Namjoon asyik dengan jam tangannya. Sekejap-kejap tengok jam.
"Kau ada hal penting ke?", tanya Hyuna.
"Ah? Err.. ada..", kata Namjoon.
"Kalau macam tu, hari ni kita tak perlu keluar berjalan-jalan lah.", kata Hyuna.
"Eh.. tapi.. aku temankan kau balik.", kata Namjoon.
"Eh, aniyo. Gwaenchana.", kata Hyuna.
Takut menyusahkan pulak..
"Kalau kau kena dengan orang jahat macam hari tu macam mana?", tanya Namjoon.
Namjoon risau. Hari tu rasa macam jantung nya nak tercabut bila tengok Hyuna hampir dinodai.
"Eh, gwaenchana. Aku kan ada ilmu karate. Aku boleh belasah orang-orang jahat tu!", kata Hyuna dengan yakin.
"Tapi, hari tu kau tak boleh belasah mamat tu..", kata Namjoon.
"Eh.. itu.. itu sebab aku takut sangat! Aku dah bukan lagi pengecut! Aku kuat tau! Tengok ni!", Hyuna cuba menumbuk Namjoon.
Acah-acah je. Tapi, Namjoon menggenggam penumbuk Hyuna. Hyuna terkedu.
"Aku tau kau kuat. Aku tau kau bukan pengecut. Tapi, aku tau kau yeoja. Sebab kau yeoja lah aku nak melindungi kau. Kalau tak, aku yang lemah dan pengecut.", kata Namjoon serious.
Namjoon memandang tepat ke wajah Hyuna. Muka Hyuna memerah.
"Er., erm.. suka hati kaulah.", kata Hyuna lalu menyelak rambut depannya yang agak kusut.
"Malu seyhhhh!! Wae dia nampak gentleman gila?!!", jerit Hyuna dalam hati.
"Ne, Hyuna.", kata Namjoon sambil tersenyum.
******
Sampai di rumah Hyuna..."Gomawo hantar aku balik.", kata Hyuna.
"Erm.. aku pergi dululah. Dah lewat ni.", kata Namjoon sambil melihat jam.
"Ah.. ne. Mian susahkan je..", kata Hyuna.
"Aniyo. Aku yang memang nak hantar kau. Kalau tak, hati aku tak tenang.", kata Namjoon.
Sekali lagi muka Hyuna memerah.
"Jalja, Hyuna.", kata Namjoon sambil melambai-lambaikan tangannya.
Hyuna membalas lambaian Namjoon.
"Wae.. aku rasa tak sedap hati eh.. perasaan je kut..", kata Hyuna lalu masuk ke dalam rumahnya.
*****
Namjoon berlari ke padang sekolah. Dilihatnya, Yoongi sedang tunggunya.
Namjoon termengah sedikit. Jarak rumah Hyuna dengan padang sekolah bukannya dekat.
"Kau lewat 30 minit..", Yoongi melihat jam tangannya.
Namjoon memandang Yoongi.
"Sebenarnya.. apa maksud kau tadi?", tanya Namjoon.
"Apa aku cakap tu, tulah maksud aku. Nugu yang boleh dapatkan Hyuna jadi milik mutlak dia.", tegas Yoongi.
"Hyuna bukannya barang!", kata Namjoon.
"Kau tau tak, aku cintakan Hyuna dari kecil lagi! Wae kau muncul masa dia belum jatuh cinta dengan aku?!", marah Yoongi lalu menolak Namjoon.
Namjoon terduduk.
"Dari 5 tahun, kitaorang dah kenal! Kau tak sampai sebulan, korang dah rapat!!", marah Yoongi lagi.
"Aku.. aku.. Hyuna tu chingu aku je..", kata Namjoon.
"Mungkin kau rasa macam tu! Aku sekali tengok aku taulah yang Hyuna dah jatuh cinta dengan kau!", kata Yoongi.
Yoongi menarik kolar Namjoon.
"Aku dah lama pendamkan perasaan ni! Bila aku dah bersedia nak bagitahu perasaan aku kat Hyuna, kau pulak menyibuk!!", marah Yoongi lalu menumbuk Namjoon.
******
Hyuna baru lepas mandi.
"Segar bugar rasanya~", kata Hyuna lalu merebahkan dirinya di atas katil.
DING! DONG! DONG! DING! DONG! DING! - Bunyi locrng bertalu-talu.
"Nuguseyo?", tanya Hyuna.
Ternampak Jimin di hadapan rumahnya.
"Mwoya? Kau ni.. sekali dua tekan locrng cukuplah!", kata Hyuna.
"Wait ya. Aku nak betulkan rambut aku ni kejap!", Jimin memandang cermin make up nya sambil membetulkan rambutnya.
Jimin aka mak jemah memang begitu.
"Ha.. apa aku nak kata.. hah!", Jimin terjerit.
"Eomma! Ya!! Terkejut aku!", marah Hyuna.
"Namjoon... Namjoon..", kata Jimin.
Hyuna dah rasa tak sedap hati.
"Waeyo!!!!?", jerit Hyuna.
"Yoongi.. dia ajak Namjoon berlawan kat padang!", kata Jimin.
"Mwo?!!", jerit Hyuna.
Hyuna nak pergi ke padang sekolah. Jimin menarik tangan Hyuna.
"Weyh, takkan kau nak pergi pakai baju tidur?!", kata Jimin.
"Tak kisahlah!! Namjoon yang penting!!", kata Hyuna lalu menarik tangannya dari genggaman Jimin.
Hyuna berlari sekuat hati.
"Namjoon!!", jerit Hyuna dalam hati.
******
"Yoongi.. aku.. tak nak lawan dengan kau!", kata Namjoon.
"Huh, kata jelah kau ni pengecut!!", ejek Yoongi.
Namjoon rasa tak berdaya.
Daripada tadi, Namjoon yang dibelasah oleh Yoongi. Sekali pun Namjoon tak balas.
"Woi!! Kalau kau namja, marilah berlawan macam namja!!", kata Yoongi lalu menumbuk muka Namjoon.
Namjoon memegang matanya. Biru keunguan jelas kelihatan.
Yoongi mengambil palang besi di stor sukan yang tak jauh dari situ. Namjoon memandang Yoongi.
"Kalau kau tak nak lawan aku, biar aku yang pastikan kau tak berani dekat lagi dengan Hyuna aku!!", marah Yoongi lalu menghayunkan palang besi itu ke kepala Namjoon.
Darah mengalir laju dari kepala Yoongi. Yoongi tersenyum puas. Namjoon terbeliak melihat darah. Namjoon mula menggigil.
"Weyh.. kau apahal?", tanya Yoongi bila tengok Namjoon menggigil.
Nak kata sejuk, sekarang ni tengah panas.
Namjoon bangun. Dia memandang Yoongi dengan pandangan yang amat tajam.
"Owh? Nak melawan? Marilah!", kata Yoongi sambil menunjukkan jari supaya Namjoon datang dekat.
Namjoon mula menunjukkan taringnya. Namjoon lari mendekati Yoongi.
Hyuna yang baru sampai ternampak Namjoon sudah mula bertukar menjadi buas.
"Namjoon!!!", jerit Hyuna dari tepi.
Malang sekali, Namjoon tidak mengendahkan jeritan Hyuna. Sekali Namjoon sudah menjadi buas... tiada cara untuk tenangkan dia. Satu je cara... biarkan..
Kalau dibiarkan.. mungkin ada yang perlu menempah keranda siap-siap.
~To Be Continue~
YOU ARE READING
RAPPER MONSTER | ✔
FanficKim Namjoon, seorang lelaki yang berwajah garang kerana pandangan matanya tajam. Tetapi dia sebenarnya agak innocent dan comel. Disebalik mukanya yang kelihatan suci, rupanya dia mempunyai 2 personaliti yang sangat berbeza. Jika dia melihat darah/ d...