru masuk ke dalam bilik itu.
"Da kkomjjak mara! (Nobody moves!). Tangan angkat ke atas!", arah salah seorang daripada mereka.
Namjoon mengangkat tangannnya seperti yang diarahkan mereka. Penolong kanan KSPS menggari Namjoon.
Tuan Taehyung menuju ke arah Hyuna.
"Gwaenchanayo?", tanya Tuan Taehyung.
"Ne... Tapi, chingu saya ni.. pengsan.", kata Hyuna sambil menunjuk ke arah Yoongi.
"Ne, kumpulan saya akan uruskan dia. Awak boleh bangun tak? Mari saya tolong.", tanya Tuan Taehyung.
Tuan Taehyung menarik tangan Hyuna perlahan.
Namjoon memandang ke arah Hyuna dengan mata yang sayu. Hyuna hanya membalas pandangan Namjoon dengan jelingan.
Namjoon ditolak oleh penolong kanan KSPS supaya bergerak. Namjoon hanya mampu memerhati Hyuna daripada dalam kereta polis.
"Macam mana.. dengan appa saya?", tanya Hyuna.
Tuan Taehyung memberi isyarat kepada penolong kirinya. Penolong kiri KSPS tu hanya menggeleng. Fahamlah Tuan Taehyung.
"Mianhaeyo, appa awak tidak dapat diselamatkan.", ucap Tuan Taehyung.
"Appa...", Hyuna berasa kepalanya berat.
Amat berat berita yang disampaikan oleh Tuan Taehyung walaupun dia tahu bahawa appanya memang sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tapi, dia berfikir bahawa appanya masih boleh diselamatkan namun... tiada harapan.
Hyuna sudah terhuyung-hayang. Tuan Taehyung memaut Hyuna dengan erat. Hyuna terpaksa memeluk Tuan Taehyung agar dia terus dapat berdiri. Kakinya terasa seperti sotong. Tiada tulang.
"Saya boleh terima kalau appa saya mati disebabkan dibunuh oleh orang lain tapi kalau orang yang bernama Kim Namjoon, orang yang saya sukai.. beratnya saya mahu menerima...", keluh Hyuna.
Hyuna memejamkan matanya kerana kolam air matanya yang ditahan semasa memandang Namjoon tadi akhirnya pecah jua. Tuan Taehyung berasa simpati terhadap Hyuna.
Tuan Taehyung menarik kepala Hyuna bersandar pada dadanya. Disapu-sapu rambut Hyuna perlahan. Hyuna menangis semahu-mahunya di dada Tuan Taehyung aka bekas kekasih lamanya.
~ To Be Continue ~
YOU ARE READING
RAPPER MONSTER | ✔
FanfictionKim Namjoon, seorang lelaki yang berwajah garang kerana pandangan matanya tajam. Tetapi dia sebenarnya agak innocent dan comel. Disebalik mukanya yang kelihatan suci, rupanya dia mempunyai 2 personaliti yang sangat berbeza. Jika dia melihat darah/ d...