EP 23 : EOMMA NAMJOON

315 36 0
                                    

"Duduklah.", pelawa namja itu.

Namjoon duduk di hadapan namja itu. Ditarik kerusi perlahan. Namjoon meletakkan kedua-dua belah tangannya yang digari di atas meja.

"Kim Namjoon, ingat saya lagi?", tanya namja itu.

"Mana mungkin saya lupa abeoji.", kata Namjoon sambil menundukkan kepalanya.

Namja itu atau lebih tepat abeoji Namjoon, Encik Kim hanya tersenyum mendengar suara Namjoon.

"Eotteohke jinaesyeotna? (어떻게 지내셨나-how are you)", tanya Encik Kim.

"Johseubnida. (좋습니다-I'm fine)", jawab Namjoon.

"Ne.. Bogoshipda. (보고싶다 - miss you)", kata Encik Kim.

Namjoon tidak memberi reaksi apa-apa.

"Kamu.. masih rasa bersalah atas kematian eomma ke?", tanya Encik Kim.

Bingo! Tepat di muka Namjoon. Namjoon berasa malu berhadapan dengan abeoji nya. Masih segar dalam ingatan Namjoon tentang peristiwa 15 tahun lepas.

******
15 tahun yang lalu...

Panas matahari memancar. Namun, eomma mana yang mahu anak-anaknya susah. Sanggup eomma Namjoon menunggu setengah jam untuk menjemput anak tunggal kesayangan nya.

Sedang sibuk mengipas dirinya yang kepanasan, dia ternampak anaknya.

"Kim Namjoon!", panggil eomma Namjoon.

Namjoon yang sedang berbual dengan chingunya itu ternampak eomma, terus berlari ke eommanya.

"Eomma!", Namjoon memeluk eommanya.

"Aigoo, gemuk anak eomma ni! Best belajar hari ni?", tanya Eomma Namjoon.

"Ne! Tadi makan jjajangmyeon cikgu. Mashida! (마시다-sedap)", kata Namjoon.

"Geurae? Jadi eomma punya tak best la? Jjajangmyeon siapa lagi sedap? Eomma ke cikgu tu?", eomma Namjoon pura-pura merajuk.

"Dua-dua sedap tapi Namjoon lagi suka jjajangmyeon eomma!", pandai pula Namjoon membodek eommanya.

"Nilah yang buat eomma makin sayangkan Namjoon ni!", eomma Hyuna mencium pipi anaknya.

Namjoon ketawa manja.

******

Di rumah...

"Namjoon ah~ Namjoon nak meokgo apa?", tanya eomma Namjoon.

"Erm, bulgogi! (불고기-daging)", kata Namjoon.

"Okay!", eomma Namjoon mula mencari bahan-bahan untuk memasak.

Daging segar dan sayur-sayuran yang berkhasiat dikeluarkan daripada peti sejuk. Eomma Namjoon selalu menyediakan makanan yang terbaik untuk anak dan suaminya.

Sementara suaminya belum pulang, sudah menjadi rutinnya memasak dahulu. Daging dan sayuran dibasuh bersih. Kemudian, eomma Namjoon memotong sayur seperti lobak merah, kobis, kentang dan macam-macam lagi.

Sedang sibuk memotong, tersilap potong mengakibatkan dua jarinya terluka.

"Arhh!", eomma terjerit kecil.

Namjoon terus berlari kepada eomma nya.

"Waeyo, eomma?", tanya Namjoon.

"Ani, tadi terkena pisau. Apa sikit je. Gwaenchana.", kata eomma Namjoon.

Namjoon melihat darah eommanya. Tiba-tiba rasa seperti badannya terasa panas. Ada sesuatu bergerak lazu seperti halilintar meresap masuk ke dalam salur-salur darah.

  RAPPER MONSTER | ✔Where stories live. Discover now