Semenjak daripada hari tu, eomma Namjoon mula menjarakkan diri daripada Namjoon.
"Eomma...", panggil Namjoon.
Eomma Namjoon terkejut.
"Ah, Namjoon ah, kat atas meja tu ada makanan. Meokgo lah. Eomma nak keluar.", kata eomma Namjoon.
Eomma Namjoon membuka apronnya lalu disangkut pada penyangkut.
"Eomma.. ni kad laporan Namjoon...", Namjoon menunjukkan kad laporannya.
"Suruh abeoji tanda tangan. Eomma sibuk.", kata eomma Namjoon.
Namjoon menarik tangan eommanya.
"Tapi eomma.. Namjoon nak eomma yang tanda tangan kad laporan Namjoon.", kata Namjoon.
Eomma Namjoon menarik tangannya.
"Eomma kata eomma sibuk kan?! Apa guna Namjoon ada abeoji?! Dah, eomma nak keluar sekarang! Nasi dan lauk ambil sendiri!", marah eomma Namjoon.
Namjoon terkejut. Namjoon hampir menangis. Eomma Namjoon mengambil begnya lalu memakai kasutnya. Dia melangkah keluar daripada rumah.
Namjoon mengelap air matanya yang hampir menitis. Perutnya berbunyi tanda ingin diisi. Namjoon menuju ke arah meja makan.
Nasi yang masih berasap disenduk ke dalam pinggan. Agak terabur. Maklumlah tangan Namjoon masih kecil. Biasanya eommanya yang hidangkan semuanya. Tapi sejak daripada kejadian itu, eomma Namjoon asyik menjauhkan diri daripada Namjoon. Kalau boleh tak nak duduk dengan Namjoon.
Namjoon cuba mencedok lauk namun lauk itu terlampau ketengah. Namjoon cuba panjat meja namun meja itu terlalu tinggi untuk kakinya yang comel itu memanjat. Kerana tersalah pijak, dia tersenggol mangkuk lauk itu.
"Akh!", Namjoon terjerit kecil.
Habis berterabur. Tangan Namjoon merah-merah kerana lauk itu panas. Tangannya melecur sedikit. Namjoon ingin mengemas kaca-kaca itu namun kaca yang tajam itu terguris tangannya.
Namjoon memandang telapak tangannya yang berdarah. Sekali lagi Namjoon berasa seperti hari itu. Bsdannya panas dan rasa darah mengalir laju. Namjoon cuba bangun dengan memaut kaki meja.
Kepalanya berasa berdenyut. Namjoon berjalan terhuyung-hayang. Namjoon melihat kukunya mula memanjang.
"Igeon mwoya... (이건뭐야-Apa benda ni?)", kata Namjoon.
Namjoon menderam.
"Suara...", Namjoon melihat dirinya di hadapan cermin.
Mata Namjoon bertukar daripada warna asli Namjoon kepada merah. Kukunya tajam dan taringnya mula kelihatan.
"Igeon mwoya.. eomma.. appa..", Namjoon menangis.
Namjoon makin tak dapat mengawal tubuhnya yang mulai dikuasai 'Wild Pheromone'. Namjoon berlari keluar daripada rumah melalui pintu belakang.
Namjoon memegang dadanya yang berasa sesak. Namjoon menarik dan menghembus nafas laju. Lagi sekali Namjoon menderam. Tiba-tiba, seekor kucing mendekati Namjoon. Kucing itu menggesel tubuhnya pada kaki Namjoon.
Kucing itu adalah kucing yang Namjoon selalu beri makanan kepadanya setiap hari. Kucing itu diberi nama Nora. Nampaknya kucing itu datang pada masa yang salah.
Namjoon menarik tangan dan kaki kucing itu.
"Meawww!!", kucing itu mengiau kuat.
Namjoon mencekik kucing itu dengan sepenuh tenaganya. Terdengar bunyi tulang kucing itu patah. Tak cukup dengan itu, Namjoon mematahkan tangan dan kucing itu.
YOU ARE READING
RAPPER MONSTER | ✔
FanfictionKim Namjoon, seorang lelaki yang berwajah garang kerana pandangan matanya tajam. Tetapi dia sebenarnya agak innocent dan comel. Disebalik mukanya yang kelihatan suci, rupanya dia mempunyai 2 personaliti yang sangat berbeza. Jika dia melihat darah/ d...