EP 9 : HYUNA TERCEDERA!

415 51 5
                                    

Namjoon mula menyerang Yoongi.

"Weyh, kau....!", Yoongi mengelak Namjoon yang mendekatinya.

Namjoon tersengih memandang Yoongi. Yoongi terasa seriau! Namjoon macam kena rasuk!

Yoongi cuba menumbuk Namjoon, tapi Namjoon sempat melompat tinggi lalu menendang Yoongi.

Yoongi terdorong ke belakang. Yoongi memegang perutnya yang terasa senak.

Namjoon menggigit tangan Yoongi.

"Argh!!!", jerit Yoongi kesakitan.

Darah Yoongi mengalir daripada tangannya yang digigit itu. Tak cukup dengan itu, Namjoon mencakar dahi Yoongi.

"Aduhhh.. lepaskan aku lah!!!", Yoongi cuba menolak Namjoon tetapi tidak berjaya.

Tenaga Namjoon seperti luar biasa!

Namjoon menindih Yoongi. Seperti zombi, Namjoon hendak menggigit leher Yoongi sampai putus urat sarafnya.

Yoongi menahan muka Namjoon yang cuba mendekati lehernya.

"Wae geurae, Namjoon?!!", jerit Yoongi.

Sia-sia sahaja. Namjoon tidak mengherankan semua itu. Semakin kuat kepala Namjoon hendak mendekati leher Yoongi.

"Namjoon!!", sekali lagi Hyuna menjerit memanggil Namjoon.

Namjoon tetap tidak berhenti. Hyuna teringat tentang alat suntik yang diberi oleh Jungkook. Hyuna mengeluarkan alat suntik itu daripada dompet kecilnya.

"Gunakan alat ni bila kau perlukan. Cecair ni meresap dengan cepat. Namjoon akan tertidur buat sementara waktu.", teringat semula kata-kata Jungkook.

Hyuna teringat juga masa kali pertama dia menghalang Jungkook daripada terus mengganas. Hyuna memandang Namjoon.

"Aniyo. Aku tak nak guna alat suntik ni. Aku nak guna kudrat aku sendiri!", kata Hyuna.

Hyuna menyimpan semula alat suntik itu di dalam poketnya. Hyuna berlari ke arah mereka berdua.

Yoongi ternampak Hyuna.

"Hyuna, jangan datang sini!!", Yoongi memberikan amaran.

Hyuna tidak menghiraukan amaran Yoongi. Tujuannya adalah untuk menjinakkan Namjoon kembali.

"Namjoon!!", jerit Hyuna.

Namjoon berhenti menyerang Yoongi. Namjoon memandang Hyuna.

"Kau ingat aku tak, Namjoon? Ni akulah... Namjoon?", Hyuna berkata dengan lembut.

Hyuna mendekati Namjoon. Hyuna cuba menyentuh Namjoon. Tiba-tiba, Namjoon melompat ke arah Hyuna.

"Argh!", jerit Hyuna.

Namjoon menggigit tangan Hyuna. Darah mengalir lalu jatuh ke lantai.

"Apayo...Namjoon..", rintih Hyuna.

Namjoon tetap tidak lepaskan gigitannya. Malah gigitannya lebih dalam.

"Lepas.. lepaslah, Namjoon!!!", jerit Hyuna.

Namjoon tersentak. Namjoon melepaskan gigitannya. Akhirnya, Namjoon tersedar. Namjoon memandang sekeliling.

Yoongi sedang terbaring tidak berdaya. Tangan Hyuna dicederakan. Namjoon macam hendak menangis.

"Aku.. mianhae..", kata Namjoon perlahan.

Hyuna tidak menghiraukan Namjoon. Hyuna menghampiri Yoongi. Hyuna memapah Yoongi.

"Yoongi aku nak...", Namjoon terdiam apabila Yoongi menarik Hyuna menjauhi Namjoon.

"Kau monster!!", jerit Yoongi.

Namjoon terkejut.

"Jom Hyuna. Tinggalkan dia kat sini! Nanti dia bunuh kita pulak!", kata Yoongi.

Hyuna memandang wajah Namjoon. Tiada pilihan, Hyuna kena hantar Yoongi ke hospital untuk dirawat. Hyuna pun tercedera sama.

"Hyuna.. aku..", kata Namjoon.

"Mian, Namjoon. Aku nak pergi ke hospital. Kau baliklah rumah.", tegas Hyuna tanpa memandang Namjoon.

Namjoon tersentap. Tinggallah Namjoon seorang di padang sekolah itu. Namjoon memandang ke bawah. Penuh dengan darah Yoongi dan Hyuna.

"Apa yang aku... aku memang.. tiskh!", Namjoon memejamkan matanya.

*****

Sampai di hospital...

"Nasib baik korang berdua datang ke hospital cepat. Kalau tak, maybe tangan Yoongi ni boleh patah.", kata Dr. Nam.

Yoongi memandang Hyuna yang sedang dirawat oleh Dr. Nam. Tangan Hyuna dan Yoongi dibalut kerana untuk melindungi tangan mereka yang digigit oleh Namjoon itu.

"Korang rehatlah dulu. Korang berdua boleh balik lepas rehat. Saya ada kerja lain pula.", kata Dr.Nam sambil tersenyum manis.

"Hyuna...", panggil Yoongi.

Hyuna termenung. Tak perasan yang Yoongi memanggil nya.

"Hyuna!", Yoongi menaikkan sikit volume suaranya.

"Ah ha? Ne...?", tanya Hyuna.

"Kau tau... pasal Namjoon tentang hal ni?", tanya Yoongi.

"Erm.. arayo.", kata Hyuna.

"Neo michyeosseo?! Dia boleh bunuh kita tau?!", kata Yoongi.

"Tapi.. Namjoon tu baik. Aku tau dia bukannya nak buat semua ni..", Hyuna cuba untuk back up Namjoon.

Yoongi menggenggam bahu Hyuna.

"Dia dah cederakan aku, cederakan kau! Kau fikir kalau kau terus bersama dia, kau akan terjamin selamat?!", tanya Yoongi keras.

"Aku kenal Namjoon! Dia bukan namja yang macam tu!", kata Hyuna.

Yoongi menarik Hyuna dalam pelukannya. Hyuna terkejut.

"Mwoya...", kata Hyuna.

"Sshhh..", Yoongi menyuruh Hyuna untuk diam.

"Aku boleh pastikan kau selamat Hyuna. Aku bukan macam Namjoon.. Aku akan pastikan.. aku selalu ada untuk kau!", kata Yoongi.

"Tapi, Yoongi aku.. aku su..", Hyuna berhenti berkata-kata apabila Yoongi mengeratkan lagi pelukannya.

Hyuna tak sampai hati nak kata bahawa.. dia menganggap Yoongi cuma chingu tapi mesra. Tak lebih daripada itu.

Hyuna membalas pelukan Yoongi. Tak salah rasanya sebagai seorang chingu.

Tanpa mereka berdua sedari, sepasang mata yang tajam memandang mereka berdua.

"Hyuna.. dia dah.. tak nak berkawan dengan aku ke..? Dia.. bencikan aku..? Hyuna.. aku..", Namjoon hanya mampu merintih seorang diri.

Namjoon teringat kata-kata Hyuna.

"Kau tak menakutkan... kau baik. Kau comel! Kau pun pelik!", rewind kata Hyuna.

"Tshikk!", Namjoon keluar daripada hospital dengan perasaan sedih dan...

Mungkin cemburu..?

~To Be Continue~

  RAPPER MONSTER | ✔Where stories live. Discover now