EP 16 : KSPS

324 44 1
                                    

Sedang otak Jungkook sedang ligat mencari idea untuk membantu appanya yang sedang berusaha mengelak Namjoon bertindak ganas terhadapnya.

Tiba-tiba, Jungkook ternampak seketul batu di sebelahnya tetapi agak jauh. Jungkook yang kakiknya tidak berdaya cuba mencapai batu itu.

Apabila batu itu dapat dicapai, Jungkook terus membalingnya ke Jungkook. Batu itu terkena di kepala Namjoon. Namjoon berhenti menyerang Encik Jeon.

Matanya yang buas itu memandang tajam ke arah Jungkook. Perlahan - lahan Namjoon berjalan ke arah Jungkook. Namjoon menderam. Jungkook terkaku.

Jungkook cuba untuk bangun tapi kakinya seperti digam di lantai itu. Mungkin kakinya patah. Jungkook hanya mampu berdoa agar dirinya terselamat.

Namjoon semakin hampir. Namjoon menghidu Jungkook lalu tersenyum lebar. Jelas terserlah gigi taringnya yang sudah diselaputi darah.

Jungkook sudah mula menangis. Betapa takutnya dia memandang muka Namjoon itu.

"Appa.. Salyeojwo..(help me)", kata Jungkook perlahan.

Baru Namjoon mengangkat tangannya yang dikeluarkan kukunya yang panjang dan tajam, tangannya dipegang kuat oleh Encik Jeon.

Namjoon terus menerkam ke arah Encik Jeon. Encik Jeon yang kehilangan kudrat untuk menahan serangan mendadak Namjoon, tidak sempat untuk mengelak. Lalu dia hanya melerakannya.

"Appa... appa... appa!!!", jerit Jungkook.

Namjoon mencakar-cakar tubuh Encik Jeon dengan ganas. Darah mengalir di celah-celah jari Namjoon. Jungkook berusaha untuk bangun.

"Wae tak boleh bangun??! Bangun lah!!", marah Jungkook pada kakinya.

Cubaan pertama tidak berjaya. Cubaan kedua juga tidak berjaya. Cubaan ketiga mula menampakkan hasil. Setelah percubaan yang kelima barulah Jungkook dapat berdiri.

Jungkook menghampiri Namjoon. Bahu Namjoon cuba ditarik. Tetapi cengkaman Namjoon pada tubuh appanya lebih kuat. Jungkook memandang sekeliling.

Apabila Jungkook ternampak sebuah kerusi kayu berdekatannya, dia terus mengangkat kerusi itu lalu dihentakkan ke atas kepala Namjoon.

PRAKKK!! - Bunyi kerusi.

Kerusi itu patah. Namjoon berhenti melakukan kerjanya. Namjoon berpusingkan kepalanya ke arah Jungkook. Namjoon menerkam Jungkook lalu mencakar dahi Jungkook.

"Ahhh!!", jerit Jungkook.

Encik Jeon menarik kaki Namjoon.

"Jebal.. jangan serang Jungkook.. bunuhlah saya.. jangan Jungkook... Jebal..", rayu Encik Jeon.

Namjoon menderam.

"Jungkook.. walau apapun yang terjadi, appa sayangkan Jungkook.. Eomma pun sayangkan Jungkook sangat-sangat..", kata Encik Jeon.

Encik Jeon dapat rasakan inilah masanya nyawanya ditarik. Dapat merasakan isterinya melambaikan tangannya seperti memanggil Encik Jeon untuk pergi bersamanya ke alam yang lain. Alam yang kekal.

"Appa... Jungkook sayangkan appa..", kata Jungkook dalam sendu.

Namjoon terus menggigit leher Encik Jeon sehingga terputus urat dan saraf Encik Jeon. Hembuslah Encik Jeon nafas yang terakhir.

Darah daripada leher Encik Jeon terpecik mengenai wajah Jungkook. Darah di dahi Jungkook masih mengalir. Darah Jungkook bersatu dengan darah Encik Jeon dicampur dengan air matanya.

"Appa!!!!!", Jungkook jerit sekuat hati.

Namjoon tersedar. Namjoon memandang sekeliling. Darah, darah, darah! Hanya ada darah yang meliputi lantai itu. Dengan mayat beberapa orang. Dan salah seorang nya adalah orang yang paling dia hormati dan sayang... Encik Jeon?!

"Jung....kook....", Namjoon memandang Jungkook yang mukanya dipenuhi oleh darah.

Namjoon mendekati Jungkook.

"Jangan kau berani datang dekat dengan aku!! Keojyo!!! (거죠 - Berambus)", marah Jungkook.

Namjoon tersentak.

"Kim Namjoon!! Kau!! Kau bunuh appa aku!!!", jerit Jungkook sekuat hati.

Namjoon terduduk. Dia menggigil. Namjoon berpeluh. Peluh gelisah.

Badannya terasa sejuk. Darah seperti tidak mengalir dengan betul. Sebelum matanya terpejam, Namjoon sempat memegang kaki Jungkook.

"Mi.. mian Jung.. kook.. Mian..", Namjoon mula menangis.

Perlahan-lahan matanya tertutup. Jungkook hanya memandang Namjoon yang pengsan di kakinya.

Tiba-tiba, pintu ditendang daripada luar. Beberapa ahli KSPS (Korean Safety Police Scout) - (Ini sy main cipta aje tau.) menghampiri mayat-mayat tersebut untuk memastikan bahawa mereka masih hidup atau sudah selamat ke atas sana.

"Mereka semua sudah mati Tuan!", kata salah seorang ahli KSPS.

"Bawa mayat-mayat ni ke dalam van untuk dibedah siasat.", arah ketua mereka atau lebih dikenali sebagai Tuan Taehyung.

Tuan Taehyung agak tegas orangnya. Namun kadang-kadang ada gilanya juga. Pernah sekali masa tu dia mahu selamatkan orang yang ditembak, Tuan Taehyung merobek dada orang itu lalu menarik keluar peluru itu dari tubuh orang itu. Berkat keberanian Tuan Taehyung (lebih kepada berkat daripada kerja gila), orang itu dapat diselamatkan.

Tuan Taehyung mengangkat cermin matanya ke atas rambut untuk melihat keadaan sekeliling kerana dia menghadapi masalah rabun dekat.

"Tuan! Ada dua orang budak masih hidup!", kata penolong kanan KSPS.

"Bawa mereka ke balai!", arah Tuan Taehyung.

Mata Tuan Taehyung melilau sana sini.

"Mana pulak cermin mata aku ni?", tanya Tuan Taehyung kepada dirinya sendiri.

Kepalanya digaru walaupun tidak berasa gatal.

"Kenapa Tuan?", tanya penolong kiri KSPS.

"Ada nampak cermin mata saya tak?", tanya Tuan Taehyung.

Penolong kiri KSPS menahan tawa. Dicubit pehanya sekuat hati supaya tidak tertawa.

"Uhh.. uhh.. erm.. (tengah rahan ketawa).. Mungkin dekat atas kepala Tuan?", kata Penolong kiri KSPS.

"Hurm? Oh!", Tuan Taehyung menyentuh kepalanya dan didapati memang betul cermin matanya berada di atas kepalanya.

"Uhuk! Ermh!", Tuan Taehyung batuk sedikit.

Cuba untuk control macho. Malu beb!

"Dah! Kerja kita di sini dah selesai! Bergerak sekarang!", Tuan Taehyung memberi arahan.

Penolong kiri KSPS cuba untuk tidak tertawa.

IHIHIHI... - bunyi ketawa perlahan.

"Ketawa?!", tanya Tuan Taehyung tegas sambil menarik cermin matanya ke bawah.

Penolong kiri KSPS terus menampar pipi kananya.

"Aniyo, Tuan!", dia membuat muka serious.

"Bagus.", kata Tuan Taehyung sambil membetulkan cermin matanya.

~To Be Continue~

  RAPPER MONSTER | ✔Where stories live. Discover now