EP 21 : SUSPENSION TIME!

304 44 8
                                    

Khas utk scene ni, sy mengkaji bedah otak yang pening kepala sy nk terjemahkan..

Dalam bilik pembedahan..

Doktor Jin meletakkan kepala Yoongi pada tepi meja untuk memudahkan operator. Headup kurang lebih 15 darjat (pasang benda bulat kecil dibawah kepala). Nurse membantu Doktor Jin memeringkan kepala Yoongi pada belah kanan kontralateral lokasi lesi/ hematoma lalu meletakkan bantal di bahu kiri.

Doktor Jin dan nurse mula membasuh tangan dengan ubat agar bersih tiada jangkitan kuman. Sepasang sarung tangan getah disarungkan pada kedua-dua belah tangannya dan mask dipakai.

Doktor Jin memakai kanta pembesar kecil khas untuk masuk ke dalam matanya agar dapat melihat saraf-saraf otak dengan lebih teliti. Silap bedah, hekk! *Tangan kat leher tanda matilah.

Alat-alat untuk bedah sudah tersedia di sebelahnya. Doktor Jin menelan air liurnya beberapa kali. Tanggungjawab yang sangat berat dipikul di atas bahunya. Kalau pesakit selamat, baguslah. Tapi, kalau tak...

Doktor Jin bukan kisah tentang reputasinya. Dia lebih kisahkan perasaan ahli keluarga pesakit. Andai pembedahan ni tak berjaya, yang sedihnya keluarga itu. Yang berasa kehilangan tu mereka.

Doktor Jin menghirup nafas sekali dan menghembuskan nya berat. Doktor Jin mula menarik komputer X-ray yang boleh scanning secara mendalam untuk mencari kaca-kaca itu. Apabila dirasakan tempat itulah yang spesifik, dia menanda bahagian itu dengan menggunakan marker.

Penyuntik yang berisi cecair tahan sakit disuntik pada bahagian itu. Ubat itu berkesan selama 24jam. Tempat untuk dibedah itu dibasuh dengan saflon, alkohol dan betadin. Lalu, Doktor Jin drapping area situ. Doktor Jin mula membedah Yoongi dengan pisau bedah.

Dimasukkan pehacain 1:1 agar kulit kepala terbuka dengan lebih luas. Dia mula menyepit kaca-kaca yang dijumpainya. Banyak juga jumlahnya. Hampir 5 jam untuk mengeluarkan serpihan2 itu. Sampai berpeluh-peluh dia dibuatnya. Nurse yang disebelah sibuk mengelap peluh Doktor Jin.

Doktor Jin melihat paras degupan jantung Yoongi. Ok, still dalam keadaan baik. Doktor Jin men-ZOOM-kan kanta matanya. Dia terperasan seperti ada satu serpihan kaca. Doktor Jin menghalakan komputer untuk scan di bahagian situ.

Terbeliak mata Doktor Jin apabila serpihan kaca itu saiznya agak besar sudah menembusi liang-liang otak Yoongi. Hanya sedikit sahaja di dasarnya. Doktor Jin mula gementar. Ini tak boleh buat main. Doktor Jin mula rasa stress yang amat.

Nurse itu menepuk bahu Doktor Jin sedikit.

"Saya percaya doktor boleh lakukannya. Percayakan diri doktor.", ucap nurse itu.

Doktor Jin menggenggam pisau bedahnya. Nekad dia harus habiskan operation ni! Doktor Jin mencungkil sedikit demi sedikit pada urat-urat otak Yoongi. Penyepit itu dapat menyepit serpihan itu. Perlahan-lahan Doktor Jin menarik serpihan kaca itu.

Doktor Jin fikir selepas ini pembedahan sudah siap. Namun, jangkaannya silap. Serpihan kaca yang tajam itu tercucuk pada bahagian penting pada otak. Mesin pengesan degupan jantung mula berbunyi kuat.

"Doktor, paras degupan jantung pesakit tak stabil!! Turun naik mendadak!!", kata nurse dengan cemas.

Doktor Jin semakin berpeluh. Jantung nya rasa nak terkeluar dari tubuhnya. Tubuh Yoongi mula bergegar seperti sedang berlaku gempa bumi. Doktor Jin pantas membuka butang baju Yoongi.

"Ambilkan mesin elektrik tu!", arah Doktor Jin.

Nurse terus memberikan mesin itu pada Doktor Jin. Nurse memutarkan suis pada tahap perlahan. Doktor Jin menggosok mesin itu beberapa kali lalu diletakkan pada dada Yoongi. Badan Yoongi terangkat sedikit.

Namun, paras degupan jantung Yoongi tetap tidak berubah.

/\/\_/\/\/\_/\/\/\_/\/\/\/\___/\

"Paras sederhana!", arah Doktor Jin.

Nurse mengikut arahan Doktor Jin. Doktor Jin melakukan hal seperti tadi. Kali ini tubuh Yoongi terangkat lebih sedikit daripada tadi. Namun, bezanya kali ni degupan jantung Yoongi semakin perlahan.

/\___/\/\____/\_______/\__/\______/\

"Eotteohkeyo???", Nurse yang tengok dari tepi pun dah pucat seperti tak ada darah.

Doktor Jin berfikir sebentar.

"Pusingkan pada paras tertinggi!", kata Doktor Jin.

Nurse itu terkejut.

"Jinjjaro? Bahaya! Doktor tahu kan paras tertinggi tu sangat bahaya?", kata nurse.

"Arayo. Tapi, saya tak boleh biarkan pesakit ni mati! Apa pun yang terjadi, saya sanggup hadapinya.", tegas Doktor Jin.

Nurse memandang muka Doktor Jin. Serious, ni bukan cubaan, ini betul-betul. Nurse akur dengan kata-kata Doktor Jin. Berani buat benda gila, berani la tanggung risikonya.

Doktor Jin menggosok mesin itu lalu diletakkan pada dada Yoongi. Tubuh Yoongi terangkat tinggi sehingga hampir terjatuh daripada katil. Mujur para pembantu sempat menyambut tubuh Yoongi.

Doktor Jin, nurse dan para pembantu melihat mesin pengesan paras degupan jantung itu.

__________________________________

"Doktor.....", ucap nurse itu.

Doktor Jin menundukkan kepalanya.

"Kita habiskan jahit kepalanya pastu kita beritahu keluarga pesakit..", kata Doktor Jin kesal.

******

Doktor Jin berjalan keluar daripada bilik pembedahan itu sambil membuka masknya. Pembedahan yang dijalankan selama 12 jam itu memang memenatkan dan tegang. Semua kenalan pesakit menghampiri Doktor Jin.

"Eotteseyo?", tanya Hyuna.

Doktor Jin memandang satu per satu wajah di hadapannya. Encik Min, eomma Yoongi dan Hyuna... Tak terkata nak bagitahu result nya.

"Anak tuan puan...", Doktor Jin menarik nafas.

Semua berasa gelisah.

"Berjaya diselamatkan. Walaupun tadi jantungnya terberhenti, berkat doa kalian, anak tuan puan dapat diselamatkan.", beritahu Doktor Jin.

Hyuna terlampau gembira sampai terpeluk Doktor Jin. Encik Min dan isterinya menangis gembira. Doktor Jin hanya tersenyum. Betapa stress dan rasa nak hentak je semua benda bila jantung Yoongi berhenti berdegup tadi.

Doktor Jin membalas pelukan Hyuna. Mukanya disembamkan pada bahu Hyuna.

"Doktor...? Doktor...? Doktor Jin?", panggil Hyuna.

Hyuna melihat Doktor Jin. Tertidur rupanya. Hyuna tersengih. Kepala Doktor Jin diusap sedikit.

"Biarlah dia tidur. 12 jam pembedahan tadi. Awak dah berusaha keras. Chukkhahaeyo.", kata Hyuna sambil duduk lalu membetulkan kepala Doktor Jin agar selesa tidur di bahunya.

~To Be Continue~





  RAPPER MONSTER | ✔Where stories live. Discover now