Waktu malam..
Jungkook baring di atas lantai.
"Brr.. sejuk!", Jungkook menggigil sedikit.
Inilah penjara. Tiada katil yang empuk, bantal yang lembut, selimut yang hangat. Yang ada cuma lantai yang sejuk, kasar dan keras. Memang tak selesa nak tidur. Jungkook berpusing kiri ke kanan. Kanan ke kiri.
"Hurm.. tak selesalah..", rungut Jungkook.
Tapi apa yang dia boleh buat? Nak minta tempat tidur yang selesa? Ni lebih selesa berbanding tidur dekat kandang ayam. Bersyukur lah sikit.
"Eii, budak ni! Kau tidur boleh diam-diam tak?! Aku sepak kang!", marah salah seorang banduan di situ.
Jungkook sabar je. Sekali aku lempang banduan ni, jatuh ke Bangladesh baru dia tahu. Huh! *Flip hair.
Baru Jungkook nak sambung baring tiba-tiba nampak bayang-bayang hitam di hadapannya. Jungkook hampir melatah namun sempat mulutnya ditutup. Jungkook perhatikan betul-betul.
"Nam...!", Jungkook hampir terjerit.
"Shh!", kata namja itu.
"Namjoon?", Jungkook bagai tak percaya.
Namjoon mengeyitkan sebelah matanya. Siap buat 'peace' lagi.
"Neo waeirae? Kena sampuk apa? Hantu PPAP? Kau ni datang sini waktu macam ni wae? Sekarang bukan waktu melawat. Tu tu, wae beg besar kedabak macam badak ni?!", tanya Jungkook.
"Aku masuk senyap-senyap la bro! Ingat senang ke? Aku kena lompat pagar yang tajam-tajam tu. Sakit tau!", ngadu Namjoon.
"Neo... Paboya?", tanya Jungkook.
"Aniya~ Aku datang ni sebenarnya bawa benda ni", Namjoon mengeluarkan barang-barang daripada dalam begnya.
Bantal! Selimut! Tikar! Bravo! Perfecto! Ternganga Jungkook dibuatnya.
"Untuk apa semua benda alah tu?", tanya Jungkook pelik.
"Untuk tidur dengan kau la!", kata Namjoon lalu membuka pintu pagar penjara itu.
"Eh? Eh? Neo michyeosseo?!", kata Jungkook apabila melihat Namjoon mula masuk ke dalam penjara.
"Aniya~ Aku betul-betul waras.", kata Namjoon.
"Mana kau dapat kunci tu?", tanya Jungkook.
"Hihihi, aku bagi kopi ala Namjoon kat polis yang jaga penjara tu. Dengan kuasa penangan hebat kopi ala Namjoon, maka diorang semua tertidur.", cerita Namjoon ala2 Harry Potter.
"Kau ni..", Jungkook menggelengkan kepala.
Macam manalah Jungkook boleh lupa bahawa chingunya itu kadang-kadang ada idea gilanya? Ni memang gila tahu tak?!
Namjoon membentangkan tikar, bantal dan selimut. Jungkook hanya tersenyum memandang Namjoon.
"Dah siap!", kata Namjoon.
Namjoon baring sambil mendepakan tangannya.
"Ahhh~ Bestnyaaaa~", kata Namjoon.
"Oho, memanglah best. Kalau boleh kau nak terkangkang sekali.", perli Jungkook.
"Meh la sini~", kata Namjoon.
Namjoon menepuk-nepuk pada tempat di sebelahnya. Jungkook membuat muka toya.
"Eii, shireo!", kata Jungkook.
"Eh, budak ni.. sinilah!", Namjoon menarik tangan Jungkook.
Jungkook terjatuh terbaring. Kepalanya berada di tangan Namjoon.
YOU ARE READING
RAPPER MONSTER | ✔
FanficKim Namjoon, seorang lelaki yang berwajah garang kerana pandangan matanya tajam. Tetapi dia sebenarnya agak innocent dan comel. Disebalik mukanya yang kelihatan suci, rupanya dia mempunyai 2 personaliti yang sangat berbeza. Jika dia melihat darah/ d...