Eomma Namjoon disegerakan ke wad kecemasan. Doktor terus melakukan tugasnya.
Encik Kim duduk di ruang menunggu. Tak putus putus dia berdoa agar isterinya selamat. Namjoon duduk di sebelah Encik Kim.
Berdebar apabila sudah 30 minit doktor masih belum keluar-keluar. Namjoon hanya memandang Encik Kim yang berjalan berpusing-pusing.
Apabila doktor sudah keluar daripada wad itu, Encik Kim terus memegang tangan doktor itu.
"Eotteseyo?", tanya Encik Kim.
"Joseonghabnida. Kami dah cuba yang terbaik untuk cuba selamatkan isteri Encik tapi...", kata doktor itu.
Encik Kim terkedu.
"Ma.. mana isteri saya...", kata Encik Kim.
Doktor itu membawa Encik Kim masuk ke dalam wad. Namjoon mengikuti langkah Encik Kim.
Encik Kim melihat isterinya yang layu di atas katil sakit. Mukanya pucat kerana tiada darah yang mengalir. Encik Kim menggenggam tangan isterinya. Sejuk.
"Yeobo.. Mianhae sebab saya tak bagitahu pasal penyakit ni dari awal kita kahwin lagi. Saya ingat tak ada apa yang perlu dirisaukan.. rupanya.. saya silap. Sebab kesilapan nilah yeobo mati..", Encik Kim meluahkan perasaan nya.
Buat kali terakhir, Encik Kim mencium dahi dan kedua-dua belah pipi isterinya. Setelah doktor mencabut alat bantuan pernafasan, kain putih ditarik untuk menutup wajah eomma Namjoon.
Encik Kim menangis. Namjoon berasa serba salah yang amat kerana seumur hidupnya, tidak pernah Encik Kim menangis di hadapannya. Kalau sampai tahap menangis, maksudnya dugaan ini memang betul-betul berat untuk dipikulnya.
Namjoon menghampiri Encik Kim.
"Abeoji... Jeongmal mianhaeyo...", kata Namjoon.
Baru Namjoon hendak memegang tangan abeojinya, Encik Kim menjarakkan dirinya daripada Namjoon.
"Abeoji nak bersendirian. Jebal.. keluar?", kata Encik Kim.
Namjoon melihat muka abeojinya yang basah dengan air mata. Namjoon keluar daripada wad itu.
Encik Kim menangis semahu-mahunya. Orang yang dia sayangi, cintai sepenuh hati kini pergi meninggalkan dia. Perit untuk menerima kepergian isterinya.
******
Di rumah....Namjoon baru pulang daripada pengebumian eommanya. Encik Kim tidak mengikuti acara itu. Mungkin kerana terlalu sedih.
"Abeoji...", Namjoon memanggil abeojinya.
Namjoon membuka suis lampu. Dilihatnya Encik Kim berada di ruang tamu.
"Abeoji....?", lagi sekali Namjoon memanggil Encik Kim.
Terkejut melihat Encik Kim yang sedang minum arak. Terdapat beberapa botol yang kosong di atas meja. Muka Encik Kim juga memerah.
"Abeoji? Abeoji minum?", tanya Namjoon.
"Ah Namjoon? Eish.. mana ada abeoji minum.. haha.. sikit je.. hurk!", kata Encik Kim.
"Abeoji mabuk? Abeoji...", Namjoon menarik tangan abeojinya.
"Eih, mana ada! Hurk! Sedar lah..", kata Encik Kim lalu minum segelas lagi.
Tak pernah-pernah Encik Kim minum arak.
"Geumanhaeyo abeoji.. abeoji rehatlah dulu.", kata Namjoon.
Encik Kim memandang Namjoon sambil tersengih.
"Geumanhae? Haha.. Tau tak wae abeoji minum? Hakh! Abeoji nak lupakan eomma Namjoon tulah! Hish... wae dia pergi? Hurk! Baru 6 tahun kahwin dah tinggalkan abeoji sendiri.. Nappeun yeoja! (나쁜여자- Perempuan jahat)", kata Encik Kim.
Encik Kim menuangkan arak dalam gelasnya lalu minumnya untuk kali yang ke berapa puluh kali.
"Abeoji.. hakh! Sayangkan eomma Namjoon sangat-sangat tau! Hahaha, bukan senang nak kahwin dengan eomma Namjoon tu! Bila tengah bahagia boleh pulak dia sedap-sedap tinggalkan abeoji kat sini? Hurk! Dia mesti bahagia kat atas sana. Tapi, abeoji... abeoji merana!", sambung Encik Kim lagi.
Encik Kim menangis.
"Yeobo.. saranghae.. yeobo.. wae cepat sangat yeobo pergi? Kata dah janji nak sentiasa bersama saya... yeobo tipu! Penipu! Jahat... yeobo jahat..", kata Encik Kim.
Encik Kim pengsan tertidur. Namjoon menangis.
"Joseonghabnida abeoji... eomma.. sebab Namjoon.. sebab Namjoon abeoji jadi macam ni.. mianhae... mianhae..", kata Namjoon sebak.
******
"Jinjja? Namjoon nak tinggal dengan Encik Jeon?", tanya Encik Kim.
"Ne.", kata Namjoon.
"Geundae wae? Gapjagi? (갑자기-tiba2 je)", tanya Encik Kim.
"Namjoon cuma nak berdikari je. Lagipun.. Namjoon berchingu dengan Jungkook.", kata Namjoon.
Sebenarnya Namjoon ingin duduk di rumah Encik Jeon kerana ingin menjauhi abeojinya. Dia tidak mahu melihat abeojinya sedih kerananya. Kerana Namjoon lah eommanya mati. Dia tak mahu rasa bersalah setiap kali memandang wajah Encik Kim. Dia akan terbayang wajah eommanya yang sedang nyawa-nyawa ikan semasa Namjoon menyerang nya.
"Geurae? Erm.. ne. Kalau itu yang Namjoon nak.", kata Encik Kim.
******
"Namjoon ah?", panggil Encik Kim.
Namjoon tersedar daripada lamunannya. Namjoon memandang abeojinya yang sudah hampir 10 tahun tidak berjumpa.
"Ne...", kata Namjoon.
"Abeoji datang sini.. sebab abeoji baca surat khabar tentang kes Namjoon ni.", terang Encik Kim.
Namjoon hanya diam.
"Abeoji dah jumpa Tuan Taehyung. Walaupun Abeoji dah lama tak jumpa kamu tapi.. abeoji sentiasa mengikuti perkembangan kamu. Kamu sekolah kat mana, kamu makan ke tak, kamu sihat tak.. Arayo.", kata Encik Kim.
Namjoon berasa terharu.
"Jadi.. abeoji nak keluarkan kamu daripada penjara. Abeoji akan cari dalangnya.", kata Encik Kim.
"Tak perlu.. sebab.. saya juga bersalah dalam kes ni. Tak kira siapa pembunuh tu... biar saya yang gantikan tempat dia. Saya patut dapat balasan seperti ni.", kata Namjoon.
Baru Namjoon hendak bangun, lengan bajunya ditarik.
"Namjoon... abeoji faham. Tapi, abeoji cuma nak Namjoon tahu yang kematian eomma bukan salah Namjoon. Salah abeoji. Dan.. bila masa pengadilan kat mahkamah nanti.. Namjoon nak mengaku bersalah, abeoji terima.", kata Encik Kim.
Namjoon hanya mengangguk. Tapi, dia hendak melangkah pergi tiba-tiba Encik Kim menariknya dalam pelukannnya. Encik Kim mendekatkan mulutnya pada telinga Namjoon.
"Tapi! Kalau kamu berniat untuk bagitahu siapa penjenayah yang sebenarnya.. Abeoji akan bebaskan kamu. Dan.. kita akan pergi jauh daripada sini. Kita tinggalkan semua kenangan pahit dekat sini.", bisik Encik Kim.
Namjoon yang tidak tahan sebaknya dia menangis dalam pelukan hangat abeojinya.
Dalam masa yang sama, tidak perasan bahawa seseorang dari tadi mendengar dan memerhati perbualan mereka berdua.
"Namjoon.. wae kau buat macam ni?", kata orang yang tidak dikenal pasti.
~To Be Continue~
YOU ARE READING
RAPPER MONSTER | ✔
FanfictionKim Namjoon, seorang lelaki yang berwajah garang kerana pandangan matanya tajam. Tetapi dia sebenarnya agak innocent dan comel. Disebalik mukanya yang kelihatan suci, rupanya dia mempunyai 2 personaliti yang sangat berbeza. Jika dia melihat darah/ d...