EP 15 : WILD PHEROMONE MULA MENGGILA

337 41 3
                                    

"Grrrr..", 'Wild Pheromone" Namjoon mula menunjukkan kesan positive bahawa dia bakal bertukar menjadi buas dalam masa yang terdekat.

Namjoon menggigit bibirnya dengan kuat sehingga luka bibirnya. Darah yang mengalir di bibirnya makin menambahkan "Wild Pheromone" nya.

Jungkook berasa marah kerana eommanya telah menghembuskan nafas terakhir nya dalam keadaannya yang dibunuh. Jungkook mendekati namja yang telah membunuh eommanya.

Jungkook menumbuk-numbuk kaki namja itu sekuat hatinya. Namja itu cuba mengelak lalu mencekik Jungkook. Tubuh Jungkook diangkat ke atas sehingga kaki Jungkook tidak jejak ke tanah.

"Arkh... ergh!! Eukkk..!", Jungkook berusaha untuk melepaskan diri namun namja yang lebih tua 22 tahun daripada nya lebih kuat.

Jungkook menggelupur. Setiap kali dia meronta-ronta, setiap kali itu juga namja itu semakin kuat mencekiknya.

"Akh...ark.. ahh..", oksigen Jungkook semakin nipis.

Tersekat-sekat Jungkook cuba menghirup oksigen yang semakin berkurang. Tenaga Jungkook semakin kurang. Serasa apabila namja itu mencekiknya, seperti namja itu menarik tenaganya sekali.

Jungkook berhenti meronta apabila dia berasa dia sudah tidak mampu untuk melawan namja itu lagi. Dia berserah saja. Mati? Dia dah tak kisah. Hidup? Dia tidak meletakkan harapan.

Apabila Jungkook mula menyerahkan nasibnya, appanya datang membawa sebuah pistol di tangan kanannya lalu melepaskan 3 tembakan pada namja yang mencekik anaknya itu.

Ketiga-tiga tembakan itu mengenai kepala namja itu. Mati namja itu tanpa sempat menghirup nafas buat kali terakhir. Jungkook yang terapung di udara tadi terjatuh.

"Ahak! Ahhk! Erghh..", Jungkook terbatuk-batuk.

Dia bernafas dengan cepat seperti bekalan oksigennya tinggal 0℅. Berombak-ombak dadanya.

Baju appanya koyak rabak. Mungkin kerana bertempur di luar. Dia memandang isterinya yang sudah tidak bernyawa. Dia mencium lembut dahi isterinya yang mula pucat kerana darah sudah tidak mengalir dalam tubuh isterinya itu. Sempat dia mengusap perlahan pipi isterinya sebelum dia bangun menghadap lagi seorang musuhnya.

Appanya memandang lagi seorang namja yang sasa yang sedang memeluk Namjoon.

Kepala Namjoon tertunduk. Tak dapat mentafsirkan bahawa Namjoon sedang pengsan atau masih sedar. Namja sasa itu berundur ke belakang.

"Lepaskan budak tu!", jerit Encik Jeon.

"Ani! Budak ni berguna untuk kami! Kau pun boleh menakluki dunia dengan adanya budak ni! Aku boleh jamin kau tak perlu lagi susah-susah berlawan dengan musuh-musuh kau. Sertai kami, kau juga yang beruntung nanti", namja sasa itu cuba menarik perhatian Encik Jeon sambil tersenyum.

Encik Jeon memandang tepat di mata namja sasa itu.

"Aku tak perlukan kekuasaan untuk menakluki dunia ni! Aku bukan macam korang! Aku tak ada prinsip korang! Prinsip korang, "No pain, No Mercy!". Korang manusia yang kejam dan jahat!", marah Encik Jeon.

Mati terus senyuman namja sasa itu. Namja sasa itu terus mencampak Namjoon ke dinding.

Namja sasa itu meluru ke arah Encik Jeon. Dia bergelut dengan Encik Jeon. Mereka berdua yang memang mempelajari seni pertahankan diri, mula menonjolkan segala serangannya.

Namja sasa itu berbadan lebih besar berbanding Encik Jeon menyebabkan Encik Jeon terdorong ke belakang. Namun, Encik Jeon lebih bijak dalam menyusun strategi.

Sedang mereka sibuk berlawan, Namjoon mengerang sakit. Namjoon menggigil. Tubuhnya terasa kejung. Darah panas mula menyerbu seluruh tubuhnya. Terasa seperti darah itu zupp! masuk dalam tubuhnya bagai kejutan elektrik.

Tiba-tiba, namja sasa itu tersalah langkah kerana tersadung benda, dia terjatuh. Encik Jeon mengambil kesempatan itu untuk menghunus pisau yang memang sering dia simpan di dalam poket seluarnya.

Tersembur darah keluar dari badan dan mulut namja sasa itu. Encik Jeon mendekati Jungkook. Kepala Jungkook diusap lembut.

"Gwaenchana?", tanya Encik Jeon.

"Ne..", Jungkook mengangguk kan kepalanya.

Encik Jeon mencium dahi Jungkook. Memang kasihnya terhadap Jungkook sebesar kasihnya terhadap isterinya yang sudah 20 tahun dia kahwini itu.

Encik Jeon menghampiri Namjoon yang tertunduk sahaja dari tadi. Memang dia sedar bahawa Namjoon dari tadi menggigil. Encik Jeon dengan prihatinnya menyentuh bahu Namjoon perlahan.

"Germm...", Namjoon sudah mula menderam.

Namjoon mengangkat kepalanya. Jelas mata Namjoon yang asalnya berwarna hazelnut itu telah berubah kepada mata... mata seperti HARIMAU!!

"Gwarrghh!", Namjoon menerkam Encik Jeon.

"Appa!!", jerit Jungkook.

Encik Jeon terpaksa bergelut dengan Namjoon namun dia tidak menggunakan sebarang senjata yang boleh mencederakan Namjoon.

Jungkook ingin membantu ayahnya namun jaraknya yang agak jauh daripada tempat dia berada sekarang, dia tidak mampu untuk menolong nya. Tambahan pula, semasa Jungkook dihentak ke dinding, kakinya terseliuh. Mungkin juga retak atau patah kerana dia lansung tidak boleh merangkak mahupun berdiri.

Encik Jeon cuba menolak Namjoon namun tenaga Namjoon yang tiba-tiba seperti 20 kali ganda namja sasa itu terasa susah untuk mengelak. Hendak menyerang pun seperti tiada peluang.

Namjoon sudah mula mencakar-cakar tubuh badan Encik Jeon. Darah mula mengalir sedikit demi sedikit daripada cakaran di tubuhnya. Encik Jeon yang memang sudah penat berlawan dari tadi sudah tiada kudrat untuk melawan Namjoon yang memang mempunyai tenaga luar biasa itu.

"Appa!! Gunakan jarum penyuntik tu!!", Tiba-tiba, Jungkook teringat akan jarum penyuntik yang mengandungi ubat penenang sebagai langkah berjaga-jaga.

Kerana, apabila Namjoon berubah menjadi buas, daya pemikiran sebagai seorang manusia normal adalah 0℅. Mana mungkin mereka boleh hentikan keganasan Namjoon apabila "Wild Pheromone" nya itu sudah menguasai seluruh tubuh Namjoon.

"Aniyo! Appa tak mahu gunakannya!!", tegas Encik Jeon.

Jungkook terfikir, cara apa yang boleh menghentikan keganasan Namjoon itu. Appanya memang tidak akan gunakan jarum penyuntik itu kerana dia percaya ada cara lain untuk merawat Namjoon itu.

Katanya, jarum penyuntik itu hanya akan memudaratkan tubuh badan Namjoon. Jika sering digunakan, dos yang berlebihan itu boleh membahayakan Namjoon. Habis... cara apa yang boleh Jungkook lakukan dikala masa darurat ini? Appanya yang sedang bersusah payah mempertahankan dirinya daripada Namjoon yang sudah menggila itu!

~To Be Continue~

  RAPPER MONSTER | ✔Where stories live. Discover now